My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Menyediakan kelengkapan barangan Kekabu 100% Asli & Padat secara ONLINE dengan harga paling berpatutan!

HALLUUUUU!!

❤بِسْـــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم❤

JUMPER LADY GEGE DISINI PULAK YA! MEH! MEH! BACE KISAH NGARUT KITEE!!

COUNTING THE DAYS....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Little JuNiORRR!!!

pregnancy calendar

Wednesday, October 21, 2009

IZINKANLAH AKU

Untuk saat-saat terakhir begini, izinkanlah untuk aku terus berbicara tentang hati nie.. izinkan aku untuk meluahkan kesedihan disaat-saat akhir begini.. Izinkanlah aku untuk cuba melepaskan rasa ini pergi.. Jauh......... Jauh......... dan Jauh......... dan takkan ku pinta ia untuk kembali lagi...
Izinkanlah aku untuk terus berbicara....

Menghitung hari detik demi detik, masaku nanti apakah ada~ ya.. apakah yang akan ada? Kenangan yang masih membelenggu hati ini.. Masih merantai diri ini.. adakah selamanya akan begini? tidak.. aku tidak akan membiarkan rasa ini pergi terlalu jauh.. terlalu hanyut.. kerana aku masih ada lagi yang menyayangi.. takkan ku sia-siakan dia yang telah tersemat dihatiku.. tapi ketika ini, aku masih disini.. masih membilang detik waktu hari bahagianya.. Mengapakah sukarnya untukku melepaskannya dari hatiku? Mengapa?

Ku cuba terima takdir tuhan.. ku cuba keluar dari hidup dalam kenangan.. ku cuba ikhlaskan hati melepasnya pergi dari hati ini.. bersungguh kucuba.. tapi makin dipaksa, makin susah dia nak kulupakan.. tapi aku tahu, perasaan ini tidak lama... aku akan tetap melepaskannya pergi dari hatiku.. aku akan tetap mengikhlaskan rasa hati ini untuk dia pergi... aku tidak mahu kekasih baruku terluka kerana perasaan gila ini... Sungguh ku tak mahu dia terluka.. kerana aku juga benar2 sayang padanya..

~Izinkanlah aku untuk terus berbicara~

Bulan ini.. Bulan ini bulan terakhir aku untuk aku terus hidup dalam kenangan, selepas itu, pergilah.. pergilah jauh rasa hati ini.. jangan kau datang lagi merantai diri ini.. Izinkanlah untuk aku terus bahagia bersama sidia.. Izinkan aku bahagia seperti orang lain.. Oh hati.. tolonglah fahami diri ini.. Lepaskan dia dari hatiku... Dia kini milik orang lain.. bukan diriku.. bukan aku..

Kenangan akan tetap tersimpan buat selama-lamanya.. Sayangnya jodoh kita sampai sini sahaja.. Diriku ikhlas mendoakan kau bahagia berpanjangan, kekal sampai bila2..
Terima kasih kerana pernah membuatku bahagia yang takkan dapat ku singkap bagaimana..
Terima kasih kerana membuka mataku tentang betapa istimewanya perasaan bekeluarga..
Terima kasih kerana benar-benar mengajarku sebuah erti sebuah kasih sayang yang ikhlas..
Dan,
Terima kasih kerana aku memang merindukan bahagia itu...
Terima kasih.......

Ku ucapkan Selamat Tinggal Cinta,
Dan Selamat Tinggal Kekasih,
Biarpun sukarnya
Untukku
Melupakanmu....

2 comments:

EL MARIACHI said...

well...life goes on...only time will heal's...

meladygege said...

betul tu.. let the memories go by the time...