My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Menyediakan kelengkapan barangan Kekabu 100% Asli & Padat secara ONLINE dengan harga paling berpatutan!

HALLUUUUU!!

❤بِسْـــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم❤

JUMPER LADY GEGE DISINI PULAK YA! MEH! MEH! BACE KISAH NGARUT KITEE!!

COUNTING THE DAYS....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Little JuNiORRR!!!

pregnancy calendar

Sunday, December 20, 2009

RUPA, SEMPURNA, HEBAT SEGALANYA..

cinta & kasih sayang aku, datang dari hati.

sama seperti apa yang sebenar-benarnya yang aku harapkan.

terima aku seadanyanya & mahu kepada agama.

aku tak cantik untuk meminta seseorang yang mempunyai rupa.

aku tak hebat untuk memiliki seorang yang hebat.

aku tak cukup sempurna untuk meminta segalanya yang sempurna.

aku tiada apa-apa untuk meminta yang punya segalanya~

AYAM ACCIDENT!

alkisahnya masa aku ngan umie gie shoot pic owang kawin arini, kebetulan time tu hujan agak lebat gak la.. pastu kitowang pun pie la makan dulu kat khemah bawah tu... lauk best2 lak tu.. nasi minyak, ayam masak merah, nenas masak apentah.. janji nenas tu masak la kan... n rendang doging! hehe.. sedap woooo!!! wa cakap luuuuu!

berbalik pada kisah ayam tadi, sedang syok2 cuci tangan tu, aku sekilas lalu nampak la sang ayam jantan tu.. tp buat bodo je la kan.. pastu umie da gelak2 cakap ngan aku.. dlm hati aku ckp, gile ke?

pastu dia cakap, "ko nampak tak ape yang aku nampak?" "amende?" sambil gelak2 lagi, minah tu berkata, "ayam tu" aku dah nak tergelak dah.. gelak pasal ape pun aku tak tau.. yang sebenarnya aku excited tengok umie gelak! xde bunyik dah! hahaha!!

rhope-rhope nyer, umie ternampak satu kejadian NGERI! diulangi, kejadian NGERI! dimana, ayam jantan yang jalan badget hensem tu, TERHANTUK! diulangi, TERHANTUK kat bumper keta waja yang tak bergerak, dalam erti kata lain, waja tu parking keta kat situ, n ayam tu berlari nak dapat tempat berteduh, last2 bum! terlanggar bumper WAJA tu! hahaha...

n aku lak, betul2 sempat menyaksikan ayam tu BLUR! diulangi, ayam tu BLUR! akibat pelanggaran yang agak kuat tersebut... hahaha!! mesti kepala otak ayam tu pening kan? hahaha.. lawak seh tengok ayam tu mundar mandir pening jap.. tak pasal2 basah kuyup ayam tu! hahaha..

sekian kejadian ayam accident.

Sunday, December 13, 2009

al-fatihah....

tetiba di malam yang hening nie, aku dikejutkan dengan berita dari salah sowang kawan facebook dan bloggers ku tentang pemergian seorang geng bloggers kami yang telah kembali ke Rahmatullah pada 23 August 2009 jam 830malam.....

sedih bila aku dapat tau lambat... dan paling sedih bila baca entry dia yang terakhir "I'm Not Dead Yet" kowang boleh baca kat link nie.. http://enjoyaliasjourney.blogspot.com/

lepas sowang, sowang pegi... 2 Dec 2009 aritu, moyang aku pulak kembali ke Rahmatullah.. mengikut IC, umur dia 87tahun... tapi umur sebenar dia dijangka lebih 97tahun.. mujur 4/5hari sebelum dia meninggal, aku satu keluarga dengan nenek sekali sempat lawat arwah kat Terengganu... paling sedih, dia da lupa kitowang sume.. tp lepas 2 jam kitowang kat sana, dan nak balik umah nenek sedara aku, baru dia cam kitowang.. siap sempat cakap "eh, tak tido sini ke?" sedih sangat,,,,,..... dia tinggal di Rumah Ehsan, tempat khas untuk golongan yang sangat2 tidak berdaya...



inilah gambar terbaru moyang aku masa kami lawat dia di Rumah Ehsan, Dungun pada 27 Nov 2009, iaitu pada raya haji baru2 nie...

Friday, December 4, 2009

BUAT MEMBER by Taugeh

Lagu nie tersangat2 lama aku cari MP3 dia tau.. since aku form 2 lagi.. tak sangka lak boleh jumpa! lirik nie selalu aku post kat status facebook aku.. so, buat kengkawan, layyyaaaannnnn~

Lirik Lagu Taugeh - Buat Member :

Pagi lagi keluar rumah
Tepat masa tentu punya
Belum makan terus belah
Happy happy layan kepala

Jumpalah member sembang
Sampai tunggang langgang
Kalaulah boleh nak sembang
Sampai hari siang

Tak nak henti, Kena bagi
Story lagi, Sembang lagi
Gelak lagi, Yang penting happy

Matahari dah terbenam
Nak mandi pun dah malas
Happy sampai tengah malam
Nanti balik baru puas

Tetapi ingat semua ini ada sempadannya
Kalau dah jadi baru nak ingat dunia

Kalau happy, Tentu pasti
Lupa diri, Ingat nanti
Pada hati, Biar ingat diri

Tuesday, December 1, 2009

BILE LA NAK SAMBUNG CITE NIE..

bilela aku nak sambung kisah Abah dan Polis oh Polis nie ekk.. kesian kowang menunggu dan terus menunggu dan terus menungguuu.... idea nak tulis tu ade, tapi kemalasan yang membara tu yang membuatkan aku teru menunda-nunda.. haihhh! nantila ya? harap jangan jemu! hihi..

kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi!