My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Menyediakan kelengkapan barangan Kekabu 100% Asli & Padat secara ONLINE dengan harga paling berpatutan!

HALLUUUUU!!

❤بِسْـــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم❤

JUMPER LADY GEGE DISINI PULAK YA! MEH! MEH! BACE KISAH NGARUT KITEE!!

COUNTING THE DAYS....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Little JuNiORRR!!!

pregnancy calendar

Friday, April 30, 2010

FROM FACEBOOK GROUP PAGE..

Have you ever been in love?
Horrible isn't it?
It makes you so vulnerable.
It opens your chest
and it opens up your heart
and it means that someone
can get inside you and mess you up.
You build up all these defenses,
you build up a whole suit of armor,
so that nothing can hurt you,
then one stupid person,
no different from
any other stupid person,
wanders into your stupid life...
You give them a piece of you.
They didn't ask for it.
They did something dumb one day,
like promise you or smile at you,
and then your life
isn't your own anymore.
Love takes hostages.
It gets inside you.
It eats you out and
leaves you crying in the darkness,
so simple a phrase like
'maybe we should be just friends'
turns into a glass splinter
working its way into your heart.
It hurts.
Not just in the imagination.
Not just in the mind.
It's a soul-hurt,
a real gets-inside-you-and-rips-you-apart pain.
hate love.

The past may hurt,
but you can either run from it...
Or learn from it,..

Thursday, April 29, 2010

BERITA BAIK UTK YANG NAK KURUS 10KG DALAM SEBULAN!!!

Assalamualaikummm!!! Halliiuuuu!

hi kowang! haa.. kalini mesti pelik produk haper pulak la si Lady Gege nie nak kenalkan.. hehe.. okeh! kita jual product "baekkk punyyerr" (haha) SLIMMING DIET PROGRAM! haaaa... tertarik? meh baca lagi!

product nie adalah keluaran New Image, okeh.. benda nie sebenarnya kene minum susu je..
tapi susu nie Soyabean protein...

boleh minum ngan ice or nak campur milo pun boleh.. ikut selera korang la kan.. senang cakap, yang nie adalah shake.. kalo kowang kreatif, nak buat smoothies pun boleh! janji bukan minum ngan air panas!

benda nie xde ape2 pantang larang.. xkisah nak makan ape pun.. diet pun tak perlu diet terlampau.. tak perlu berpuasa, tak perlu skipped makan dan tak per;u bersusah payah!

cuma kene kurangkan KARBOHIDRAT mcm buah-buahan, gula-gula, nasi, caffein.. sebab kandungan karbohidrat semulajadi dia dah banyak dalam satu tin tu..
tp kalo nak makan yang PROTEIN mcm ayam, ikan, telur, yong tau fu, BOLEH ajer!

tapi susu nie kalo kowang dah minum, nnt berat kowang takkan naik lagi tau..
sbb dia nak kembalikan berat kowang yang asal mcm dulu2.. UNLESS! kowang makan macam macam orang tak ingat dunie.. hehe..

yang bestnya, kalao kowang dah dapat berat yang ideal yang kowang impikan, kowang boleh stop minum terus, dan tak perlu lagi continue minum SD-II nie! kalau nak bandingkan kita gie slimming centre, dah tu kene ikut pantang larang diet dia lagi, kan susah.. betul tak?
__________________________________________________________

ok, syarat nak minum susu nie n nak kurus nie senang je...

wajib minum 4x sehari, iaitu SEBELUM breakfast, lunch, teatime n dinner TANPA GAGAL.
susu nie BUKAN untuk replaced meal, tapi tambahan kepada makanan yang 4 waktu tu walaupun terasa kenyang, dan wajib gak minum susu tu..
kene kurangkan pengambilan KARBOHIDRAT spt nasi, buah2an.. sbb kandungan karbohidrat dalam susu nie dah tinggi.. tapi kalo nak makan protein, mcm Ayam, Daging, Ikan, Telur, xde masalah! best kan!
satu tin wajib habiskan satu minggu TANPA GAGAL..

tu je syarat dia... senang kan?
_______________________________________________________________________

HARGA & estimate bape KG hilang:-

Nama Susu :- SD-II. (BUKAN ALPHA LIPID!!!)
Perisa :- Soyabean.
Keluaran :- New Image Asia.
4 tin SD-II + Keto Stick + Free Shaker = RM 599 (10KG = 4 weeks)
3 tin SD-II + Keto Stick + Free Shaker = RM 467 (7-8KG = 3 weeks)
2 tin SD-II + Keto Stick + Free Shaker = RM 327 (4-6KG = 2 weeks)


SD II MEAL SUPPLEMENT

yang penting, susu nie BUKAN untuk replaced meal, diulangi, BUKAN untuk REPLACED MEAL tp kene amik before makan breakfast, lunch, teatime n dinner TOGETHER wif the milk.. tu je... :)

info ada kat sini, kowang boleh tengok..
http://www.newimageasia.com/
http://www.e-newimagebiz.blogspot.com/
http://www.colostrumresearch.org/

so, kalau ada yang berminat, boleh terus contact kita kat sini ek! dun worry! HARGA BOLEH RUNDING!

Thursday, April 22, 2010

KEHEBATAN LELAKI

Kehebatan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal..
tetapi pada murni rohani. Lelaki yang hebat, adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Tuesday, April 20, 2010

NEPAL OH NEPAL!

hahaha.. mesti kowang terfikir, amende pulakkk la budak nie cakap pasal nepal! ahahaha... begini ceritanya... kan sekarang nie aku buat part time kat mcd.. so adala bangsa2 warga nepal nie kat mcd... ada yang fasih cakap melayu, ada yang pelat2.. ada yang baru nak belajar, ada yang tak pandai cakap langsung!

alkisahnya si Dhamar nie kategori boleh n faham cakap melayu.. tp pelat2 lagi la... pastu aku masa tu tengah sibuk la buat keje aku kan, dia pun leka duk buat keje dia.. tetibe aku dengar dia nyanyi lagu Saleem - Tinggal Kenangan! "peeeeernah aaadhaaa... rasa cintaaa" sambil tiru2 slang saleem nyanyi! hahaha... aku punya bantai gelak time tu, mmg xtau nak ckp la.. haha..



hahaha... ayyo la Dharma, Mohan, Ramesh, Eman.. hahaha... lawak la kowang neh!

pastu lak sayup2 kedengaran dia n yang lelain nyanyi lagu Arrow- Haruskah Kita Berpisah.. "sayanggggg! mengapa buat beginiii disaat rindu merah menyalaaaa" hahahaha!!! bukan dowang paham pun maksud dia! main nyanyi je sampai feeling2!! hahaha,, sampai kan ada budak2 mcd tanya, ko nyanyi lagu ape! aku pun x penah dengar! hahaha.. bg yang x tau lagu tu, nie ada video youtube aku post sekali..



so kowang dapat bayang x camne dowang nyanyi! hahaha....

lagi satu yang lawak tu, dowang selalu dengar budak2 mcd cakap "SIOTT LA!" "SIALL LA!" GILER!" pastu dowang cuba la guna ayat tu sambil selit kat mana2 ayat.. contoh "hey! mcchicken buat satu SIOT" hahaha.. sesuka jee! padahal dia nak suh owang tu buatkan mcchicken tu.. sesuka je main letak ayat tu... haha.. pastu contoh lain, "kakak, saya mau mop GILER!" hahaha.. kan biasanya owg cakap 'huish! sedap giler ayam nie!" camtula contohnya.. ni nak mop pun ada GILER? hahahaha... :D

lagi satu lagu, lagu sting ke sweetchild ntah! aku lupa camne, sampai kan manager aku yang bangsa India pun boleh hafal dah lagu tu! hahaha... nanti kalo aku ingat, aku post kat sini eh! okla, out! aku dah xleh henti gelak ingat dowang nyanyi sambil buat beger tu! haha.. rosak lagu aku!


Sunday, April 18, 2010

9 JENis WaNita Yg Jd PerHatian

1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress,cemas, gelisah dan senang.

2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan.Misalny¬a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yg suka di perlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.Pengharg¬aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih,kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya.Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik,serta mengalihkan topik yg agak serius
kepada perbualan yg lebih menarik.

7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok
samada di bandar atau di kampung.

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Saturday, April 17, 2010

MIMPI ITU BENAR2 PETANDA.......

Salam semua...

sebelum ini aku ada postkan cerita tentang mimpi yang aku alami selama 2malam berturut-turut.. marilah tengok duration yang related dengan mimpi yang aku alami dalam minggu nie...

12 APRIL 2010
- Jam 5/6 petang
aku dikejutkan dengan pemergian seorang adik kepada sahabat ku yang mengalami kemalangan jalan raya yang melibatkan 2 kereta ketika ingin memotong kenderaan di depan... Allahyarham Md Fazly Pauzi @ lebih dikenali dengan nama Angah dikhabarkan meninggal dunia di tempat kejadian... sempat kawan aku Cik Pingu (umie) n Nazrin melawat jenazah beliau di hospital sebelum jenazah di bawa pulang ke Pahang... sedih melihat keadaannya.. semoga Allah SWT tempatkan beliau dikalangan orang2 yang soleh.

- jam 5 pagi
aku terjaga dari lena yang singkat, iaitu setelah sejam setengah saja aku tidur, aku bermimpi ustaz yang aku kenali cuma dalam facebook, iaitu Ustaz Fahrin Badry, meninggal dunia.. waktu kejadian dalam mimpi tu, aku kurang pasti, tapi yang aku ingat, aku dapat berita beliau meninggal ketika aku di Tanah Suci, Mekah.. bila tiba pagi, aku terus bertanyakan khabar ustaz itu di facebook, kerana tertarik dengan status nya.. berikut adalah sedikit perbualan aku dengan ustaz yang aku copy paste disini.. ::
____________________________________________________________________

Ladiey Gege
malam td sy mimpi ustaz... taktau kenapa.. tibe2 je!

Fahrin Badry
yeke LG? mungkin waktu LG mimpi tu waktu yg sgt KRITIKAL bagi saya. 3 atau 4 kali lori mengelak saya dlm kereta yg tiba-tiba breakdown di tgh highway. Saya nampak jelas lampu lori tu yg dtg begitu laju dan spt akan merempuh kereta yg sy msh di dlmnya. Sy hanya mampu pejamkan mata dan ingat Allah shj ketika itu. Dlm fikiran sy ingt telah tiba masa sy. Air mata tak dpt sy tahan selepas terselamat dari insiden itu semalam.

Ladiey Gege
masyaallah... macam ada kaitan.. sy ingat2 lupa mimpi pasal ustaz tu.. tp yang sy ingat, sy dapat khabar, ustaz dah meninggal.. masa tu seingat sy, samada saya atau ustaz yang ada kat Mekah.. masa tu mmg sy terkejut sangat2.. sy terus cuba ingat, sape yang bernama Ustaz Fahrin Badry.. mcm penah dengar nama.. lepas tu baru sy teringat, FACEBOOK!

Zakia Bohari
Kenapa hj tak keluar saja dr kereta tu.?..Nasib ler Allah nak beri kesempatan untuk tabahkan amal..Syukur alhamdulillah hj..

Fahrin Badry
Saya bermuhasabah diri sekarang. Melihat kedlm diri apakah yg msh mampu diubah supaya sy menjadi lbh baik dari semalam. Sesungguhnya nikmat Allah kpd sy terlalu banyak dan tdk terhitung nilainya apatah lagi utk membalasnya. Aku bertawakal hanya kpd MU Ya Allah.

Fahrin Badry
Ingatlah wahai teman, MATI itu pasti. Semua yg HIDUP pasti merasai KEMATIAN. Masanya juga telah ditentukan. Bagi yg masih bernyawa spt kita ini, lebihkan lah masa utk bermunajat kpd Allah sebelum kita terlambat. Sy insaf dan mengingatkan diri sy sendiri serta teman-teman yg dikasihi di mana jua anda berada. Semoga amalan kita diterima Allah dan mudah2an kita tergolong dlm mrk yg diredhai Allah. Amin!!!

SILA NILAIKAN UNTUK MIMPI YANG HADIR PADA MALAM PERTAMA ITU..

____________________________________________________________________

13 APRIL 2010
- jam 5.30 pagi
malam ini juga aku dikejutkan dari lena yang singkat, tapi dengan b
erderai-derai air mataku mengalir keluar.. rupanya aku menangis ketika dalam tidur... bila aku tersedar, aku masih teresak-esak, lalu aku memikirkan, kenapa aku menangis... tiba2 baru aku ingat kembali yang aku mimpi 2 orang yang aku syg meninggal dunia dalam satu hari yang sama.. iaitu Mr Zaki (bf aku) dan juga Adik bongsuku, Ikmal... waktu tu aku terus menangis sampai tersedu-sedan, risau memikirkan perkara itu benar2 terjadi...

aku cukup gundah, gelisah, dan tak tenang sepanjang hari.. aku ada dengar, bermimpi seseorang akan meninggal itu, mudah2an nanti akan panjang umurnya... tapi keseluruhan hari itu, aku cuma memikirkan 3/4 perkara, sampai membuatkan aku tidak mampu nak
berfikir tentang benda lain kecuali MATI. 3/4 perkara itu ialah :

a) adakah ini petanda untuk diriku?
b) adakah ini peringatan untuk aku?
c) adakah ini petanda untuk aku bersedia menerima kehilangan seseorang?
d) adakah ini petanda akan ada orang yang meninggal dalam waktu terdekat?


NILAIKAN PULA DENGAN KEJADIAN YANG BENAR-BENAR BERLAKU INI..

____________________________________________________________________

17 APRIL 2010
-jam 9.29 pagi
sepupuku, Suraya Shahrudin, menelefonku... dia cuma ingin beritahu padaku, bahawa salah seorang teman kami, iaitu antara org2 kuat ketika Event Anak Yatim kami ahad lalu, telah kehilangan ayahanda tercinta pada pagi itu, kalau tak silap jam 8 pagi... tapi waktu tu, aku mmg terkejut, tapi aku langsung tidak terfikirkan tentang kaitan mimpi itu, sebab malam tu aku dah putuskan untuk tidak memikirkan lagi hal itu, memandangkan kerana hal itu juga telah menjadi selisih faham antara aku dan dia..

-jam 7.45 malam
aku mendapat tahu khabar penyanyi Acik Spin meninggal akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pajam ketika menuju ke Seremban pada jam 6petang.. kereta yang dinaiki Allahyarham dikatakan terbabas dan terbakar, manakala Allahyarham dikatakan tersepit... rentung atau tidak, wallahua'alam.. aku memang tak tahu...



waktu tu aku mulai memikirkan kembali mimpi aku pada 3/4 hari lepas dengan hari ini... kaitan dengan jalan cerita mimpi walau tidak begitu jelas...
____________________________________________________________________

tapi Syukur Alhamdulillah.... sekurang-kurangnya apa yang bermain di benakku dalam seminggu ini telah terlerai pada malam ini.. aku dah tahu apa makna mimpi tu, aku dah mendapat jawapan tentang mimpi itu.. aku yakin itu adalah petunjuk atau petanda dari Allah SWT...

tak sangka aku antara orang2 yang terpilih mendapat petunjuk tersebut walaupun orang lain yang terpaksa menanggung kesedihan atas pemergian insan-insan tersayang itu... aku cuma mendoakan mereka tabah dan kuat untuk menempuh ujian ini.. sesungguhnya, Allah tidak akan membebani hambaNya itu dengan sesuatu yang tidak mampu untuk ditanggunginya... jadi aku pasti, Allah SWT menurunkan ujianNya itu untuk menguji dan menambahkan lagi iman didada..

kepada yang kehilangan insan-insan tersayang, bersabar dan redhalah atas ketentuanNya..
Salam Takziah dariku........

I WILL SURVIVE!


Friday, April 16, 2010

IT TAKES STRENGTH, IT TAKES COURAGE..

BERSALAHKAH AKU?

bermimpi perkara yang akan bakal dilalui oleh semua orang.. iaitu KEMATIAN.. 2 hari mimpi tersebut datang berturut-turut, cukup membuatkan aku risau, dan gundah gulana.. teringat ustaz penah cakap, setiap orang akan melaluinya, dan akan mendapat petanda masing2, tapi semuanya berbeza...

aku susah hati bila memikirkan tentang itu.. kalau sekali sahaja mimpi itu datang, tak mengapa.. tapi bila ia datang singgah buat kali ke2, membuatkan aku cukup tak senang duduk.. satu hari fikiran runsing... lagi-lagi bila memikirkan tentang insan2 yang terlibat dalam mimpi tu.. 2 orang di dunia yang paling aku sayang.. iaitu Zaki, satu2nya buah hati aku dan Ikmal, adik bongsuku..

aku bukan taksub pada hari tu.. bukan juga ada kene mengena dengan period... aku tahu, mimpi itu mainan tidur.. aku tahu syaitan itu sentiasa mengganggu kita dalam sedar atau tak... tapi tak mustahil juga itu adalah petanda atau peringatan dari Allah SWT buat aku... kerana Nabi SAW dulu pun menerima wahyu Allah dari mimpi.. aku ambil itu semua sebagai iktibar..

sungguh aku nyatakan disini, aku langsung tidak boleh memikirkan hal yang lain pada hari itu, kerana hati aku, fikiran aku cukup runsing... aku risaukan 2 orang yang aku sayang nie... tapi kenapa tak boleh faham akan keadaan aku hari tu? aku x mampu memikirkan ape2 pun.. kenapa itu juga menjadi salah aku?

salah ke kita risaukan sesuatu? walaupun aku tau mungkin dia bermaksud untuk taknak aku fikirkan sangat tentang hal ini... tapi kenapa tak ucap perkara yang sepatutnya... salahkah aku risaukan kehilangan org yang tersayang? atau salahkah aku memikirkan yang itu mungkin petanda buat aku? dan salahkah aku memikirkan yang itu semua hanyalah peringatan dari Allah SWT untuk aku? 3 perkara itu sahaja yang aku fikirkan sepanjang hari... taksubkah aku? susahkah memahami 3 perkara yang bermain di benak ini?

aku mohon maaf, kerana aku tau, semuanya salah aku.. aku yang taksub.. aku yang terlalu memikirkan.. aku yang buatkan semua orang turut risau.. tapi percayalah, aku lebih risaukan diri sendiri yang mendapat mimpi itu, lagi-lagi bila 2 malam berturut2 aku mendapat mimpi tu..

ya mungkin sebab aku tak cukup tidur.. mungkin juga sebab aku datang bulan, sebab itulah syaitan mudah menghampiri aku... tapi, BERSALAHKAH AKU?

sekali lagi maafkan aku... aku mengalah.. aku takkan buat semua orang risau lagi... aku takkan cetuskan selisih faham lagi antara kita.. biar aku sendiri simpan apa yang aku lalui, biar aku jadi NORNATHASHA dan LADIEY GEGE yang ceria.. yang gembira.. yang sentiasa dapat buat korang ketawa... aku janji, aku takkan biarkan benda nie jadi lagi...

MAAFKAN AKU SEMUA.. AKU BERSALAH.

PELIHARA DIRIKU YA RABBUL IZZATI

"Ya Allah yang Maha Pengasih lg Maha Penyayang, peliharalah diriku walau kemana sahaja langkah kaki ini pergi.. Ku redha atas apa yang semua yang terjadi.. Biar ku kehilangan segalanya didunia... tapi jangan aku kehilanganMu, Ya Allah.... tabahkan hatiku.. kerna ku tahu Kau ada jawapan untuk segalanya... Amin........"

PRETENDING


Pretend you're OKAY.
Put on a smile.. :)
Walk confidently,
You keep assuring people that you are FINE.
Your lips smile, your eyes tried to smile. :)
Your laugh sounds real yet fake ;
But in there, you are feeling hollow....

Ever felt so before?

It really hurts deep inside when we are trying to pretend unhurt.

NIDJI - SANG MANTAN

THE MUFFIN - SALAHKAH AKU?

Tak seindah
Hari hari yang ku idamkan
Untuk bersamamu
Tiada lagi ruang
Dihatimu

Untuk ku curahkan segala
Apa yang ku rasa
Tapi kau tak percaya
Siapa ku dihatimu
Hanya mengganggu hidupmu

Maafkanku
Aku tak berdaya
Membahagiakan kamu

Tiba saatnya
Ku kan pergi jua
Mengakhirkan segalanya

(Korus)
Salahkah ku
Hanya mahu menyintaimu
Salahkah aku
mendekati hatimu itu

Salahkah aku
Sekadar temani dirimu
Salahkah ku
Ku tak bisa meninggalkanmu



Wednesday, April 14, 2010

MY HEROO at MY NPL Malacca!

yeahhh! mari saksikan hero sayer dalam Paintball Tournament video nie!! hehehe..


btw, niela buah hati pengarang jantung sayer,, alaa.. yang tembam2 tu! hehe.. suke pic nie! comelll!

dan kat bawah nie ada sikit sedutan masa dia tengah lawan paintball di Melaka.. kalo x silap, minit ke 00:39.. hehe..



nanti kite cite sebab ape kite proud sangat kat heroo kite nie! hehe..
btw,

CONGRATS SAYANG! walaupun xdapat sampai final, tp u dah berjaya sampai Quarter Final!!
next time finalized it eh!


Tuesday, April 13, 2010

kenapa adik aku boleh terfikir benda nie?

panjangnya akal.... aku dapat tau nie bila adik aku yang no 2, cerita kat aku ape yang adik bongsu aku cakap dengan mak dan ayah aku.. usia dia baru 8 tahun.. (darjah 2)..

adik : "mak, kalo kakak dah kawen nnt, mesti dia sombong ngan kita kan?"
ayah : kenapa pulak dia nak sombong?
adik : sebab kita selalu marah dia.. nanti mesti dia dah xnak balik sini......
adik : nnt mesti dia x bagi kita duduk umah dia...

terdiam mak ayah aku.....

Monday, April 12, 2010

CALLING YOU - OUTLANDISH


I'm callin' U

When all my goals, my very soul
Ain't fallin' through
I'm in need of U
The trust in my faith
My tears and my ways is drowning so
I cannot always show it
But don't doubt my love

I'm callin' U
With all my time and all my fights
In search for the truth
Tryin' to reach U

See the worth of my sweat
My house and my bed
Am lost in sleep
I will not be false in who I am
As long as I breathe

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
U all I need in my life

I'm callin' U
When all my joy
And all my love is feelin' good
Cuz it's due to U

See the time of my life
My days and my nights
Oh, it's alright
Cuz at the end of the day
I still got enough for me and my

I'm callin' U
When all my keys
And all my bizz
Runs all so smooth
I'm thankin' U
See the halves in my life
My patience, my wife
With all that I know
Oh, take no more than I deserve
Still need to learn more

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
U all I need in my life

Our relationship, so complex
Found U while I was headed straight for hell in quest
You have no one to compare to
'Cause when I lie to myself nothings hidden from U
I guess I'm thankful
Word on the street is U changed me
It shows in my behaviour
Past present future
Lay it all out
Found my call in your house
And let the whole world know what this love is about

Yo te quiero, te extraño, te olvido
Aunque nunca me has faltado, siempre estas conmigo
Por las veces que he fallado y las heridas tan profundas
Mejor tarde que nunca para pedirte mil disculpas
Estoy gritando callado yo te llamo, te escucho, lo intento
De ti yo me alimento
Cuando el aire que respiro es violento y turbulento
Yo te olvido, te llamo, te siento

[Translation:]
I love you, I miss you, I forget you
Even though you never let me down and always are by my side
For all the times I've failed and hurt you deeply
Better later than never to give you a 1000 apologies
I'm shouting silently, callin' you, I'm listening to you, I'm tryin'
You nourish me
When the air that I breathe is violent and turbulent
I'm forgettin' you, I'm callin' you, I'm feelin' you
Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U...



Friday, April 9, 2010

MOHAMAD ZAKI ADNAN


Syukur Ya Allah.. Keperitan yang kau berikan kepadaku dulu, kini telah Kau ganti dengan kebahagiaan yang tidak dapat aku gambarkan! Syukur Alhamdulillah!

Mohamad Zaki Adnan,
i nak u tau, yang i sayang sangat kat u... mungkin u dah tau.. mungkin juga dah jemu, tapi i takkan jemu ungkapkan apa yang i rasa terhadap u setiap minit setiap detik, dan setiap saat... i hargai sangat2 atas kesetiaan u, kejujuran u, sikap amik berat u, i sangat terharu... i sangat bersyukur Allah pertemukan kita dahulu..

Mohamad Zaki Adnan,
i tak pernah sekalipun rasa menyesal kenal dengan u even kalau ada perkara yang u buat yang mengguris hati i.. tapi i x pernah rasa menyesal! i rasa i makin kuat mencintai u bila hati i terguris.. sebab bila hati i terguris, that bring means yang dalam hati ini memang ada cinta utk u.. i cuba belajar utk sayangi u setiap hari.. i cuba belajar rindukan u setiap masa.. i teruskan mencuba untuk sentiasa mengingati saat-saat pertemuan pertama kita dahulu supaya cinta dihati ini tidak akan pudar, tidak akan layu dimamah waktu.. memori tu sume sangat indah hubby.... tersangat indah....

˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙ ❤❤❤ ˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙

Mohamad Zaki Adnan,
setiap hari i tidak pernah gagal berdoa semoga Allah jodohkan kita sehingga ke akhir hayat.. kerana i dah tak mampu nak sayangi orang lain lagi sebagaimana i sayangkan u hubby... sungguh! u will be the last sayang... u will be the last n last forever in ma heart... insyaallah...

Mohamad Zaki Adnan,
i tak nak berjanji apa-apa pada u, cuma i betul2 nak u tau, that i will always be there for u... always there to loved u... always alive in ur heart forever... i teramat sayangkan u biarlah apa orang nak kata .. i memang sayang kat u, n i cant lie to ma heart! semoga hati ini akan terus sayangkan u, dan semoga rasa cinta ini tak akan hilang sampai bila2...

I LOVE YOU AND I ALWAYS DO!

Wednesday, April 7, 2010

BLOG UPDATED!

alhamdulillah.. Allah dah kembalikan mood aku untuk berblogger.. kalini aku ada ubah sikit color dan font, aku juga dah add CHATBOX, n aku dah ganti mp3 aku dengan mp4.. harap2 kowang suka la eik.. kalo ada pendapat, plz tinggalkan komen eik!


PLEASE DO TELL HER !

IZINKAN..

KAU TAHU?

Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Tuesday, April 6, 2010

CANTIKKAN!

"THE POWER OF LOVE IS SO WONDERFUL!"

DENGGI - simptom dan seksanya!

baru arini aku rasa nak update pasal penyakit Demam Denggi yang aku hidapi sejak :-

Tarikh hidapi Denggi : 12 March 2010 jam 11.30pm -- 22 Mac 2010..
Tempoh demam : 11 hari aku demam..
Tarikh suspek denggi : 15 March 2010
Tarikh sah Denggi : 17 March 2010 - 22 Mac 2010
Rujukan : Klinik Kesihatan Kerajaan Section 7, Shah Alam.

ramai yang suruh aku update gambar keadaan aku yang terbaru.. ada.. kalini aku share ngan all silent reader aku, pic-pic kenangan cenderahati dari Denggi...





nie sume pic-pic kenangan cenderahati check darah.. ha, cantik tak tattoo aku? hehe..

antara simptom-simptom yang aku hadapi masa kene Denggi nie :
* demam (of course la)
* bersin tak berhenti selama 3 hari
* tekak perit sangat sebab bersin n flu
* sakit kepala sangat
* sejuk sesangat-sangatnya sejuk sampai jari aku sume BIRU!
* muntah-muntah
* pitam
* satu badan terlampau sangat sakit sendi-sendi nie
* batuk

bacaan Denggi aku pulak untuk 3 hari je :

17 MAC 2010

- suhu - 37.2'C
- PR - 88
- HCT - 34
- WBC - 3.5
- Platlet - 126

18 MAC 2010

- suhu - 35/36'C (tak sure)
- BP - 96/66
- PR - 95
- HCT - 33.5
- WBC - 3.6
- Platlet - 128

22 MAC 2010

- BP - 86/66
- PR - tak ingat..
- HCT - 35
- WBC - 3.4
- Platlet - 170

aku gie checkup 3 hari je, sebab ada yang aku skipped.. ayah aku agak sibuk sikit time tu, tu yang ada skip check up.. tp syukur gak, sbb tangan aku sakit2 amik darah.. menangis aku! mana taknya! asyik ulang cucuk tempat sama! belum baik, dah kene inject lagi!

tapi rupa-rupanya ada kesan sampingan jugak ya untuk sape yang penah kene denggi nie.. sebab dah ramai yang kongsikan pengalaman ngan aku, dowang cakap :

1 - badan rasa letih je..
2 - asyik tido je..
3 - rasa nak pitam
4 - mengah
5 - penat seolah-olah kita buat kerja berat
6 - takmao langsung makan nasik

mungkin sebab nak repair antibodi-antibodi yang dah hilang kan.. masa aku denggi dulu, xlain x bukan, asyik minum air masak lebih 4 botol besar tu, pastu air isotonik 100+ dan Revive.. eii! serius aku cakap, aku paling tak suka air isotonik nie.. macam air antibiotik yang dah dicairkan! eii! aku memang tak suka since dulu-dulu lagi!



tapi lagi satu yang agak seksa, sebab aku langsung x lalu makan, apetah lagi nasik! masa denggi tu aku makan sesuap je, dah muntah balik.. perut lapar sangat2 nie sampai rusuk sakit.. tapi nak buat camne, mmg x boleh terima langsung.. aku makan bubur pun, 3/4 suap, aku stop.. sebab tak lalu.. lidah pahit sangat.. pastu sambung makan 3/4 jam lepas tu.. hurm.. berat aku now 39kg/40kg je.. macam anak kambeng!

badan aku, lagi2 bahu, sakit sangat2.. mungkin sebab urat tangan tu sampai ke bahu kan.. dekat 3 minggu gak la sakit.. aku pun dah urut satu badan sume, alhamdulillah ada kurang.. lebam2 tangan yang membiru, menghijau dan memerah macam terbakar tu pun alhamdulillah kurang.. bentan tukang urut tu ckp sebab lambat urut.. satu badan aku urut.. dekat 2 jam lebih!

˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙ ❤❤❤ ˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙

tp Alhamdulillah.. berkat doa kawan-kawan dan keluarga, aku kini telah sembuh dari Denggi.. walaupun 2,3 & 4 April 2010 aritu aku demam balik... syukur aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih memanjangkan umurku, walaupun aku sedar, Denggi nie antara penyakit-penyakit yang paling pantas sekali membunuh!

syukur alhamdulillah, aku masih hirup udara segar hingga hari ini..
syukur alhamdulillah, Allah masih beri peluang aku untuk betulkan kehidupan aku..
syukur alhamdulillah, aku masih boleh berkongsi kisah pengalaman aku sakit nie..
syukur alhamdulillah, aku masih boleh sama-sama berkongsi kasih sayang aku pada korang semua..
syukur alhamdulillah! syukur alhamdulillah! syukur alhamdulillah!

now, inilah gambar-gambar aku yang terbaru yang dipenuhi jerawat! uhhhh!





ada yang dah rindu ke? hihi! well.. I'M BACK! :D

AL-FATIHAH to 2nd blogger

AL-FATIHAH......

سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿



itu je yang mampu aku sedekahkan pada seorang teman blogger yang baru sahaja kembali ke rahmatullah hari ini akibat accident iaitu Julia.... ini adalah pengalaman kedua aku bila seorang lagi teman blogger meninggal dunia selepas Allahyarham Alia...

bagi aku, secara ikhlasnya 2-2 blog Allahyarham Alia dan Allahyarham Julia nie mempunyai kekuatan dia sendiri, sesuatu yang bila kita baca ada 'soul'nya disitu.. tapi aku lebih suka pada tulisan Julia.. sangat telus dan jujur....

kalau korang nak tengok blog Allahyarham Alia, nie linknya..
http://enjoyaliasjourney.blogspot.com/

dan untuk Allahyarham Jue Julia, semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh... Al-Fatihah....
http://juej1stluv.blogspot.com/

Monday, April 5, 2010

HARTA PUSAKA

blog nie jelah satu-satunya harta aku yang aku dapat wariskan pada semua followers dan silent reader blog aku.. aku takde ape pun nak dibanggakan, nak dikongsikan.. aku cuma ada blog nie je untuk tatapan korang.. untuk korang tau turun naik, jatuh bangunnya hidup aku..

nie je satu-satunya Harta Pusaka aku untuk kowang.. kalo nanti ditakdirkan aku dah takde, kalau rasa2 teringat kat aku, sedekah la al-fatihah untuk aku, dan view la blog nie sebagai pengubat rindu..

sygnya aku pada blog nie lebih pada semua apa yang aku ada.. sebab ini teman karib aku.. tempat aku nak luah segalanya.. tempat hati aku berkata-kata.. bukan mulut.. kata hati lebih bermakna dari seribu kata-kata manis sang mulut.. kata-kata hati lebih jujur, ikhlas dan telus.. aku x kisah kalo ada orang suka tak suka.. ini laman aku, ini tempat peribadi aku nak mengungkapkan sesuatu yang tak terluah dek kata2...

harap harta pusaka aku nie, kekal sampai aku tua - kalo sempat.. harta pusaka nie diari bermakna pada aku.. aku tak niat dan tak harap pun apa yang aku tulis, orang akan baca, aku pun x kisah kalo blog nie terperam dan aku je yang jadi pelawat setia.. aku tulis entry2 nie ikut kata hati aku, sebab ini je tempat terbaik aku utk bebaskan kepala dan hati nie dari beban problema... macam aku cakap tadi, ini je teman karib aku sampai bila-bila...

jaga diri semua....

Friday, April 2, 2010

HADIS RIWAYAT IMAM BUKHARI


"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar)"

Hadis riwayat Imam Bukhari.

QUOTE FOR TODAY...


"JiKa SeSeOranG Itu HadiR DaLam HiDup SaYa Dan MenjaDi SeBahaGIaan DarIpaDa saYa...Tapi AtaS SebaB-SebaB TerTentu "DiA" TerPakSa PerGi..JaNgaN TerLaLu SediH.."TerimaLah kenYataAn Itu,,SeKuraNG-kuRangNYa "DIA" PeRnaH MembaHagIakn saya..Jadi SaYa RedHa " ........


-credit to Norshuhadatul Ain Zakaria ; Script Writer Syurga Cinta~

AL-FATIHAH DIN BERAMBOI


hari ini dunia hiburan kita dikejutkan dengan satu berita mengejut iaitu Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang telah pulang ke rahmatullah pada jam 1230am di Hospital Selayang kerana terkena jangkitan kuman dari kencing tikus dan juga denggi berdarah... ternyata kesemua rakyat Malaysia menangisi pemergian beliau kerana beliau adalah satu-satunya penghibur yang sangat berbakat besar..

Namun semua itu hanya pinjaman dari Allah kepada kita semata-mata.. sampai masanya, Allah panggil dia kembali pulang... Aku doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solehin.... sama-sama kita bertafakur sebentar dan hadiahkannya Al-Fatihah...
سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴾الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿

hilangnya seorang penghibur paling berkaliber........