My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Menyediakan kelengkapan barangan Kekabu 100% Asli & Padat secara ONLINE dengan harga paling berpatutan!

HALLUUUUU!!

❤بِسْـــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم❤

JUMPER LADY GEGE DISINI PULAK YA! MEH! MEH! BACE KISAH NGARUT KITEE!!

COUNTING THE DAYS....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Little JuNiORRR!!!

pregnancy calendar

Tuesday, February 8, 2011

2ND YEAR OF ANNIVERSARY!!!! *AND* "WILL U MARRY ME?"

OMG!! Sumpah! tak sabar sangat rasanya nak tulis entry nie! sebab nie adalah detik yang paling HAPPY sekali dalam hidup! tapi oleh kerana kesibukan masa, jadi tak dapatlah aku nak merakamkan kenangan nie di blog nie secepat mungkin! hehe.. ok! jangan buang masa! jom baca n layan gamba!


1 JANUARY 2011

adalah detik terindah sekali dalam hidupku... sesuatu yang benar2 aku tak duga, yang selalu aku tengok dalam TV, jadi depan mata! sampai sekarang aku masih tak percaya lagi! hehe.. Mr Zaki benar2 suruh aku mencari proper dress.. untuk special occassion for anniversary katenya... tak penah aku tengok dia sungguh2 macam tu! sampai kan aku sengaja buat dia marah - buat2 macam tak excited pasal special dinner nie.. hehe! sorry syg! sengaja je, sebab i tak pernah tengok u sungguh2 macam nie!

kisahnya bermula begini.............................

˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙ ❤❤❤ ˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙

31 DISEMBER 2010 ,
5.00 pm

sepanjang seharian aku mencari sape yang boleh mekapkan utk dinner, dengan harga yang berpatutan.. lepas tu aku jumpa kawan aku sendiri, iaitu Alan @ Kelly.. jadi start pukul 5pm aku da mula ditatarias oleh Kelly dan abgnya.. hehe! excited!


6.00 pm
aku dah mula siap ditatarias! memang tak sangka! cantik sangat mekap dia! kemas! excited sungguh aku posing2 depan camera hp! hehe..





8.00 pm
aku dah siap sepenuhnya dan hanya tunggu dia untuk datang amik aku.. Mr Zaki amik aku di umah.. masa dia masuk umah, aku terkejut tengok dia.. HANDSOMENYA!!! siap ber coat! aku macam tergamam sekejap! lepas dia mintak permission mak aku, kami pun segera ke kereta.. adik bongsu aku sempat cakap "BYE ORANG ARAB!" hahaha.. dalam kereta, dia asyik pandang je aku, sambil cakap cantik sangat! *bukan perasan yer! dia yang cakap* sambil aku jadi rimas bila dia asyik tengok jee..




9.00 pm
kami sampai kat restoran tu.. sebuah restoran Mexico di Damansara.. relax sangat restaurant tu.. nama restaurant tu Las Carretas Restaurant & Bar.. boleh rasa mexican feel tu disitu.. sampai2 je, kami disambut oleh seorang waiter.. teringat dia cakap

"Wow! U look so Good! and U look so Beautiful!

Makesure U take care of her and U take care of him!"

*sambil tangan dia saling tunjuk kat aku dan Mr Zaki* aku tersenyum je.. hehe.. lepas je order makan, macam biasa kami sembang2 biasa.. masa tu aku da start nampak dia macam gelisahhhh je.. keluar masuk, duduk diri, kesana kemari.. katenye smoke .. nape ntah!


10.00 pm
sambil2 makan tu aku syok je layan cartoon classic, rooster la, bugs bunny la.. tom & jerry la.. sampai dia marah aku! ahaha.. dia banyak kali pesan kat aku, kalau waiter nak amik plate dia, jangan kasi, cakap belum abis makan.. so okla kan.. aku ikut jela.. tapi dia tetap macam gelabah! aku tanya la..

"hubby nie kenapa macam tak tentu arah je? macam ada yang tak kena?"
"Gelabah? Eh? mana ada! biasa je!"

*sambil tu terus dia duk tegak dan buat2 macam relax macam takde ape2 yang berlaku.. ketara sangat! lagi satu yang ketara bila aku tengok waiter2 dia ulang alik, ulang alik area table kitowang, tengok aku, pastu senyum.. apahal? ade yang tak kene ke? aku pakai pelik ke? siap chef2 dia hulur kepala kat tingkap macam tengah ready nak tunggu tengok sumthing!

10.30 pm
sekali lagi, ntah buat kali keberapa dia kata nak gie smoke kejap.. sekali lagi aku ditinggalkan di meja berseorangan.. mujur ada cartoon2 best tu! hehe.. pastu tetibe waiter yang sambut aku ngan Mr Zaki tadi, hantar candle kat meja lepas dowang clearkan table.. aku biarkan jela.. lepas hantar candle kat meja,

tetiba lampu dimalapkan......
romantik sangat.....!
sorang lagi waiter bawak keluar gitar..
dalam 3 minit lepas tu, aku terdengar muzik petikan gitar irama romantik Mexico berkumandang....
aku macam nak tengok, tapi aku buat tak tau lagi.. layan cartoon!
makin lama bunyik gitar tu makin dekat...

DUB DAB! DUB DAB! DUB DAB! DUB DAB!

aku toleh ke belakang....
OMG!!!!! BETUL KE APA YANG AKU NAMPAK NIE????

Mr Zaki datang ke arah aku, sambil diiringi pemain gitar tadi..
datang dengan ICE-CREAM ditangan... DAN!


on the top of ice-cream tu, ada RING! YES!
RING IN THE ICE-CREAM!!!!




OMG! perlahan2 Mr Zaki datang ke arah aku, melutut sambil pegang glass of ice-cream tu sambil cakap...........

"TASYA, WILL U MARRY ME?"

Ya Allah! aku rasa macam nak pengsan! aku tergamam! aku tak tau ape yang aku nak buat! nak cakap dulu ke, nak amik ring tu ke, nak pegang tangan dia ke... Ya Allah! aku betul2 mati akal time tu!!! kemudian, bila ramai tengok aku masih diam, masih terkejut, masih tergamam, semua customer yang dalam restaurant tu yang majority adalah foreigner, mengejutkan aku!

"ANSWER HIM!!!"

aku masih tergamam! betul ke nie?? aku tak mimpi kan! nie bukan drama dalam TV kan??? lalu, aku pun terus jawap

"YES, I DO"
sambil terus capai tangan dia..



maka matsaleh2 dalam tu bersorak sorai la tepuk tangan untuk kami.. dalam masa yang sama, Mr Zaki sarungkan cincin tu di jari aku.. Ya Allah! betul2 segan, happy, seronok semualah! lepastu masing2 salam2 ngan kami dan ucap CONGRATULATION TO BOTH OF YOU sambil tengok ring tu..



Manager restaurant, a chinese lady, terus jumpa kami sambil ucap CONGRATS sambil cakap kat Mr Zaki,

"You are so lucky to have a very beautiful wife like her!"

:shy:

OMG! kembang aku! hahaha... lepas tu dia sempat amik gamba kami berdua, dan yang bestnya, dia siap print kan sekali!


lepas sesi salam2 tu kami terus duduk kat table kami, sambil aku macam

"HUBBY!!!!!!"

hahaha.. maluuuu! segan! happy! ya allah! nie adalah idaman sume para gadis di luar sana, tapi AKU antara yang bertuah di propose sebegitu cara! seronok sangat!!! tapi aku masih lagi muka terkejut!


11.30 pm

kami mula bergerak pulang ke rumah, sambil dihujani ucapan CONGRATULATION dari setiap customer, chef dan crew2 restaurant tu! bahagia sangat! so sweeeeet!

dalam kereta on the way balik tu, ada pulak lagu kami, LUCKY by Jason Mraz & Colbie Cailat.. bertakung air mata aku dalam keta, sebab happy sangat!


˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙ ❤❤❤ ˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙




satu kenangan terindah dalam hidupku yang aku takkan lupakan sampai bila-bila!

MOHAMAD ZAKI,
I LOVE YOU SO DAMN MUCH!!!

˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙ ❤❤❤ ˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙

Saturday, February 5, 2011

25 DISEMBER 2010 - SPOTCHECK & CINCIN

*sebelum aku lupa, baik aku tulis dulu entry2 yang aku ingat tarikh nie* *sorryla eik kalau kelam kelibut!*

Tarikh nie takdela special sangat.. cuma memang tarikh kelakar dan mendebarkan bagi aku.. kenapa? lepas je peristiwa raya tu ari, Mr Zaki dah berani amik aku kat umah.. hehe.. sebelum nie aku cukup tak kasi.. tapi sebab mak ayah aku da kenal dia, so, dia pun berani la datang umah.. biasanya dia akan datang utk amik aku, pastu ca alip but la..

tapi ntah ape mimpi dia aritu *tarikh nie la* tetibe dia buat spotchek kat aku! dia datang umah aku, tp x bgtau ape2.. last2 dia call, dia kata "baby, da tengok tweet?" aku cakap la tak tengok lagie.. nape? pastu dia kata, "tengok la cepat.." ok2!

bila aku tengok tweet, dia tulis "Mana @meladygege nie.. tock tock tock!" aku gelak2 je la.. pastu dia call lagi.. "Da tengok tweet? i ada depan umah u nie!" HAH?? eleh.. tipu lerrr... aku gelak2 la.. "Betul la .. i depan umah u nie.. cepatla bukak pintu.." aku lak still gelak2.. tipu! tipu! xdenyee! "Ya Allah, i betul ada depan umah u nie.. cepatla.. malu i orang tengok.. cuba u tengok kat tingkap betul ke tak" aku pun dah mula cuak, aku cepat2 keluar bilik...

TADAAAAAAAA!! dia memang betul2 ada depan umah! ya allah! hahahaha.. sumpah tercengang aku time tu! ngan baju mickey mouse paras lutut, ngan tak mandinya, ngan rambut macam singa! hahahaha.. pastu aku sambil tercengang2, aku panggil dia duk kat meja depan tu.. muka masih tercengang! sampai dia tegur "Apa muka u terkejut habis!" sambil gelak2.. maunya tak! tetibe je! hahaha..

part yang bestnya, bila tetibe ayah tersedar dr tido *tetengah hari bute tu* ayah suh dia masuk dlm umah.. PADAN MUKA KAWWW! hahahaha.. sebelum tu mmg ayah dah suh la dia hantar rombongan ke ape ke.. aku cite kat dia, tapi duk memain.. haaa.. skang, lagi sekali! PADAN MUKA KAWWWWW! hahahaha..

dengan berseluar pendeknya, datang umah aku.. nak buat spotchek yerr... kan dah kene spotcheck balik! hahahaha.... one more timeeee! PADAN MUKA KAWWWWW! hahahaha... *jangan mara hubby!* ayah cakap direct ngan dia suh blablablabla laa.. pastu baru dia nak percaya.. baru kau serius! hahaha..

____________________________________________________________________

alkisah pulak bila dia da balik umah, dia sembang2 ngan parents dia.. dia cite ngan aku, dia kata la, "along ada hal sket nak cakap ngan ma abah nie.. pasal thasha.. ayah dia da tanya pasal kitowang.. suh anta merisik" *taktau la aku dialog betul ke x.. ape yang aku ingat, itula yang aku tulis kat sini..* pastu terus ma abah dia setuju! petang tu gak cari cincin! hahahaha! GILA LAH!!! aku ingat memain..

kitowang duk ber Ping CHat,
"baby! ada berita gembira!"

"ape tu hubby??"

"i tak boleh bagitau sekarang! serius i taktau nak cakap macam mana nie! nak nangis, nak ketawa, macam tak percaya!"

"isk bagitau la!"

pastu memasing da senyap.. aku bukak twitter.. post2 dia, dah mula buat aku syak.. OMG!!


ahhh! sudah! mak aku masuk kedai emas pulak.. nak pau la tuh!


mak aku tanya, long belikan ma emas ni.. aku ckp xboleh, berat sgt. nanti naik sampan tenggelam! haha.. klasik answer...


ADA!!! Tapi x bole bgtau skang! “@meladygege: aka my santa claus! *da cukup syarat, ade janggut n perut* ade hadiah utk diwiku tak arini?”

ya allah! betul ke apa yg sedang berlaku... rasa takut ke? cuak? happy? Tidakkk!!!!


Arrrgghhh!!! This is getting serious! NOOO...


Rokok dah abes 10 batang dah ni... Nebessss!!!


hahaha.. now da dapat rasa sendiri kecuakkan kitowang tu? ahahaha.. mak dia dah pilihkan cincin time tuuu woiiiiii! gileee laa! memang killer! hahaha.. tapi for sure la Mr Zaki yang kene bayar! ahahaha.. aku lak request kat Mr Zaki, xnak emas, nak emas putih.. haha.. saje aku gurau2! pastu bole Mr Zaki cakap ape, 'ok! nanti i bgtau ma!" ehhh! serius nak bgtau ke?? jangannn! hahaha... aku lak cuak!

ape yang aku tau aritu, dia dah selamat belikan cincin risik utk aku! tapi yang peliknya, sampai masa dia beli cincin risik tu, aku sendiri tak pernah lagi jumpa 4 mata ngan family dia tau! lagi2 parents dia! so aku mcm, eh? betul ke nie? dia pun macam pelik.. sebab macam senang jeee.. padahal belum berkenalan lagi nie..

sekali lagi, nie dialog antara Mr Zaki ngan ma dia.. *based on ape yang die cite kat aku.. kalau salah, sorryla yer!*

Mr Zaki : ma, betul ke along nak kawen nie?
Ma : eh betulla.. nape?
Mr Zaki : takdela,, macam senang je.. macam ntah..
Ma : tula kalau dah namanya jodoh, semuanya Allah senangkan.. ade je laluan Dia akan kasi..

aku fikir balik, betul jugak kan... hurm.. adakah ini jodoh aku? hehe.. HAPPY!

10 SEPTEMBER 2010


Haaa.. kalau kowang ingat, tarikh nie tarikh ape? hehe.. nie la tarikh Hari Raya Aidilfirti taun lepas! ape yang soooo specialnya tentang tarikh nie? haa tengok pic kat bawah!



TAK CLEAR?
tengok lagi satu nie..



haaa... clear dah? sape tu? buat ape tu? sape lagi ade kat situ? hehe.. niela dia Mr Zaki aka Bam.. hehe.. kan masa nie raya, so, on 1st raya nie, Mr Zaki berhasrat *cewah ayat!* untuk jumpa ngan family aku.. so, inilah dia boktinyaa! hehe..

perasaan masa nie? berdebar gila kowt! nampak x muka aku tu.. aku buat muka slamber, macam muka xtau.. macam xde ape2 berlaku.. padahal dalam hati, gelowraaa yuuuu! haha..

nak dijadikan cite, yang mmg aku takleh lupa *dah macam tengok drama2* Mr Zaki nie datang umah, ingatkan bawak keta dia.. upenye keta saga lama abah dia! ternganga aku! hahaha.. memula da lain impression mak ayah aku.. Saga? hahaha.. pas adik aku boco rahsia dia bawak keta ape, baru macam lega sket muka dowang.. haha.. bongok hubby! hahaha..

soo.. okla! nie la kenangan 1st time dia berkenalan ngan parents aku n adik beradik aku.. dahlama aku peram pic nie, now, TADAAAAAA! hehe..

COMEBACK

Salam,

Macam biasa, dah lama aku tak update blog... Malas tu satu hal, feel tu yang penting.. feel takde.. tapi cerita ada... terlalu banyak yang aku nak cite... sorry sesangat pada yang selalu msg aku, nape dahlama tak update blog.. okayh, aku buat sikit2 ya!

kemungkinan entry aku akan bercampur aduk sket.. ada yang masih baru or ada yang lama.. takpe la, janji tertulis kat sini kan? okla, yang penting, enjoy reading!