My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Menyediakan kelengkapan barangan Kekabu 100% Asli & Padat secara ONLINE dengan harga paling berpatutan!

HALLUUUUU!!

❤بِسْـــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم❤

JUMPER LADY GEGE DISINI PULAK YA! MEH! MEH! BACE KISAH NGARUT KITEE!!

COUNTING THE DAYS....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Little JuNiORRR!!!

pregnancy calendar

Saturday, October 10, 2009

AKU MEMANG TAKDE KAWAN BAIK. HIDUP AKU HANYA MENULIS.

aku takde kawan - sebagai tempat nak luahkan perasaan, takde teman yang sejiwa dengan aku.. takde teman yang sehati dengan aku,, takde yang sanggup bersama ngan aku susah senang.. biarlah orang cakap aku gila dengan facebook, gila dengan blog, gila dengan novel, gila dengan ape2 jelah yang owang anggap aku.

gila ke aku kalo tak kaco idup owang lain? gila ke aku tak sakitkan hati owang lain? biarlah! masing-masing ade pendapat dowang sendiri pasal aku kan? aku tak mintak pun kowang bace post aku ni.. aku tak mintak pun kowang bukak blog aku. aku menulis bukan untuk owang bace. aku menulis untuk kepuasan aku sendiri.

Blog nie la satu-satunya medium terbaik aku nak luahkan perasaan,, teman terbaik yang pernah aku ada,, teman terbaik setiap susah senang aku,, teman yang terbaik yang tak pernah menyakiti hati aku, malah lagi buat aku gembira. Blog nie juga teman paling setia yang aku ada,, satu-satunya teman yang tak pernah nak tikam aku dari belakang.

aku tak kisah kowang nak cakap ape, nak cakap aku hidup sendiri ke, xde life ke, eh sukahati akulah! ini life aku! masing2 ade cara masing2 kan?? kalo kowang suka kuar, kuarlah! kalo kowang suka mancing, mancinglah! takde sape nak pertikai gaya hidup kowang! betul tak? jadi kenapa nak pertikai cara hidup aku? aku cakap nie secara general.

aku dari kecik hidup aku dengan buku. hidup aku dengan majalah. hidup aku dengan novel. hidup aku dengan lembaran puisi aku yang berbuku, lirik aku yang berbelas naskhah. yang paling penting, dari kecik hidup aku hanya dengan MENULIS. Menulis, menulis, dan menulis. Itu gaya hidup aku. Sebab tu aku tak pernah lekang dari pen dan kertas. Kerana aku menghargai setiap detik yang aku lalui! Aku catatkan dia, supaya tak luput dek ingatan. Supaya sampai bila-bila aku dapat menghayati waktu mase lalu dan mampu tersenyum gembira atau menangis hiba. itu cara aku!

tak ade sape yang memahami aku jiwa dan raga. luar dan dalam. sehati dan sejiwa. tak ada! hanya dengan menulis dan menulis dan terus menulis buat hati aku tenang, buat aku rasa lapang,, buat jiwa aku tak tegang.. ini sahaja TEMAN TERBAIK aku. TEMAN KARIB aku. TEMAN PALING MULIA sampai akhir hayat aku. ini cara aku, ini gaya aku. takkan ada sapa dapat rampas TEMAN aku nie..

10 comments:

lonelyroseblack said...

antara 'tips' terbaik yang kak rose dapat ketika mula2 berjinak2 mahu menjadi 'pengkarya' adalah- "anda perlu belajar untuk menulis dengan betul terlebih dahulu-pada penggunaan ayat2 yang ejaannya tak carca-marba!

anda kena lebih banyak membaca, melihat, berfikir, cuba menilai dan akhirnya-barulah cuba menulis..kalau anda masih tak faham bahasa, kamus berlambak dan manusia2 lain pun berlambak, buang rasa malu (baca:EGO anda tu) banyakkan BERTANYA!!!"

DUSH!

rasa macam kene lempang dik, lebih sakit dari rasa kene tumbuk rasanya..lepas tu terus rasa nak TOTOP je blog nak lari duk jauh2 dalam utan..

ha ha ha..

tapi itulah pengalaman kan?..tulislah, selagi rasa ingin menulis tu ada. selalunya, sebuah tulisan (kita) tak hari ini, sooner or later, akan mendidik diri kita sendiri-inilah proses yang 'mendewasakan' diri kita sendiri, secara luar sedar.. :)

ingat satu lagi perkara, justifikasi kita tentang manusia lain selalu tersasar, selalu..begitulah yang harus kita fikir selalu, agar kita sentiasa tahu letak duduknya diri..

inikan negara demokrasi, tulislah atau katalah apa saja, pentingnya jangan sampai ada riak2 bongkak, bangga diri apatah lagi menghinakan orang lain...trust me, kita akan lebih dihargai selepas menulis perkara yang bukan begitu.. :)

am i rite?..ha ha..(rosak bahasa aku dah ni! aduyaiii!!...)

(eellooo!..ini ruangan KOMENTAR blog orang lain, LONELYROSEBLACK! bukan blog ko! yang ko tulis macam nak posting entri tu apasal?!)

GULP!

(heh heh heh...)

EL MARIACHI said...

salam tasya...
saya pun mula menulis sebab dah tak percaya pada orang...bila kita luahkan perasaan terasa macam diorang kutuk kita balik dari belakang...lastnyer ada sorang kawan cakap ...

"JANGAN HARAPKAN SIMPATI ORANG..."
so,bila saya sorang sorang admitted kat hospital (kena denggi) saya mula menulis dan menulis....(masa tu dalam diari jer....)

sekarang dah ada blog lagi senang...kadang kadang tajuk catchy kita tu termasuk dalam sepuluh page yang orang google...kat sinilah kita jumpa orang yang satu kepala dengan kita...
well,banyak pulak saya tulis dah... selamat menulis dan hargai diri kita sendiri...

chow,
el mariachi @ iskandar dzulkarnain(facebook)

meladygege said...

kak rose ~ ntahla.. bagi saya, tulisan kita adalah hak kita masing2.. kita bebas nak bersuara ape yang kita rasa nak suarakan.. kita bebas nak bercakap tentang apa sahaja selagi tak menyakiti hati orang lain..

penulisan nie bagi saya satu medium yang terbaik nak luahkan perasaan.. kalau kawan, mungkin dia akan dengar ape kita cakap, tapi tak munkin dia dapat tolong kita apa2..

melalui tulisan nie, dia banyak bantu kita luahkan ape yang kita rasa.. silent listener bak kata orang.. dia xkan pernah sakitkan hati kita,,


iskandar ~ betul tu awak.. inilah yang akan jadi bila kita dah mula rasa tak percayakan orang.. kita hanya percayakan diri sendiri.. kawan mase susah, memang susah nak jumpe.. percayalah..

tengok mase awak di hospital.. bape ramai yang bergelar 'sahabat' datang lawat awak? ade ke? xde kan?
jadi, kita cuma boleh jaga diri sendiri, sebab takde siapa pun antara orang yang kita sayang akan betul2 rela dan setia disisi kita..
ya..mungkin ada yang rela n setia.. tapi, brape lame mereka sanggup bersusah dengan kita?

EL MARIACHI said...

aku hidup dalam blues ler jawapnyer....ehehehehehe...

meladygege said...

sangat tepat!

lynajoe said...

salam...aku xtawlah apa yg menarik dan tetarik sgt dgn blog owg... tapi aku suka membaca dan mencari sesuatu dari blog owg lain.... itu plak cara aku.... aku pon suka menulis n pernah berkarya pada tahun 1999... masa tuh lps SPM... bila hasil keringat aku secara langsung xmemberi sesuatu hasil pada aku dan hanya memberi keuntungan pada owg lain.... so aku P karya2 aku lbh elok d simpan dlm kotak pkran aku sndiri.... x mau share ngan owglah... biarlah aku jadikkan spesis pekasam.... bila karya kita di ambil n di sukai ... sebagai penulis tempelan like aku x d pekenalkan ... terasa sgt diri aku d perlekehkan... sakit ati bkn kepalang... maybe masa tuh aku muda lai n xda nama.... klu d ingatkan... sakit ati ... so aku stop berkarya.... emmmm pada sis yg nak sgt n suka berkarya... good luck dear!!! hope one day sis akan succes... n terkenal... popular like dlm FB kan....hik3....

cikpingu said...

maaf klu aku xdpt jd yg terbaik tuk ko.. tp nama KAWAN ttp ade antara aku ngn ko...

meladygege said...

umie ~ ko tetap kawan baik aku sampai bila2,,,,

Himynameiszuan said...

tasya..ko tetap kwn ku jua..
dimana pun anda berada..

hahaha..

zassss...

meladygege said...

haha,, yeke iszuan? okehh,,, tengkiuu!! zassssss~layannnn,,,