My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Menyediakan kelengkapan barangan Kekabu 100% Asli & Padat secara ONLINE dengan harga paling berpatutan!

HALLUUUUU!!

❤بِسْـــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم❤

JUMPER LADY GEGE DISINI PULAK YA! MEH! MEH! BACE KISAH NGARUT KITEE!!

COUNTING THE DAYS....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Little JuNiORRR!!!

pregnancy calendar

Wednesday, November 17, 2010

BILA AKU DAH MULA RASA AKU TAK SESUAI UNTUK SAPE2...

BILA AKU MULA RASA AKU TAK SESUAI UNTUK SAPE-SAPE..
ntahlah.. kenapa la rendah sangat keyakinan diri nie... bila aku dah mula rasa aku tak sesuai untuk sape2, tak kirala, sebagai kawan ke, kekasih ke, sebagai anak ke, aku mula pilih jalan hidup aku sendiri...

MENYENDIRI & MENJAUHKAN DIRI

menyendiri dengan diri aku sendiri.. menjauhkan diri dari semua orang... aku rasa aku tak layak nak berdampingan ngan sape2 pun... banyak yang kurang.. yang lebihnya tak ada... aku x ada kelebihan macam org lain.. kalau org lain macam nampak kelebihan aku, itu sebenarnya, bukan aku.. aku hanya cuba meniru orang... cuba meniru dan pretend kat diri sendiri yang aku sebenarnya hebat macam org lain... hakikatnya tidak... aku takde ape-ape yang boleh aku banggakan kat keluarga... kat kekasih.. kat kawan-kawan.. aku takde ape-ape!

BILA AKU MULA RASA AKU TAK SESUAI UNTUK SAPE-SAPE..
aku mula akan terperuk dalam bilik nie sendiri.. sanggup x makan, tak minum.. tak kuar bilik.. teman aku hanya laptop buruk nie.. aku akan bukak balik blog aku... kebanyakkan lagu mp3 yang aku pilih semuanya ada kene mengena dengan kisah hidup aku.. kisah hidup aku takla seteruk mana pun.. cuma, mungkin aku je yang buat dia jadi teruk...

BILA AKU MULA RASA AKU TAK SESUAI UNTUK SAPE-SAPE..
aku perlukan masa untuk aku sayang diri aku.. aku perlukan masa untuk aku hargai diri aku balik... bukan satu perkara yang mudah.. mungkin bg orang lain, benda nie remeh.. aku je yang sengaja spoilkan mood aku.. aku je yang sengaja fikir bukan2... kalau ada yang baca entry aku nie atau yang selalu follow cerita hati aku kat blog nie pun mesti akan ada impression yang macam tu.. aku tak salahkan kowang.. sbb setiap kehidupan, ada cerita dia sendiri.. rahsia dia yang tersendiri... yang aku takkan bukak sampai mati..

BILA AKU MULA RASA AKU TAK SESUAI UNTUK SAPE-SAPE..
aku pilih jalan untuk mengelak dari jumpa dengan sape-sape.. mungkin aku depressed.. ya mungkin... dan aku pilih jalan untuk baring... renung kipas siling berejam2... mungkin nangis mungkin tidak.. tapi bila dah diluahkan dengan cara menulis atau meluahkan perasaan macam nie, aku sedikit lega...

BILA AKU MULA RASA AKU TAK SESUAI UNTUK SAPE-SAPE..
aku mula buat perbandingan.. satu-satu aku semak.. setiap inci aku check.. aku buat perbandingan, apa kurangnya aku... apa lebihnya dia... apa yang aku ada, apa yang aku tak ada?

BILA AKU MULA RASA AKU TAK SESUAI UNTUK SAPE-SAPE..
aku terdiam.. dan akan mula berfikir... HURT, TEARS & PAIN is my all-time fav emotion.... aku bahagia!

Monday, November 8, 2010

TAK SUKA!

dulu aku penah buat entry ape yang aku tak suka.. tapi rasanya ada lagi benda yang aku cuba SUKA tapi aku memang TAK SUKA! kalau terpaksa gak, aku pun terpaksa la SUKA kan... nie link ape yang aku penah list out dulu.. click kat link tu...

TAMBAHAN TAK SUKA

1. laksa 2. 100 plus 3. berjanji tapi asyik tak tepati 4. ice lemon tea! kecuali mamak punya teh o ais limau! 5. diarah-arah 6. time tengok tv, time tu la nak sembang macam-macam 7. tempat-tempat crowded.. cepat pitam / rimas 8. hari khamis


Friday, November 5, 2010

WHITNEY HOUSTON, GLORIA GAYNOR & TONI BRAXTON SPECIAL PERFORMANCE!



when 3 diva's perform! hahahaha! so cute rite! with the lipstick, the eyeshadow, the blusher! and of course they very into feeling when 'singing'! hahahaha...

Monday, November 1, 2010

GIT FRESH - BLOW ME A KISS

It's like this (this) it's like that (that)
I got dough (dough) I got stacks (stacks)
I can't buy anything that I need (need)
But I gotta have u 4 free
I ain't neva paid 4 it in my life (my life)
So why the hell would I pay 4 a wife (wife)
I need luv (luv) yes I do (do)
But this is wat I need from u

Ooh a brother need luv and affection
A brother need tlc
And I talkin bout chilli (chilli)
But I'll take chilli if she want it
Ooh a brother need cookin and cleanin
And when she say she luv me she mean it
Her insides pretty (pretty)
Hey hey hey



And if that's u (u)
Blow me a kiss (kiss) 2 let me know (know)
If u feelin me u can do better (hey)
Than that scrub that u with (than scrub that u with)
Baby all that u gotta do (gotta do) is blow me a kiss
Hey hey
Da-da-da da-da da-da da-da da-da-da da-da da-da da-da
Da-da-da da-da da-da da-da da-da
Blow me a kiss
Da-da-da da-da da-da-da da-da
Da-da-da da-da da-da
Blow me a kiss

I'm bout this (this)
I'm bout that (that)
I had hoes (hoes)
(I spent stacks) stacks
I've had everything in my life (my life)
But I'm a have u tonight
Yeah I'm a have u... u...
I need luv (luv) yes indeed (deed)
But this is wat u get from me (from me)

Ooh I'm a give u luv and direction
U can be my? I ain't talkin bout thriller (thriller)
But I could be your thriller if u want it
Ooh I don't need no cookin and cleanin
We can get a maid if we need it
Cause I'm on my brizz-ed (brizz-ed)
Hey hey hey

And if that's u (u)
Blow me a kiss (kiss) 2 let me know (know)
That u diggin me (diggin me) u can do better (hey)
Than that scrub that u're with (than scrub that u're with)
Baby all that u gotta do (gotta do) is blow me a kiss
Hey hey
Da-da-da da-da da-da da-da da-da-da da-da da-da da-da
Da-da-da da-da da-da da-da da-da
Blow me a kiss
Da-da-da da-da da-da-da da-da
Da-da-da da-da da-da
Blow me a kiss

JIKA


Jika aku mengadu pada langit tentang dukaku, aku takut mendungkan tiba......
Jika kusampaikan resahku pada angin, aku takut badaikan melanda......
Jika kuceritakan marahku pada laut, aku takut gelombangkan datang mendera......
Lalu kusimpan segala2nya sendiri dalam hatiku selamanya...

credit to Kak Mimi Az-Zahra

Sunday, October 31, 2010

1ST TIME DRIVE!

arini aku teman cik pinguu kite mendistribute kan lagi wedding card dia.. sedar tak sedar dah tak lama je lagi dia nak kawen... 2 minggu je lagi... happy + sedih... :)

and arini lepas aku dah lulus JPJ test, dengan rasminya sengaja aku bawak keta Waja umie sampai ke Sijangkang! weehooo! seramm! tapi berjaya! hahaha... giler la umie.. suh aku u-turn kat traffic lite tu.. dahla aku nie pemandu baru, suh buat mcm2.. gile gelabah aku tadi! hehe.. sekian, itu je diary sayer arini... amin..

MANDI

aku tengah mandi tadi... tetibe aku nangis sensowang..
aku pun taktau nape aku nangis lagi...
sisa semalam tu masih ada kot..
takpela, biar dia kuar habis-habis....
hurm.. kuatnya kesan/impak peristiwa semalam kat aku...
sabarlah hati....
aku tau kau lebih mengerti..
sabar ya...


BILA RINDU SANGAT

jam dah menunjukkan pukul 0353 hrs.. aku tak boleh tido... aku rindu! rindu sangat.... aku dah sesiakan masa siang tadi.. aku sedar tindakan aku siang tadi... tapi aku tak dapat bendung.. aku tau kesan dan akibat pada aku sendiri... dan nah.. sekarang,

AKU RINDU SANGAT KAT ZAKI ADNAN....

puas aku golek2, aku still takleh tido.. BILA AKU RINDU, aku :-

❤ m e n a n g i s . s a m p a i . t e r t i d u r .
❤ p e l u k . t e d d y . b e a r
❤ p e l u k . b a j u - b a j u . d i a . k a s i .
❤ b a c a . s m s - s m s . d i a .
❤ t u k a r . w a l l p a p e r . h p .
❤ r e n u n g . p i c . d i a .

dan inilah yang sedang aku lakukan sekarang.... HOW I MISS HIM!

BAJU BARU .. moody.. sangat...

waktu nie, aku hampir nak tido dah... tapi bila kenang balik ape yang jadi arini masa kuar ngan dia, buat aku rasa rindu sangat... waste time sangat buat mcm tu... tapi aku kecik hati... aku tak pandai nak sorok ape aku rasa.. aku tahan air mata je tadi.. sebab ape? sebab isu dress lagi...

dia tak suka baju yang aku pakai tadi.. aku pun sebenarnya mmg langsung dah takde baju nak pakai.. aku banyak tshirt2 tido koleksi aku je.. aku mana ada sangat baju2 nak jalan nie.. nak taknak aku terpaksa pakai kemeja biru jalur biru tu ngan jeans biru... since aku masuk keta dia dah buat muka... sentapnya aku, Allah SWT je tahu dalam hati...


dia belikan aku baju baru tadi.. cantik tshirt tu.. tapi agak kecik hati la bila dia suh aku tukar baju aku skang ngan ape yg dia baru belikan tadi.. aku sensitif sangat tentang hal nie... aku diam je.. aku tengah marah.. aku taknak cakap ape2.. nanti keadaan makin buruk... pastu dia ajak aku masuk satu kedai baju nie.. dia suh aku tengok2, pilih2 baju.. xtau la aku dia nak bayarkan ke ape kan..



jenis aku, tipula kalau tak suka org belanja kan, tapi ntahla.. aku kalau boleh, xnak dia/sesapa belikan.. sebab aku rasa segan.. aku rasa MENYUSAHKAN sangat... sumpah lillah! aku rasa serba salah sangat guna duit org nie, walaupun maybe niat dia nak hadiahkan aku baju baru ke kan.. lagi satu, antara sebab lain, sebab aku tengah moody.. aku takde mood langsung nak beli baju baru.. bukanlah aku rasa terhina.. tapi ntahla.. macam aku cakap tadi.. aku sensitif bab nie.. rasa macam hodohnya aku dikalangan ramai2 org tu.. sampai dia pun tak sudi nak jeling kat aku...

dia cuba macam pujuk aku dengan cara dia.. tapi hati aku masih bengkak lagi masa tu.. aku sedar aku dah sia2kan masa aku ngan dia pasal benda tu... padahal aku RINDU sangat kat dia! sumpah aku RINDU! masa makan pun, banyak duit dia habis.. makanan aku pulak, suku je aku usik.. setan bila dah hasut macam2 dalam fikiran kita, lagi2 time tengah marah.. suka la dia.. sampai lunch aku pun mmg tak habis sebab moody dan tersentap yang amat sangat... macam aku cakap tadi, dia pujuk aku dengan cara dia.. dia tulis I ❤ U kat tisu TGI Friday tu...



aku macam org takde perasaan tengok tisu tu.. bukan aku tak suka.. aku tengah merajuk! tengah marah! pastu tisu tu lak aku buat lap tangan, lap mulut... dia tengok kan aje.. sampai dia cakap "penat i tulis.." aku pulak dengan kejam cakap "sapa suh tulis kat situ??" "sapa suruh??" dia cakap sambil geleng2 kepala.. aku tau dia mula kecik hati ngan aku... tapi aku masih tak boleh nak padamkan api marah aku... aku cukup marah siang tadi....

aku sedar, nie je waktu dia nak bersama ngan aku, luangkan masa ngan aku, sebab dia nie sangat busy person... ini je masa yang aku ada ngan dia.. lepas tu sebulan sekali baru jumpa walaupun takla jauh mana pun aku ngan dia... tapi macam aku cakap tadi, aku tak dapat nak bedung marah aku, rajuk aku, kecik hati aku... aku betul2 moody siang tadi!


kebetulan hp aku kene bar.. aku takleh nak connect fb or twitter or bbm.. aku call maxis 3/4x tak berangkat utk aku open line balik.. dia tengok je aku.. sampai dia sengaja call hp aku yg waktu tu aku ngah call maxis.. dia misscall hp aku.. tp aku tak layan.. betapa kerasnya hati aku siang tadi...

bila maxis x angkat2 call, aku campak blackberry bold 2 aku kat atas meja... cukup mudah tangan nie nak hempas telefon... cukup mudah.. dari dulu!
bila nak balik tu, aku rasa sedih sangat dalam hati.. aku dah sia-siakan masa aku ngan dia... aku dah buang masa-masa yang sepatutnya happy ngan dia harini... tapi kenapa dia tarik mood aku dulu since dalam keta! since tu gak, mood aku dah bertempiaran lari! dan sekarang, AKU DAH MULA RINDU........ :'(

Saturday, October 30, 2010

LESEN KERETA! MISSION COMPLETE!


muka bahagia! hahaha,,,

yeayyyyy!!!! finally! after 2 years (Nov 2008), i had completed my car license!
CONGRATULATIONSSS LADIEY GEGE!!!!

many thanks to my instructor, Abg Yusman & Abg Shah dari Hi-Tech Mandu Cekap Driving School kerana sudi menurunkan ilmu dengan ikhlas kepada aku sehingga aku berjaya melengkapkan lesen kereta aku! now m just waiting for my P license.. tak sabar rasanya nak drive! maklumlah, sebelum nie aku cukup takut nak drive.. apetah lagi nak start enjin keta! serius aku tak berani!

JPJ test aku dijalankan pada hari Rabu, 27 October 2010 lalu, no giliran aku, No.22.. masa atas bukit tu, enjin aku dah mati sekejap.. tapi JPJ ngan sorang instructor nie sibuk jerit apentah, cepat2 aku start balik enjin, n kengkonon tengah tekan minyak la.. haha.. pandai gak aku nipu yer?

hehe.. side parking pun, aku sebenarnya dah terbabas sket.. bukan babas ape, aku terjauh sikit dari measurement divider.. tapi tak sangka lak keta tu tak kuar dari box parking! aku dah bajet "mesti tak pass nie! sebab jauh tadi.." tengok2, pas angkat tangan, JPJ tunjuk thumbs up, "OK! boleh jalan!" yeayyy! hehehe..

3 pointer pulak, (3 olah gerak), aku rasa pun macam dah terlanggar sket garisan kuning tu.. tapi bila aku tengok JPJ tu senyum, aku pun belasah la reversee... dalam hati, "ok kot!" hahaha... bila gie kat JPJ nak mintak form tu, aku sempat curik pandang, tengok sume LULUS! YAHOOOOO!!!!


test dalam trek!

so, turn untuk on-the-road pulak berlangsung lepas lunch hour.. pukul 2.15 pm kot aku test.. dah la keta tu pelik.. tak syok bawak.. dari awal bawak sampai habis, gear dia mesti bunyik, krekkk! sampai JPJ pun tegur keta nie pesal.. ke salah aku? haha.. lantaklaaa...

asal aku masuk gear je, bunyik! pastu aku senyum sengsorang.. pastu JPJ tu cakap, "ha! nape awak senyum sowang2 nie!" "ehhh.. mana ada pape encik!" "tu awak senyum sorang2 tu, mesti ade pape kan.. mesti ade yang tak kena! baik awak cakap!" "haha.. takde la encik.. sy memang suke senyum! hehe.." pastu dia gelak kecil... aku pun bwk lagi, pastu senyum lagi.. tak sangka lak aku dia perasan! dia kata "hah! senyum lagi!" terus aku tergelak! dia tanya lagi "kenapa senyum.. mesti ada buat salah nie kan!" aku cakap "takdelah encik.. sy stress, sebab tu senyum.. orang kate psikologi kan! hehe..." tergelak JPJ tu..

pastu dia cerita la adik dia amik test computer 30 kali! ntah betul ntah tidak, wallahualam la.. pastu dia kata, "walaupun sy nie JPJ, sy takkan tolong dia.. dia malas baca! biarkan dia usaha sendiri! sy taknak tolong dia.." pastu masa aku lalu kat area Sri Muda bus stand tu, aku dah kasi signal ke kanan, pastu ade keta nie sengaja nak mencelah gak.. hon keta aku.. babisss betul! pastu JPJ tu cakap "skrg nie, awak rasa, sapa yang salah? awak ke, keta tadi ke atau bas yang berhenti tu?" aku terketar la nak jawab.. mana aku tau! aku cakap la "erm... ntah? sy kot?" pastu JPJ tu cakap lagi "yeke awak? ape pulak awak.. dia la yang salah.. awak dah bagi signal lama.. dia jauh lagi.. bila awak nak masuk, sengaja dia hon awak.."

aku lak ngan selamber cakap "entahla encik.. kalau ikut sy, sy je betul semua.." tergelak JPJ tu! hahaha... lega aku dengar dia gelak! haha.. dia cakap lagi, "agak2 awak, awak leh lulus ke nie? kalau awak lulus ke, gagal ke macam mana?" aku jawab ape tau? "sayer redha encik..." hahaha! JPJ tu gelak gila2! terkezut aku! hahahaha.. lantak kaulah encik.. janji aku lulus! hahaha... bila tengok2 balik kertas masa nak sign tu, aku LULUS!!! 17/20! yeayyyy! mekaseh encik! mekaseh!! YIPPIEEEEE!!!!



malam tu pulak ayah belanje Roti Nan kat Ameerrr! yeayyy! jadilaaa... kan? hahaha.... tengkiuuu!


naaaannnn!



29 OCTOBER 2010 - TERIMA KASIH CINTA!

post nie dah terlewat sehari.. tapi rasanya masih awal untuk aku story-mory pasal nie kan? alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah.. tarikh 29 Oktober nie adalah tarikh perkenalan aku ngan Mr Bam.. 2 tahun sudah! Alhamdulillah....

bagi aku, tarikh nie lagi penting sebenarnya daripada tarikh couple.. sebab ape? sebab, tanpa tarikh nie, takkan ade tarikh couple antara kami... takde percintaan tanpa pertemuan kan? tak kiralah pertemuan antara wajah, ataupun pertemuan tinta/maya... tetap dinamakan pertemuan..

Alhamdulillah sekali lagi, aku sangat-sangat bahagia dan bersyukur dikurniakan teman sebaik dia.. sebaik-baik hadiah dari Allah SWT untuk aku... tak terungkap rasa syukur nie atas pemberian dan nikmatnya walaupun pelbagai dugaan dan cabaran dilalui... aku percaya, tanpa tu semua, cinta tu takkan datang... Alhamdulillah...

Terima kasih sayang, walaupun kau tahu diri ini serba kekurangan, serba tak kena, serba serbi bukan citarasamu, tapi ku hargai usahamu untuk terus bertahan, untuk terus belajar menyayangi aku, untuk terus menerima baik burukku, kurang lebihku dan yang paling penting, terimakasih yang tak terhingga kerana menyayangi diri ini dan menganggap diri ini yang teristimewa di hatimu walaupun mungkin diluar sana ada yang lebih berhak utk memilikimu...
Terima Kasih yang tak terhingga hubby.... kasih syg, cinta dan rindu itu cukup memberi makna pada seluruh kehidupan i..... terima kasih sekali lagi... terima kasih sayang!

Friday, October 22, 2010

I CALLED IT "ME-TIME"

Sometimes i love to be alone..

But most of the time, i hate it...
It's about my confidence level actually..
When I'm confident n comfort wif maself, i love to be around with others
When i'm not in that level of confidence, i'll lost n i'll be alone..
JuST me for hours.. Or day.. Or week..
I don't need any food or TV instead of radio..
I juz need my room n ceiling fan..
Stares at the faN...
JuST in my room - the only place where i get to cure maself..
I call it ME-TIME..
Weird..
But this is originality of me...
Yes.. It's ME.


HOW WAS YOUR "ME-TIME"?

Thursday, October 21, 2010

PREGGIE TIME! hahahaha...



hahaha... entry nie memang giler! alkisahnya, aku, cik pinguu n fazila lepas gie wedding awat.. straight gie umah erin, nak gie rayer...
kebetulan dia ngah preggie bape bulan ntah... lupa! haha.. 5 bulan rasanya...

so, kitowang pun shoot2 la pic!
dan aku DIPAKSA oleh Fazila utk pakai bantal bentuk LOVE -kengkonon preggie!
dan aku pun TERPAKSA okayh! sampai terduduk2 aku gelak!

AKU DIPAKSA, KAU MEMAKSA fazila!!! hahahaha...

jom tengok pic aku.. ade gaye jadi
mom tak? hihi..






TENGKU KHAIRUL ASZUAT & NURAIN AYUNI 1.10.2010



haaa... dulu aku penah buat entry pasal dowang... entry kengkonon merajuk la pasal tak jemput n tak bagitau pun dah tunang kan... hehe.. nie link dulu..
http://meladygege.blogspot.com/2009/10/best-fwen-tunang-aszuat-ayuni-sikit-pun.html


pastu tanggal 1.10.2010, genap la dorang disatukan.. alhamdulillah.. dah selamat semuanya!
3.10.2010, majlis sanding belah ayuni berlangsung.. aku dapat datang waktu tu je...
waktu belah awat pada 10.10.2010, aku tak dapat datang sebab ada job photog time tu...
awat nie best fren aku masa kat sekolah dulu.. sowang2 dah kawen!
pasni Mas pulak.. haa.. nantikan entry tentang tu.. nanti aku updat
e lagi..
jom layan gamba...









SELAMAT PENGANTIN BARU TENGKU KHAIRUL ASZUAT & NURAIN AYUNI!!!

OPEN HOUSE UMAH NADIA NOORSHAM


ha.. nie open house kat umah member sekolah... nadia noorsham.. bila geng2 nie dah bergabung, memang lupa segalanya! jom layan pic!






SIS MARSHA..


my pretty sis...


her smiles is everything for me...

lepas arwah abg syed, kakak aku sis Marsha pulak jatuh sakit... kidney infection... ada batu dalam buah pinggang dia... tapi doctor tak dapat nak cari batu tu... dah scan, tapi tak jumpe... demam sis pulak makin teruk... tarikh nie, 21 Oct 2010, genap 5 hari dia kat Hospital Singapore... aku tak pasti nama hospital tu...

sis sempat bbm dengan aku tadi... dia cakap, lagi 2 hari dc akan cuba buat scanning lagi... demam pun bisa2 sakitnya.... dia dah mula merepek2 pasal mati, pasal akan ikut jejak langkah arwah abg syed.... aku sedih....

ya allah.. selamatkan kakakku... cukupla kau amik abgku dariku... jangan kau ambil kakakku ini... beri dia peluang untuk terus sihat dan menikmati hidup ini dibawah keredhaanMu ya Allah...... aku tak tau nak cakap ape lagi... sangat speechless......


please recover soon sis.... i miss talk with you!

Tuesday, September 28, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..




Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..



Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Syurgaku..

Tuesday, September 21, 2010

I WILL UNDERSTAND ...

If you're too busy to call me, I'll understand.
If you dont have time to check on me, I'll understand.
If you always cancel our date, i'll understand.
If you keep throwing tantrums, I'll understand.
If you keep ignoring me, I'll understand too.
But if I stop loving you, it's your turn to understand..

Sunday, August 29, 2010

I'M GLAD I HAVE YOU...

i'm glad i have u syg... walaupun u bukan yang terbaik yang pernah i ada, tapi u antara yang terbaik yang pernah i jumpa.. walau kesakitan yang banyak i temui, tapi i pandang dari sudut yang positif... u ajar i berfikir secara matang.. u ajar i berfikir supaya cari dan temui jalan penyelesaian.. u buat i berdikari walau awalnya banyak yang i tak faham.. tapi u sabar..

apa yang i rasa, biarlah jadi rahsia hati sendiri... apa yang i lalui, mungkin biasa pada u.. tapi sangat amat luarbiasa pada i... sakit yang i rasa, suka yang i rasa, biarlah hati i sendiri yang terjemahkannya.. u terlalu baik untuk i... i takut i tak dapat sesuaikan diri dengan cara hidup baru.. tapi demi cinta, i cuba belajar dan belajar kenali u, walaupun peritnya setengah mati.. walaupun sakitnya bisa sekali. i takkan berhenti belajar, andai itu yang dapat memikat hati u.. kerana u sendiri tahu, mcm mana sayangnya i pada u...

semoga hidup kita esok akan lebih baik daripada semalam, dan lebih baik dari hari ini... salam sayang..........

KEKUATAN..... BISA AMAT... YA ALLAH!

Ya Allah Ya Tuhanku...
andai kau takdirkan aku untuk bertahan, kau kurniakanlah aku kekuatan..
andai kau takdirkan aku untuk melepaskan, jua berikanlah aku kekuatan..
aku terlalu lemah untuk menghadapi bebanan ini Ya Allah..
aku tidak kuat untuk melalui semua ini untuk kesekian kali..
kesakitan ini teramat bisa Ya Allah...
berikan aku kekuatan untuk melawan kesakitan ini Ya Allah...
aku mohon padamu...
sesungguhnya aku tahu..
Kau tidak akan pernah membebani hambaMu dengan apa yang tidak mampu hambaMu tanggungi...
bantulah aku Ya Allah...
bantulah aku....
amin....

BADAN PENAT, FIKIRAN PENAT, HATI PENAT..

badan penat, fikiran penat, hati penat... ntahla.. makin lama makin banyak ujian datang kat aku.. dugaan demi dugaan.. sumenye menuntut fikiran aku, otak aku utk main peranan.. kalau badan penat, boleh rehat - tido.. kalau fikiran penat, boleh dengar lagu... kalau hati penat, jadi beban..

bila beban dah membebani hati, fikiran ikut sama sekali.. badan turut terkesan.. ape sebenarnya yang aku betul2 penatkan aku pun tak dapat nak kesan lagi... tapi hati mungkin yang utama.. banyak yang tersimpan, jadi rahsia sendiri... banyak yang terpendam, tak boleh nak terluah lagi.. betullah pepatah Inggeris ada cakap..

"Tears is a language God fully understand"

aku setuju ngan ayat tu.. tapi aku bersyukur.. sebab dengan ujian nie, aku masih mampu bertahan.. sekurang2nya aku tahu, dimana kemampuan aku.. setakat mana kekuatan aku.. walaupun cukup rasa penat.. cukup rasa letih.. cukup rasa terbeban, tapi aku masih taknak mengaku kalah.. sisa-sisa kekuatan nie masih ada dengan aku..

aku cuma dapat berdoa.. andai aku tewas dengan kekuatan nie, aku mohon Allah beri pada aku kekuatan yang lain pula.. aku mohon hidup aku lepas nie dah kurang bebanannya... biarlah aku terbeban skrg.. jangan nanti aku rasa beban tu... yg sekarang pun aku rasa dah nak kecundang.. apetah lagi akan datang.. ntahla...

Wednesday, August 25, 2010

abg syed.........



Abg Syed,

adik rindukan abg..... kenapa cepat sangat abg pergi? kenapa dengan tiba-tiba? kenapa takde amaran? abg tau tak adik rindu?

6 bulan abg.... 6 bulan dah abg pergi.... 6 Februari 2010.. adik takkan lupa tarikh keramat tu... adik ingat lagi... masa tu adik, alan, bat, lyana, takumi, kami semua baru je lepas calling2 nak lawat abg esoknya... masa tu pukul 3 petang, abg... adik ngan sume kawan2 kita yg dah mcm adik beradik, sume x sabar nak tunggu esok.. nak tengok abg... nak tengok lagi senyuman abg...

TAPI.....

3 petang.... waktu tu abg sedang bertarung dengan kematian.... tak siapa di antara kami pun yang tau.... abg pergi.. pergi tinggalkan kami semua.... tapi adik tak tau! sis sha tak tau! alan tak tau! bat tak tau! lyana tak tau! kak moss, layla sume tak tau! abg? kenapa tiba-tiba???

jam 9 malam, adik dapat call dari sis fiza..

sis : "sis, u tau tak syed dah tak de?"
adik: "hehe.. sis nie ape la.. jangan bebukan"
sis : "no, i'm serius sis... syed dah tak ada!"
adik : "hehe.. nonono... u must be kidding... esok we all plan to visit him.."
sis : "sis! takkan i nak bergurau pasal ni?? syed dah takde!"

adik terkedu.... senyap......

sis : "sis..........."
adik : "sissssss....." (start cry)
sis : "be strong syg,,,,,"
adik : "this must be wrong! bila! kenapa tak ada org bagitau!!!"
sis : "sabar syg... i pun baru dapat tau... (crying)"
adik : "bila sis! bila??"
sis : "tadi petang syg.... pukul 330pm... kat hospital..."

adik tersenyap.......

adik : "ya allahhuakbar.......... kenapa tak ada org bagitau sis... kenapa?? pukul bape kebumi?? bila kebumi..?"
sis : " i pun baru tau sis... i'm so sorry... syed dah dikebumikan sebelum maghrib tadi.. pukul 7pm...
adik : (cried) astaghfirullah! KENAPA!!! kenapa tak ada sorang pun inform me!! ya allah!!


time tu sis fiza dah senyap... tak tau nak cakap ape abg... dia pun nangis sama... adik terus call alan, bat, layla, nangis2.... sis sha lagila... menangis...... adik macam hilang arah sekejap...



adik sedih... adik plan ngan kengkawan kita nak tengok abg waktu abg tengah menghadapi sakaratulmaut.... adik sedih adik tau berita lambat.... adik sedih adik dapat tau abg dah dikebumikan tanpa sempat adik nak p lawat abg buat kali terakhir.... adik sesal.... adik sesal abg syed......

dalam sebulan tu adik betul2 berkabung... betul2 rasa hilang tempat nak ngadu... selama nie abg ngan sis sha je kakak ngan abg adik.. tempat adik bercerita macam2,.. masalah.. suka duka.. tiba2 abg takde! adik hilang punca! adik tertekan! adik nak bercerita ngan sape lagi?? adik ada abg ngan sis sha je org yg paling paling paling adik percaya... org yang paling kuat simpan rahsia adik..... orang yang paling amanah yg adik percaya....

2 minggu, adik asyik nangis je... adik tau, tak baik.. bukan adik tak redha abg... adik redha pemergian abg.... tp adik masih terkejut.... adik betul2 sedih.... sampai la seminggu atau 2 minggu lepas tu, adik mimpi...

adik mimpi kat facebook abg, sebelah profile pic, seolah, facebook nie ada webcam... dlm mimpi tu adik ngah nangis... abg buat memek muka, ngejek2 adik sampaila adik tergelak... tapi abg tak cakap sepatah ape pun.... abg buat sampai adik gelak! pastu dalam mimpi tu jugak adik mcm sedar, abg dah takde.... tu sume khayalan... pastu adik tersedar dr tidur.. adik terus sedekahkan al-fatihah... rindunya kat abg, Allah je tau....



sampai skrg abg... adik rasa mcm abg tak gie mana pun.. abg ada lagi.. abg sengaja deactivate acc n sengaja diam je mcm pergi vacation.. adik mcm x percaya lagi.... tp adik cuba percaya... adik tau, abg dah takde... adik redha abg pergi drpd abg tanggung kesakitan mcm tu... adik tak sanggup tengok keadaan abg kat hospital dulu... adik x sanggup....



adik redha abg pergi.... abg ingat tak adik pernah janji nak letak post/entry kat blog adik pasal abg? adik janji nak letak entry pasal abg lepas adik buat entry utk kak lin dan layla? tak sangka.. lengah2 adik, rupanya2 adik nak buat belasungkawa untuk abg,,,,,

Abg Syed.....
adik takkan lupa kenangan kita... walaupun perkenalan kita hanya bermula di facebook, tapi kita seolah2 dah kenal lama... abg pun rajin contact adik... abg yang paling caring kat adik walaupun abg tak berapa sihat... hari2 abg msg adik tanya adik ok ke tak.. kalau adik sedih tetengah malam, abg sanggup tepon adik kul 4/5am tu n cheers kan adik.. thanks alot abg... tapi satu benda abg kene tau... semenjak abg takde, adik dah langsung tak makan mcflurry oreo... itu fav kita kan? adik tak boleh kalau tengok benda tu.. nanti adik nangis... adik rindu!

adik takkan lupa kita ramai2 bergurau senda pasal beger romlie... pastu abg tag2 gambar makanan kat kitowang... bila adik gaduh ngan alan, abg back up adik... seronok kan time tu? adik ingat lagi.. abg cakap tahun 2010 nie abg nak jadi guy yang paling hot n popular sekali! abg nak pasang badan balik, bagi tough mcm dulu.. bukan kurus kering macam sekarang.. abg nak jadi jejaka fav! haha.. tapi..... ya... abg memang hot... abg popular tahun 2010 nie... awal2 2010 berita abg terlantar di hospital dah cukup buatkan abg sangat popular dikalangan friend di facebook... berita pemergian abg dah cukup buatkan abg cukup hot! kenapa adik tak perasan ayat2 tu?



Abg Syed...
adik nak bagitau... sis fiza cakap abg teringin sangat nak tshirt limited edition Polo kan? kalau tak silap adik, polo la.. tapi tshirt tu mahal sangat kan? atas RM600++ kan? abg tau tak sis nak buat suprise kat birthday abg taun nie? sis belikan abg baju tu! sis tempah awal2! tapi abang tau tak hadiah suprise abg tu sampai bila? sampai pada hari kematian abg, abg syed...... sampai hari tu............ sis ingat nak buat suprise utk abg... tapi rupa2nya abg dah kasi suprise kat kami semua.... sedih bang... sampai hari ni sis tak bukak kotak present since 1st day sampai kat tangan sis... sis tak sanggup....

Abg Syed....
Ramadhan kalini betul adik sunyi.. kalau tak abg mesti ade je nak sms adik, atau online kat facebook, tanya dah sahur ke belum.. pastu duk citcat2 kat YM ke.. tapi ramadhan kalini adik sunyi... sebak.... ramadhan kalini abg takde... kalau tak kita sibuk masing2 share lagu raya la.. share lagu2 baru la.. cite pasal kuih raya, baju raya... pastu kisah abg yg takleh makan sembarangan... adik rindu moment tu... genap 44 hari abg sakit dan terlantar di hospital.. lepas tu abg dah pergi tinggalkan kami semua.....

tapi adik yakin, tempat abg bahagia disana... adik sentiasa doakan abg.... adik tak pernah lupakan abg dalam sehari.... sampai saat nie, air mata masih laju turun bila adik teringatkan abg walau sedetik.... adik berterimakasih sbb abg anggap adik nie adik abg yg paling rapat selain adik kesayangan abg -mira walaupun adik bukan adik kandung... adik hargai sangat2... terima kasih sudi berkongsi kisah hidup abg dengan adik... dan terima kasih kerana tak jemu2 mendengar luahan adik.. lastly terimakasih kerana abg begitu amanah pegang rahsia adik.... adik doakan Allah SWT permudahkan jalan abg ke sana.... semoga Allah mengampuni dosa-dosa,

SYED SHAHAZLIE AL-HABSHEE......



-AL-FATIHAH-

Wednesday, July 14, 2010

WAD ISOLASI TINGKAT 8, 1ST CLASS ROOM.


VAKSIN H1N1

mesti kowang pening ape maksud wad kat atas.. its isolation.. wad isolasi.. lepas 5 hari intan ditempatkan di dalam satu bilik khas dalam ICU called wad isolasi, sekarang nie intan telah dipindahkan ke Wad Isolasi yang non ICU, tapi still under intensive care ditingkat 8, iaitu tingkat yang paling tinggi sekali di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang..

aku rasa bilik nie biasanya khas utk golongan VIP kot.. sbb mmg bilik nie 1st class.. mcm hotel.. cuma xde karpet la kan.. dlm bilik tu ada sinki sendiri, ada toilet n bilik mandi sendiri.. siap ada shower n heater tau! so hari tu aku tunggu intan kat hospital.. bermalam di hospital la.. 1st time dalam hidup aku bermalam di hospital... mmg pengalaman yg sangat2 berharga...

alkisahnya minggu tu, dah masuk minggu kedua aku dan family berulang alik ke hospital... dah jadi mcm rumah kedua kami.. sebelum ikmal masuk hospital, ditakdirkan kami sekeluarga dapat durian runtuh.. ayah dapat bonus kalau tak silap.. tapi xdela banyak kan.. tp akhirnya sape tau, upe2nye duit bonus tu untuk tanggung pembiayaan rawatan adik2 aku dan belanja umah sepanjang waktu yang tak menentu tu kan...

lepas habis waktu melawat tu, aku stay ngan intan kat bilik tu.. dahla jauh kebelakang sangat2 bilik tu.. nak kuar pun aku seram.. so aku stay jela.. pastu ada la attendant hospital nie hantar makan.. disebabkan kat wad tu mmg boleh kira bape org je yg duk situ, so makanan pun ada lebih... attendant tu bagi aku satu tray nasi ngan lauk2 sume... UISH! sedap lak tu! seyes! haha.. aku sempat ckp ngan intan, "ha aritu masa imal masuk hospital, ko yg duk habiskan nasi dia..tau2 ko kene makan nasi hospital sampai 5 hari" hahaha... pastu intan perli aku balik.. 'nie akak makan nasi hospital nie, silap2 dia lak masuk hospital kang.." haha.. tp seyes woo.. mmg sedap! ikan goreng ngan masak lemak so'on ngan petola.. ikan goreng dia betul2 rasa kunyit tu! sedap! garing sangat!

pastu malam tu kitowang lepak2 la sembang.. ptg tadi tu mak ayah datang bawak toto, laptop, bantal utk aku... sebelum mak ayah dtg tu, intan nak g toilet, aku papah la dia.. dia macam lembik kaki.. yela, bygkan 5 hari atas katil, langsung x turun katil, makan, minum, berak kencing sume nurse yang buat.. bila tibe2 kene berdiri tu, dia mcm lembik kaki dah! pastu lama2 baru dia dpt berdiri betul2... sibuk la dia berjalan keliling katil, tengok pemandangan kat luar tu "huyyy.. cantiknyaaaa!" aku tergelak je.. hahaha.. yela, 5 hari duk dlm bilik xnampak matahari sume.. juz dinding putih je.. so mcm batak sikit la dpt tengok matahari, pemandangan kat luar sume tu.. hihi..

sepanjang aku teman dia dr hari sabtu tu, byk dc kuar masuk check dia.. tp yang paling parah, start je latenite, hampir sejam sekali dc n nurse masuk check dia... sumpah aku cakap, aku fobia gila! memula check suhu badan dia.. pastu kasi makan ubat, pastu amik darah.. sejam lagi amik darah.. sejam lagi amik darah lagi.. tp masa pukul 5 pagi tu, sampai 5x dc amik darah kat tangan dia.. darah takmau keluar.. tp masa tu air botol dah dikeluarkan.. kesian gila aku tengok dia kene amik darah byk2 kali tu, sampai dc sendiri dah pucat lesi tau!


tangan kanan intan

sebelum amik darah yg 5x pukul 5pagi tu, nurse dtg masukkan ubat n antibiotik kat tangan dia.. masa tu menjerit2 dia.. dia ckp pedihhh sangat masa antibiotik tu masuk... aku mmg x sampai hati sangat2.... pastu kul 7 pagi dc datang lagi check dia n amik darah lagi utk kali terakhir.. dc kata kalo ok, dah bole balik harini.. kitowang pun cam happy la kan..

disebabkan malam td tido pun ayam2 je sbb doctor, nurse kuar masuk bilik, jadi kitowang pun sambung tido balik.. tup2 kul 9 pagi aku terjaga, sbb terkejut ada suara lelaki.. upenye dah ada 3 org doctor dari unit ICU yg rawat adik aku dr wad kecemasan sampai wad ICU n wad isolasi nie dtg check dia .. ntah bape lama dah dowang sampai pun aku xtau.. yg aku tau, aku ngan intan sama2 terkejut..

pastu dc cakap dia dah boleh balik tengah hari nie... apelagi terus call ayah la! padahal dr malam semalam kitowang dah tau intan dah boleh balik.. saje nak kenekan ayah.. hehe.. kitowang call ayah, (aku la call) buat mcm cemas sket..

"ayah! ayah! cepat datang hospital! doctor nak jumpe!" ayah aku yang time tu ngah tido tu, terkejut, seraya berkata (cewah! bahasa baku lak! haha) "eh! hah! hah! kenapa? kenapa??" :nie ha pasal intan nie! dc nak jumpe ayah!" "kenape? kenapa! ape dah jadi???!" "aku pun sambung ckp lagi.. "doctor cakap intan dah boleh balik!" time tu aku ngan intan dah terbelahak gelak! hahahaha.. ape reaksi ayah aku? dia senyap jap.... pastu terus dia cakap "ohh yeke! dah boleh balik??" aku sambung gelak.. aku ckp ayah nie kene tambah RAM la! hahaha... pastu ayah aku lak kenekan aku, suh balik naik teksi.. haha.. sengal sumenye! hehe..

so dlm pukul 10 tu nurse datang bilik, cabut 'paintball2 shooter' kat tangan intan tu.. menjerit2 intan sbb pas nurse cabut tu, mmg nurse pegang, n tekan tangan dia kuat giler2! sebab nurse ckp dia terpaksa tekan kuat, kalau tak nanti darah memancut kuar.. ya allah, sekali lagi aku fobia.. sampaikan aku tido kat umah sampai meracau2 sebab cukupla satu malam di hospital, cukup buat aku gerun pasal jarum!


tangan intan kiri kanan.. - paintball shooter

tp alhamdulillah... 2 may, intan dah balik umah dan semuanya selamat..... alhamdulillah.... :)


INTENSIVE CARE UNIT (I.C.U) episode 2

lepas je kitowang balik umah pas abis waktu melawat tu, malam tu mak aku still nangis lagi tak benti2.. wak2 aku call sabarkan mak.. Wan Su pun call jugak tenangkan mak.. bila mak da dengar ape wan su cakap, barula mak ok sikit... pastu esok pepagi nurse dr unit ICU call mak, suh dtg hospital cepat! aku pun dah dupdap! ape yang tak kene nie? ya allah, selamatkan anggota keluarga ku!

dlm sejam kemudian mak balik umah balik, sbb xdpt berlama2 kat sana, coz bukan waktu lawatan lagi.. mak ckp intan nangis2 meraung2 kat wad isolasi ICU tu.. dia dah pk yang bebukan.. pasal mati la, pasal nyawa dah x panjang la.. pastu mak ayah motivate dia sikit.. kasi semangat kat dia.. n alhamdulillah, dia dah tenang sikit...

intan ditahan berlarutan selama 5 hari di Wad Isolasi, ICU.. sepatutnya dia dah boleh dipindahkan di wad biasa, tapi tetibe pulak dia period... so dc tahan lagi untuk pantau sbb dc takut dia kene denggi berdarah.. sebelum nie, masa hari kedua dia kat ICU, hidung dia berdarah.. kitowang dah panic dah.. aku cepat2 cr nurse.. berlari nurse tu masuk bilik dia.. mmg dia dalam ICU, tp masa tu nurse tgh tgk patient lain yg dah nazak.. rupenye2 hidung dia luka je sbb dia genyeh2.. lega! lagi satu risau if dia kene Denggi Shock.. maksudnya, now virus tu dah ok, dah nampak mcm menyerah kalah, tapi takut virus tu tgh kumpul askar2 dia n terus serang badan intan! ha itu lagi bahaya dari denggi berdarah!

dalam waktu dia di ICU, ramai la sedara2, sepupu2 aku datang tengok dia.. termasuk jiran2 kat umah nie.. menangis dowang tengok keadaan intan yg mmg lemah sangat2, dengan mesin macam2, n dengan wayar yang cukup berselirat!

kami yang nak p tengok dia sume diwajibkan pakai facemask.. sbb selain dia kene denggi, dia jugak disuspek H1N1.. sampel darah tu dihantar ke Hosp Sungai Buloh, krn kat sana je ada teknologi utk check sample darah tu..

TO BE CONTINUE.....

Tuesday, July 13, 2010

INTENSIVE CARE UNIT (I.C.U) episode 1

ha... alkisahnya... lepas je Ikmal kuar hospital setelah 3 hari bermalam di sana, ditakdirkan Intan lak demam.. badan dia sakit2.. sejuk sangat2 katanya.. aku pun dah risau.. aku dah suspek dia nie mesti kene denggi... siap aku urut2 dia, dia cakap badan dia sakit2.. lenguh sangat2... aku suh gak mak ayah bawak gie hospital malam tu jugak...

sekali lagi mak aku bermalam di hospital malam tu utk malam ke-4 di wad kecemasan... dc sahkan intan kene denggi.. tahap agak bahaya... kalau dulu platlet darah aku 124/150, intan punya platlet darah 80-90/150.. bila2 masa boleh dapat denggi berdarah... ya allah.. aku dah risau dah... malam tu tinggal aku ngan ikmal je kat umah.. arin lak keje, balik kul 1 pagi.. aku dah risau.. mcm mana aku nak p amik arin.. xkan nak tinggalkan ikmal... jauh nak g tempat keje arin tu.. plus malam2 lak tu.. dia lak baru je bape jam kuar hospital... malam tu aku ngadu sume ngan best fren aku - Wahida Zakaria.. dia teman aku YM sampai pagi.. aku ckp aku nak p amik adik aku balik keje, sbb ayah aku kat hospital lagi.. aku dah mati akal, xtau nak buat camne dah.. sampai jalan terakhir yang aku pk, aku on webcam, aku suh waida tengok2 kan ikmal thru webcam.. kalo ada ape2 cepat2 call aku.. itu je jalan yang aku terfikir..

last2 tu dia setuju.. n aku pun da nak bersiap amik arin kat area sri muda sana... dan2 tu ayah aku call, dia cakap xpela, dia balik sekejap amik arin.. sebab takut gak tinggalkan imal sowang2... aku nak ketuk umah jiran pun aku seram... sbb dah pukul 1 pagi time tu.. so ayah gie amik arin, sekali terus balik.. masa tu arin xtau ayah ada beli sate sebelum hantar intan pegi hospital.. so dia beli lagi.. dah bertekak lak pasal sate.. haha.. kelakar pun ada..

..........................................................................................................................................................................

dalam pukul 4/5pagi, ayah kejut aku balik.. dia suh aku tido ngan ikmal.. padahal time tu aku x tido lagi.. still tengah chat ngan wahida... chat ape? meluahkan perasaan bimbang kat dia.. yela, lepas sowang, sowang lagi adik aku masuk hospital... dia je ada ngan aku time susah senang, tanya khabar family aku walaupun dia x penah jumpe family aku... appreciate sangat! LOVE U WAIDA!

berbalik pada tadi, ayah aku kejut aku suh tido ngan imal.. ayah cakap intan kene denggi n suspek H1N1! Allahuakbar! aku dah nak terburai air mata! dugaan ape yang Kau sedang beri nie ya Allah?? lepas ikmal, intan pulak! ayah aku bergegas ke hospital balik dengan sweater n kain utk bagi mak aku yang kesejukan kat wad kecemasan sana.. padahal baru 2 jam je dia sampai umah... masa tu aku mmg dapat tengok dengan jelas keletihan kat muka ayah n mak, but especially ayah la.. sbb dia yang ulang alik ke hospital.. aku lak adik beradik tak reti nak drive.. so dia la ulang alik amik kitowang, hantar kitowang n ulang alik kalo nak amik ape2... sebak sangat aku time tu.. masa tu ayah cakap intan kene masuk air, sbb platlet darah dia rendah sangat2... setakat pukul 4/5pagi tu, dah lebih 10 botol air masuk kat badan dia...

esok paginya pukul 830am ayah aku call suh siap2 nak gie hospital.. aku pun kejut imal n siapkan dia sekali... kul 9am ayah sampai umah, kitowang terus gerak.. kesian kat ayah.. x rehat langsung.. pastu ayah kata intan kene masuk ICU! allahuakbar... risaunya hati akuuu.......

dah sampai sana, aku masuk wad G kecemasan tu, aku tengok intan dah lemah sangat2.. mak cakap dia da masuk berpuluh botol air dah n masuk satu pain darah..... aku mcm terkejut! ya allah! dah sampai masuk darah! aku dah nangis dah time tu! kesian kat Ikmal, dia langsung x dapat nak tengok kak chik dia sbb dia bawah umur... xleh masuk wad kecemasan tu.. masa nak tolak intan naik ICU, ayah aku call, tanya imal nak tengok cik x? aku ckp dia tengah makan... berselera dia makan pagi tu.. pagi2 dah makan berat2... tp syukurlah dia nak makan kan lepas kuar hospital semalamnya tu...

bila dah selesai makan, aku bawak ikmal naik wad icu.. masa tu aku tengok mak dah nangis2.. aku pun sekali nangis... risau sangat... pastu Wan Su call.. dia ketua jururawat Hospital Kuala Terengganu.. dia nasihatkan mak, sabar, jangan pk bukan2.. ICU bukan tempat org kritikal nak mati.. tapi dia akan jaga 24 jam keutamaan ngan sowang pesakit.. sbb intan dah xleh nak uruskan diri sendiri... dia sampai terberak2 terkencing2 masa kat wad kecemasan...

masa tu aku ngan mak ayah sume xleh masuk langsung dlm ICU... sbb bukan waktu melawat.. so kami pun tunggu kat Bilik Menunggu Waris... aku, ayah, imal n mak sume tertido dalam bilik tu.. bila dah pukul 12, mak masuk dulu ICU.. kemudian ayah,, kemudian aku...

menangis aku masuk2 dalam ICU tu... katil intan betul2 kat position arwah abah masa abah kat ICU dulu sebulan lebih... teringat sangat2 kat arwah abah time tu.. tp aku gagahkan diri aku g kat katil intan.. intan mcm sedar tak sedar.. nurse banyak kali pesan jangan kasi intan tido.. sbb nnt dc ingat intan tak sedarkan diri... penuh wayar2 aku tengok dia.. kesian sangat... sampai dah berpampers2... time tu aku suap dia makan.. nasi putih ngan ayam goreng.. walaupun x byk dia makan, bape suap je, tapi jadilah utk dia alas perut...

kemudian kitowang sume balik umah sbb mmg xleh tengok dia langsung kalau bukan waktu melawat.. even mak ayah sendiri xleh masuk.... so petang tu kitowang datang lagi tengok intan... dia dah dipindahkan dalam bilik Isolasi dalam ICU tu.. bilik belakang sekali... yang tu mmg super duper intensive care... aku kesian sangat tengok dia... kalo td nampak wayar2 tu kat badan dia, kalini lagi banyak wayar kat satu badan dia.. seganda dari tadi... sedih aku...

pastu masa kitowang nak balik tu, dalam keta, aku, arin, mak, ayah sume menangis dalam keta mengenangkan intan kene tinggal sorang2 kat ICU... xde org teman.......... sedih sangat2 time tu bila semua menangis.....

H1N1 & DENGGI - adik-adik masuk Hospital!

Dah lama rasanya aku tak update entry baru… since adik2 aku masuk hospital sebab Denggi n H1N1 la kan.. okeyh2.. ape kate kalini aku cerita ttg peristiwa tu dulu.. peristiwa yang amat2 bersejarah dalam family aku… kalo entry2 aku berterabur sowie la eik..

24 APRIL 2010 – JUMAAT, 12.00AM

Aku dalam bilik time tu.. yelah dah masa utk tido kan.. kebiasaannya ayah aku ngan adik aku duk lepak lagi tengok tv… n tetibe aku terdengar kecoh2 kat ruang tamu… aku buat tak tau jela… sbb biasanya mmg dowang suka bergurau senda time tengok tv malam2.. so aku pun xdela jenguk kat ruang tamu… tetibe dalam 20 minit camtu ada SMS masuk.. adik pompuan aku ckp mak ayah otw g hospital.. bawak Ikmal!

Aku terkejut sangat… aku terus p bilik dia.. tengok dia ngah nangis2.. aku Tanya ape dah jadi?? Dia ckp imal sawan… dia mmg demam.. tp tadi mata dia dah naik atas.. biru sangat2 dahi dia… tu yang tadi kecoh2 tu.. mak ayah aku jirus ngan air.. pastu terus bawak gie hospital.. aku dah risau… aku xdela call ayah aku, sbb aku tau time tu mesti dowang tengah sibuk2 nak uruskan ngan hospital.. aku pun berjaga la satu malam tu.. pastu ayah aku call suh bukak pintu kul 3 pagi.. Ikmal kene tahan wad.. aku dah x sedap hati.. Dc ckp dia Denggi n kemungkinan suspek H1N1.. dupdap2 jantung aku!

Esok tu kitowang p tengok dia… mak aku balik kejap sbb dia pakai kain batik je, yelah, kelam kabut kan malam tadi… aku ngan intan lepak tunggu Ikmal kat wad.. pastu dc dtg utk check up setiap katil ke katil… sampai la dc datang katil ikmal…

Dc : Hi! Good morning! How r u today Mohamad Ikmal?

Ikmal : baik..

Dc : so, mana parents u all?

Me : oh dowang balik sekejap.. kejap lagi dowang datang balik..

Dc : so sape yang tau cerita?

Me : I n my sister tau cerita…

Dc : ok, bole cerita sikit macam mana masa dia demam tu?

Aku ngan intan pun cerita la macam mana jadi sume tu… blablabla pastu aku tanya dc..

Me : benda nie biasa jadi ke dc?

Dc : oh ini luar biasa.. sbb kalau demam biasa, takkan jadi sawan..

Me : bukan ape dc, coz dulu I kene mcm nie masa I kecik.. tapi adik2 lain x ikut.. yang bongsu nie je mengikut..

Dc : oh u eldest?? Dulu u mcm nie?

Me : yup dc.. my parents cakap I sawan mcm nie sampai umur 8 tahun..

Time tu terus dc macam cakap2 apentah ngan nurse2 dia.. agaknya suh tukar ubat n bgtau dowang ape yg kene tulis dalam laporan kut..

Dc : oh.. now ikmal pun 8 tahun kan? Kalau mcm nie, nie mybe menurun daripada u.. sbb u cakap u penah kene mcm nie until 8 tahun.. I takut jadi keturunan nanti.. mcm nie la dik, sekarang nie, I Cuma kasi dia ubat demam biasa, n I akan pindahkan dia ke wad kuarantin H1N1.. sbb I suspek ikmal kene H1N1.. tapi kita tengok la dulu keadaan dia mcm mana these few days… kalau ok, mybe next 3 days dia boleh balik.. kalau tak, kene tahan 10 hari .. or might be kene datang ulang alik hospital for 10 days..

Me : 10 hari? Oh okeh…

Dc : ya.. tapi nnt we check dulu tengok dia mcm mana.. currently I takkan bagi dia ape2 ubat sawan.. coz I tengok last report, dia kene sawan masa umur dia 5 tahun.. betul kan?

Me : betul dc.. masa tu kene tahan wad jugak 2/3 hari..

Dc : I see.. ok, now I x bagi ape2 ubat sawan.. kita tengok macam mana.. kalau lepas nie bila2 la dah lepas kuar hospital, kalau dia demam n still sawan tu datang balik, baru I akan kasi ubat sawan kat dia.. n kalau sawan tu datang balik, chances dia nak kene sawan lagi, adalah sangat tinggi n maybe leh consider as sakit keturunan. U clear kan?

Me : ya ya.. I faham…

Dc : ok, kalau mcm tu, nanti kejap lagi dia akan dipindahkan ke wad kuarantin kat belakang sana.. so Ikmal, makan ubat tau! Jangan malas2,, nak balik rumah kan?

Ikmal : aah.. nak balik.. (sambil sengih2)

Pastu dalam 10-15 minit tu mak ayah aku sampai… aku pun cerita sume tu.. mak aku terkejut bila ckp kene tahan 10 hari tu.. aku cakap la, tu kalau betul dia kene H1N1.. doa2la takde kan… petang tu, Along ngan Alin (cousin) aku datang.. dowang duk borak2 la ngan imal.. tp ada part kelakar bila tibe2 ada budak india jual kerepek2 maruku, dahla cakap laju.. jalan pun laju.. so adik aku Arin terdengar cam dia cakap “hah? Asam laksa?” dia tengok kat bakul budak tu, mana ada asam laksa! Aku ngan along punya la tergelak.. haha.. pastu Nampak je budak india tu lagi, kitowang dah tak berbunyik dah gelak! Haha..

Intan lak tgh sibuk makan nasi hospital ikmal punya… habis licin lak tu, sbb imal xnak makan… hehe.. pastu aku gurau2 la ckp, “huish berselera makan nasi hospital!” hahaha..

Malam tu cam biasa mak yang teman imal sepanjang masa sbb yelah budak2 kan.. mana nak ngan kitowang.. nak ngan mak je… pastu dalam pukul 4 pagi mcm tu, ayah kejut aku, ayah cakap nak gie hospital.. aku terkejut! Aku pun xtanya banyak, aku iyekan jela.. aku kunci sume pintu sume.. esok tu kami adik beradik sume g hospital balik.. mak aku ckp kul 4 pagi tu badan Ikmal panas sangat macam terbakar .. pastu dc terus angkat dia, mandikan dia ngan air sejuk, sbb badan dia panas sangat2!

Dc kasi ubat antibiotic kat dia yang kuat punya.. mmg ada tulis mcm maksud strong drug… n ada slip yang mak aku kene pegang.. slip ubat tu.. sbb ubat tu, ubat kawalan.. aku tengok la medical report dia kat katil.. suhu badan ikmal malam tadi tu, 40.C! patutlah panas sangat! Pastu dia kene tahan sampai hari isnin… pagi isnin tu kul 10 dia dah balik umah dah.. Alhamdulillah….

TO BE CONTINUE……