My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Menyediakan kelengkapan barangan Kekabu 100% Asli & Padat secara ONLINE dengan harga paling berpatutan!

HALLUUUUU!!

❤بِسْـــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم❤

JUMPER LADY GEGE DISINI PULAK YA! MEH! MEH! BACE KISAH NGARUT KITEE!!

COUNTING THE DAYS....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Little JuNiORRR!!!

pregnancy calendar

Sunday, December 20, 2009

RUPA, SEMPURNA, HEBAT SEGALANYA..

cinta & kasih sayang aku, datang dari hati.

sama seperti apa yang sebenar-benarnya yang aku harapkan.

terima aku seadanyanya & mahu kepada agama.

aku tak cantik untuk meminta seseorang yang mempunyai rupa.

aku tak hebat untuk memiliki seorang yang hebat.

aku tak cukup sempurna untuk meminta segalanya yang sempurna.

aku tiada apa-apa untuk meminta yang punya segalanya~

AYAM ACCIDENT!

alkisahnya masa aku ngan umie gie shoot pic owang kawin arini, kebetulan time tu hujan agak lebat gak la.. pastu kitowang pun pie la makan dulu kat khemah bawah tu... lauk best2 lak tu.. nasi minyak, ayam masak merah, nenas masak apentah.. janji nenas tu masak la kan... n rendang doging! hehe.. sedap woooo!!! wa cakap luuuuu!

berbalik pada kisah ayam tadi, sedang syok2 cuci tangan tu, aku sekilas lalu nampak la sang ayam jantan tu.. tp buat bodo je la kan.. pastu umie da gelak2 cakap ngan aku.. dlm hati aku ckp, gile ke?

pastu dia cakap, "ko nampak tak ape yang aku nampak?" "amende?" sambil gelak2 lagi, minah tu berkata, "ayam tu" aku dah nak tergelak dah.. gelak pasal ape pun aku tak tau.. yang sebenarnya aku excited tengok umie gelak! xde bunyik dah! hahaha!!

rhope-rhope nyer, umie ternampak satu kejadian NGERI! diulangi, kejadian NGERI! dimana, ayam jantan yang jalan badget hensem tu, TERHANTUK! diulangi, TERHANTUK kat bumper keta waja yang tak bergerak, dalam erti kata lain, waja tu parking keta kat situ, n ayam tu berlari nak dapat tempat berteduh, last2 bum! terlanggar bumper WAJA tu! hahaha...

n aku lak, betul2 sempat menyaksikan ayam tu BLUR! diulangi, ayam tu BLUR! akibat pelanggaran yang agak kuat tersebut... hahaha!! mesti kepala otak ayam tu pening kan? hahaha.. lawak seh tengok ayam tu mundar mandir pening jap.. tak pasal2 basah kuyup ayam tu! hahaha..

sekian kejadian ayam accident.

Sunday, December 13, 2009

al-fatihah....

tetiba di malam yang hening nie, aku dikejutkan dengan berita dari salah sowang kawan facebook dan bloggers ku tentang pemergian seorang geng bloggers kami yang telah kembali ke Rahmatullah pada 23 August 2009 jam 830malam.....

sedih bila aku dapat tau lambat... dan paling sedih bila baca entry dia yang terakhir "I'm Not Dead Yet" kowang boleh baca kat link nie.. http://enjoyaliasjourney.blogspot.com/

lepas sowang, sowang pegi... 2 Dec 2009 aritu, moyang aku pulak kembali ke Rahmatullah.. mengikut IC, umur dia 87tahun... tapi umur sebenar dia dijangka lebih 97tahun.. mujur 4/5hari sebelum dia meninggal, aku satu keluarga dengan nenek sekali sempat lawat arwah kat Terengganu... paling sedih, dia da lupa kitowang sume.. tp lepas 2 jam kitowang kat sana, dan nak balik umah nenek sedara aku, baru dia cam kitowang.. siap sempat cakap "eh, tak tido sini ke?" sedih sangat,,,,,..... dia tinggal di Rumah Ehsan, tempat khas untuk golongan yang sangat2 tidak berdaya...



inilah gambar terbaru moyang aku masa kami lawat dia di Rumah Ehsan, Dungun pada 27 Nov 2009, iaitu pada raya haji baru2 nie...

Friday, December 4, 2009

BUAT MEMBER by Taugeh

Lagu nie tersangat2 lama aku cari MP3 dia tau.. since aku form 2 lagi.. tak sangka lak boleh jumpa! lirik nie selalu aku post kat status facebook aku.. so, buat kengkawan, layyyaaaannnnn~

Lirik Lagu Taugeh - Buat Member :

Pagi lagi keluar rumah
Tepat masa tentu punya
Belum makan terus belah
Happy happy layan kepala

Jumpalah member sembang
Sampai tunggang langgang
Kalaulah boleh nak sembang
Sampai hari siang

Tak nak henti, Kena bagi
Story lagi, Sembang lagi
Gelak lagi, Yang penting happy

Matahari dah terbenam
Nak mandi pun dah malas
Happy sampai tengah malam
Nanti balik baru puas

Tetapi ingat semua ini ada sempadannya
Kalau dah jadi baru nak ingat dunia

Kalau happy, Tentu pasti
Lupa diri, Ingat nanti
Pada hati, Biar ingat diri

Tuesday, December 1, 2009

BILE LA NAK SAMBUNG CITE NIE..

bilela aku nak sambung kisah Abah dan Polis oh Polis nie ekk.. kesian kowang menunggu dan terus menunggu dan terus menungguuu.... idea nak tulis tu ade, tapi kemalasan yang membara tu yang membuatkan aku teru menunda-nunda.. haihhh! nantila ya? harap jangan jemu! hihi..

kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi!

Monday, November 30, 2009

Bukan Belas Bukan Simpati - Azian Mazwan Sapuan

Terdengar burung berkicauan
Ke sana sini terbang berkawan
Sedangkan diriku keseorangan
Dalam dahaga kasih dan sayang

Tiada beribu dan berayah
Tiada saudara hendak bermanja
Andainya engkau pepohon nan rimbun
Bawah bayangmu aku menumpang

( korus )
Menangis ku sendiri
Ketawa pun sendiri
Berpanjangan keresahan hati ini
Siapalah yang tahu
Sakit pening diriku
Tiada bertempat ku mengadu
Bukan mengemis bukan meminta
Hati terhiris ku pendamkan saja
Bukannya belas bukan simpati
Niat yang ikhlas letaknya di hati

Ku dengar burung menyanyi
Berterbangan bebas di angkasa
Walau sesekali terasa iri
Tabah ku terima takdir yang Esa




Friday, November 27, 2009

JAY JAY - CUKUPLAH SEKALI

Di saat kupinta keputusanmu
Kau masih menanyakan semalamku
Bertanya tentang dia dan kehebatannya
Sedangkan segalanya telah engkau tahu
Tiada rahsia hidupku

( 1 )
Di saat kulahirkan kekesalan
Sengaja kau mengambil kesempatan
Mengungkit perbuatan dan keterlanjuran
Kau ulang bercerita tentang hati luka
Membuat ku rasa berdosa

( 2 )
Demi masa depan yang kita mimpikan
Hapuskanlah kenangan yang mengusik perasaan
Tiap kali memandangmu tak terhingga kesalku
Maafkan aku sayang menodai kepercayaanmu

Andainya ku dapat menarik kembali
Detik-detik hitam yang berlalu
Kesilapan serupa tak akan ku ulangi
Cukuplah sekali menyakitimu
Cukuplah sekali kau membenciku

Tenangkan Fikiran..... Tahniah Ijam & Lisa !

Dalam pada aku nak pegi ke Terengganu nie, sebenarnya aku dapat jugak nak tenangkan fikiran aku yang agak berkecamuk sejak akhir-akhir nie.. macam-macam aku fikir.. ape yang aku fikir pun aku tak tau...

Hari Ahad nie, ex aku tunang.. aku ucapkan tahniah kat dia dan pasangannya.. aku harap dia bahagia dengan pilihan hati dia.. aku sentiasa doakan moga jodoh kalian berkekalan, dan maafkan aku atas apa yang berlaku dulu...
Macam mana dengan hati aku? Insyaallah.. jangan risau.. aku dah relakan dia pergi dari hati aku.. aku redha.. ini sume qadha' qadhar Allah SWT.. aku percaya, Allah dah tetapkan yang lebih baik untuk kita, dan kini Allah dah mempertemukan aku dengan Zaki Adnan yang memang sangat2 baik dan penyayang.. Aku percaya setiap perpisahan itu ada hikmah dia yang tersendiri, dan inilah hikmah yang aku dapat... aku dapat belajar dari pengalaman, aku dapat lebih belajar tentang menghargai seseorang yang aku sayang.. ya.. Allah itu maha adil..

Pada adik2 aku (Watie & Amy) kalau terbaca entry akak nie, insyaallah dik.. adik tetap akan jadi adik akak sampai bila2... akak sayang korang sangat2.. sampai mati pun kowang tetap adik2 akak yang paling akak sayang kat muka bumi nie.. akak xde rezeki nak jadi kakak betul kowang, tapi percayalah, dengan ikatan sedia ada yang telah terjalin nie, kita akan tetap adik beradik sampai bila2.... kita ingat je pesan arwah abah dulu, "walau apapun yang terjadi, kita tetap keluarga sampai bila-bila...." akak rindu sangat2 kat arwah abah...........

terimakasih dik kerana masih call akak, sms akak hampir setiap hari, akak hargai sangat2... yang penting, akak taknak kowang banding2 kan akak dengan kakak ipar kowang yang baru nie ya? Kalau dia tau macam mana? kan kecik hati dia nanti... Belajar terima dia sikit2 ya dik? Insyaallah.. kalo ade ape2 masalah, call je akak ya?

Biarlah sementara aku di Terengganu nie aku dapat lupakan sedikit masalah aku.. Aku dapat kosongkan pemikiran nie, aku dapat ikhlaskan semua apa yang aku da lakukan,, insyaallah...
Aku cuma doakan moga kau bahagia.......
Tahniah sekali lagi!
~Ikhlas dr Tasya~

HARI RAYA AIDILADHA DI TERENGGANU

harini, 27hb November 2009, bersamaan dengan Hari Raya Aidiladha nie, aku akan bertolak ke Terengganu dengan family aku.. kecuali adik lelaki aku.. sebab dia kene keje.. yang sebenarnya kami balek kampung nie sebab moyang aku dah sakit kuat kat sana.. dah muntah2 darah.. so kami pun risau la, kene la p melawat kan.. lagi pun nenek aku nak sangat jumpe moyang aku..-mak dia..

Inilah 1st time aku nak sambut raya haji di Terengganu.. aku selalu dengar yang sambutan raya haji kat Terengganu dan Kelantan meriah... kalini aku nak merasa lak sendiri kemeriahan raya haji disana walaupun dengan keadaan yang tak berapa nak mengizinkan aku terlebih happy.. aku risau gak musim2 hujan nie.. harap2 sumenya selamat la perjalanan pegi dan balik.. insyaallah...

Disamping tu, sebenarnya aku merancang untuk bawak Bam jumpa dengan family aku raya haji nie memandangkan bagi aku ini adalah waktu yang terbaik untuk aku kenalkan.. tapi sayangnya takde rezeki dia lagi.. sebab hal kecemasan nak ke Terengganu nie.. tapi insyaallah.. aku nak gak bawak dia jumpa parents aku dalam masa terdekat nie... insyaallah.. kowang sume doakanlah kami tiada apa2 halangan lagi ya...

Khabarkan - Luscious

...LAGU NIE KHAS KUTUJUKAN PADA BAM TERCINTA...


ku… khabarkan pada sang angin
cinta ku basah di tengah hujan
lemas di tengah lautan
dan ku… khabarkan pada sang angin
hentikan pukulan ombak
agar cinta ku mampu berenang


Bawa cinta ku ke sisir pantai..
biar cinta ku ke daratan kembali
agar dapat mengejar cintanya
katakan padanya
Bawa cintaku ke sisir pantai..
biar cintaku ke daratan kembali
agar dapat mengejar cintanya
cintaku mahukan dia

khabar..khabar..khabarkan..

Khabarkan pada sang bunga…
cintaku hilang panduan
hilang arah hampir rebah
tak tahu ke mana nak berjalan
Khabarkan pada sang mentari…
terangkan jalannya empunya hati
agar cintaku sampai padanya

Angin khabarkan…
cinta ini padanya…
angin tolonglah…
cintaku mahukan dia….

Suci Dalam Debu by Iklim

Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlinding jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Ku harapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua

besar maknanya lagu nie pada aku... macam2 cerita ada dalam sebuah lagu nie dan setiap lirik tu mempunyai kenangan yang tersendiri... Suci Dalam Debu...........

Thursday, November 26, 2009

PESANAN DARI GOMO

~pesanan dari Gomo di blog aku yang lagi satu.. thanks alot Gomo!~


SALAM LADY GEGE….
SABAR….

BIASANYA KITA KALAU DAH BANYAK HAL MESTI ADA KESILAPAN… NAMUN PERLU DI INGAT KITA SEMUA LAHIR DENGAN CUKUP MUKJIZAT….

ADA BAB YANG KITA HANDAL…
CUBA FIKIRKAN BAB YANG MANA KITA HEBAT.

IANYA AKAN MEMULIHKAN SEMANGAT KITA UNTUK HIDUP INI.


~thanks again!~

MULUT, HATI & FIKIRAN

Mulut, hati dan fikiran... masing2 saling berkait... bila mulut berkata-kata, fikiran akan senyap, hati akan sentiasa mengingatkan mulut supaya berjaga-jaga... waktu itu barulah mulut berhenti bercakap dan fikiran pula amik alih .. fikiran berlegar-legar menganalisa kembali apa yang mulut telah katakan tadi.. relevan atau tidak.. patut tidak.. dan dengan bantuan hati, barulah dapat kembali jawapan pada semua jawapan kepada semua persoalan... barulah timbul rasa gembira dan juga mungkin rasa menyesal pada 3 bahagian badan manusia ini..

ntahla.. aku pun tak tahu ape yang aku tulis nie.. berat sungguh dugaan yang perlu aku lalui setiap hari.. tapi owang hanya nampak senyum manis ku ini jer.. owang hanya nampak kegembiraan yang terpancar di wajah nie jer.. hati aku.. fikiran aku, xkan sape dapat mengerti.. takde sape...

ape yang tak kene? diri aku sendiri ker? atau aku yang sendiri yang memang tersangat-sangat sensitif owangnya? sekali hati aku terguris, pedih dia sampai bila-bila aku rasa.. sampai bila-bila buat aku teringat.. walaupun perkataan menerima maaf telah tu telah diungkapkan, tapi ntah kenapa aku harus ingat lagi... aku tak undang dia datang! tapi ini sume secara tiba-tiba.. bukan aku yang terlalu perasaan.. tapi aku tak mampu kalau perasaan ini lebih menguasai hati aku dari fikiran aku.. aku tak mampu tepis... aku tak mampu...

Tolonglah hati... berilah aku peluang untuk bahagia.. Mulut telah jalankan peranannya untuk menyampaikan sedikit yang tersirat dihati.. Fikiran telah menyokong ia.. tapi hati, berilah kebahagiaan dan kegembiraan tu kepada ku.. Kerana hanya kau sahaja yang tau apa yang aku mahu dalam hidup ini secara tepatnya... Hanya kau... kerana owang lain takkan dapat baca fikiran dan hati kita...

"mulut diam.. tapi fikiran akan terus berkata-kata... takkan berhenti berkata-kata selagi mulut itu diam.... hati tak pernah sunyi dengan adanya mulut dan fikiran.."


Wednesday, November 25, 2009

SURAT CINTA SEORANG ROCKERS SEJATI

Kehadapan awekku,
Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rockers Sejati

Monday, November 23, 2009

UNTUKMU SELAMANYA by Misha Omar

Hmm.. selamanya... Hmm..
Seringnya kau menyatakan kepadaku
Oh tiada lagi beda cintamu tuk diriku

*Andainya kau tiada di sampingku
Berputik rindu cinta di akhirnya
Hanya dirimu yang selalu kudamba
Lukisan indah tergambar
Walau dirimu di ingatan
Kau satulah milikku
Untuk selamanya

Pabila bulan bersinar
Memberikan cahaya biru
Dan hanya diri terpaku
Menggapai sinaranmu

Hulurkanlah tanganmu kepadaku
jangan biarkan diriku sendiri
Merindu padamu

Dakapkanlah asmara dan bisiklah
Yang kau cinta padaku
Moga berkekalan hingga akhir waktu
*
Untukmu Selamanya

Sunday, November 22, 2009

MALAIKATMU.....

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia....

Dia bertanya kepada Tuhan
" Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab:
"Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi:
"Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia"
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?""
Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar,
dan sang bayi bertanya perlahan :
"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu:
"IBU"


Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan.
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu.
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-
dosa yang silam.
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikanlah pesananku walau satu ayat"

DO YOU WANT TO KNOW A SECRET by The Beatles

You never know how much I really love you
You'll never know how much I really care

Listen, do you want to know a secret
Do you promise not to tell, woh, woh, woh
Closer, let me whisper in your ear

Say the words you long to hear
I'm in love with you, oo

Listen, do you want to know a secret
Do you promise not to tell, woh, woh, woh
Closer, let me whisper in your ear
Say the words you long to hear
I'm in love with you, oo

I've known a secret for a week or two
Nobody knows just we two

Listen, do you want to know a secret
Do you promise not to tell, woh, woh, woh
Closer, let me whisper in your ear
Say the words you long to hear
I'm in love with you, oo, oo




Saturday, November 21, 2009

POLIS! POLIS! part 1

cewah! starting je da macam gempak je kan.. hehe.. alkisahnya.. aku ngan umie semalam gie umah customer kitowang, kak haida & abg reduan, nak anta gamba kawin dowang yang da siap.. lepas tu jadi la satu kejadian yang buatkan kitowang bengankkkk sangat2!!

sekali lagi alkisahnya, mase kenduri depa kat sunway 6 & 7hb Nov 2009 aritu, 7hb tu dowang bersanding.. duit hantaran dowang + duit mas kawin n duit cash dowang anggaran dlm 9K lebih, hilang.. dan mase album duit hantaran tu yang hilang, aku yang jumpe bawah cadar bawah katil tu.. mase tu aku ngan umie tengah transfer gambar dlm lappy.. pastu aku pun cakap la ngan umie..

"mie, kak haida memang sorok album mas kawin nie bawah nie ke?"
"ntah? agaknya kot!"
"hurm biar jela.. "

pastu kitowang pun turunla bawah.. pastu mase nak naik balik utk photoshoot dlm bilik lak, kak haida n abg reduan tanye kitowang,

"nampak x album maskawin akak?"
"ade! bawah katil! ingatkan akak memang sorok kat bawah katil.."

teruslah aku pun selak cadar bawah katil tu, tengok2 album tadi da jauh kedalam.. ke hujung katil tu... umie pun terkejut.. pastu aku bg la album tu kat akak tu.. tengok, dlm tu ade tinggal RM100 jer! n plastik2 sticky album tu da berkemut2 tanda owang da amik duit tu.. pastu dowang tanya aku,

"mane 1st kowang jumpa album tu?"
"bawah katil la.. kat sebalik cadar nie.. betul2 bawah ironboard tu.. tapi kitowang mmg x usik la.. yela, ingatkan akak memang sorok bawah nie.. pastu kali kedua nie sekarang la.. tapi benda tu da jauh masuk hujung katil sana.."

pastu memasing da bpandangan terfikir sape la yang curik duit2 tu.. pastu beg duit pengapit pun ilang gak.. kitowang pun cepat2 la check barang masing2.. check wallet, laptop aku, hardisk, barang2 camera.. mujur xde ape2 yang hilang..

.......BERSAMBUNG PART 2.......

Tuesday, November 17, 2009

Truly Madly Deeply by Savage Garden

I'll be your dream
I'll be your wish
I'll be your fantasy
I'll be your hope
I'll be your love
Be everything that you need.
I love you more with every breath
Truly, madly, deeply, do..

I will be strong
I will be faithful
Because I am counting on a new beginning
A reason for living
A deeper meaning yeah

I wanna stand with you on a mountain
I wanna bathe with you in the sea
I wanna lay like this forever
Until the sky falls down on me

And when the stars are shining brightly in the velvet sky
I'll make a wish send it to heaven
That'll make you wanna cry
The tears of joy for all the pleasure and the certainty
That we're surrounded by the comfort and protection
Of the highest power and lonely hours
The tears devour you

I wanna stand with you on a mountain
I wanna bathe with you in the sea
I wanna lay like this forever
Until the sky falls down on me

Oh, can't you see it baby?
Don't have to close your eyes
'cause it's standing right before you
All that you need will surely come

I'll be your dream
I'll be your wish
I'll be your fantasy
I'll be your hope
I'll be your love
Be everything that you need
I love you more with every breath
Truly, madly, deeply, do..

I wanna stand with you on a mountain
I wanna bathe with you in the sea
I wanna lay like this forever
Until the sky falls down on me (3x)

Monday, November 16, 2009

LONELINESS by Babyface

[Verse 1]
Im sitting here
Thinking bout
How im gon-na do without
You around in my life and how am I
I gon' get by
I ain't got no daysJ
ust lonely nights
You want the truth
Well girl im not alright
Feel out of place and out of time
I think im gonna lose my mind

[Chorus]

So tell me how you feel (im lonely)
Are you for real (so lonely)...
Do you still think of me (i think of you)
Baby still (are you lonely)
Do you dream of me at night (like i dream of you all the time)
So let me tell you how it feels (its like everyday i die)
Wish i was dreaming but its real (when i open up my eyes)
Let me tell you how it feels (and don't see your pretty face)
I think that i will never love again

[Verse 2]
I miss your face
I miss your kiss
I even miss the arguments
That we would have from time to time
I miss you standing by my side
I'm dying here its clear to see
There ain't no you, God knows there ain't no me
Don't wanna live, I wanna die
If I cant have you in my life

[Chorus (repeat till end)]

Saturday, November 14, 2009

TAYARKU OH BERLUBANG!

dalama sangat aku tak update blog.. bukan sebab ape.. aku busy sangat2 sekarang nie... plus biasalah ada je dugaan datang menduga aku.. alhamdulillah.. kurang2 aku tau tuhan masih ada untuk aku, sayang aku,, betul tak?

aku nak cite pasal moto aku.. moto kesayangan aku tu, aku da agak da, mesti ada problem pasal tayar tu.. sebab aku bawak pun memang da goyang2,, upe2nya tayar da botak,, n semalam, 12 Nov 2009, ditakdirkan tayar aku pancit daaaa~ bukan pancit je! upernye tayar tu da berlobang!

....... PUKUL 0850 PAGI .......

aku tengah nyanyi2 lagu stacy time tuu... SA! SA! SA! Sayang koo mengapaa! katakan A! A! Apa! Apa yang ku mau! ~ mase tu aku kat flyover persiaran kewajipan nak belok menghala ke sunway.. punye sedap aku nyanyi2 tu sambil goyang2 pale, tetibe jer

PHUUUFFFFFFF!

"Allah! Ape Tuh! Ape Tuh!!" jerit aku bersendirian.. setelah itu, aku pun berkata " ini mesti kerana tayar itu sudah pancit" hahaha.. xdela seskema tu ayat aku kan.. aku cakap la "allah! nie mesti tayar pooommcit nehhhh!!! chisss!!!"



akupun slowly la benti kat bawah jejantas kat betul2 depan flyover nak naik ke sunway tu.. geram je aku.. tambah aku geram, ade lak minah nie amik gamba aku dr atas jejantas tuu.. mentang2 lah moto yang pancit tu moto Lady Gege kannnnn! terus aku carik2 no pomen moto tetepi blok batu tu.. yang ada cuma loan, n no ekor! harem betul... takpe2,, mari kita carik lagi sapa yang kenaaaaa.. hehe,,

ahha! AMY - MOTOR PANCIT !

marilah kita mendail nombor tersebut! eh! ade caller ringtone!
KEUNGGULAN CINTA DARI SINAR MATA YANG BERGELORAAAAAA~
"errr... hello! abg Amy ke"
"ya! ya! sapa neh!"
"moto sy pancet nieh bang!"
"yeke? katna tu? awak katna?"
"sy nie ha betul2 kat bawah jejantas depan flyover ke sunway piramid tu!"
"kat mana ekk??"
"abg tau A&w tak? sy seberang jalan tuuhh"
"owh! tau2!! okeh kejap! 15 minit sy sampai!"

......... PUKUL 0920 PAGI .......

aku pun mengupdate la status di facebook ku as well... cehhhh~ hahaha,, pastu aku pun amik la gamba moto pancit tuh dengan rasa bengang,,, pastu tepon aku bunyikk.. eh! vibrate macam iklan coke tuu.. BRRRRRR~ haha,,

"hello! awak kat mana ne? sy kat A&W neh!"
ape kejeddeh pulekk ebeng tu ket A&W (dengan rasa geram)
"sy kat seberng jalan la bang.. bukan kat A&W"
"owh.. cakaplaa... okeh jap.."
ayyo! salah sy ka minaci!



so abg tu pun tibelah dengan penuh gaya mutu keunggulan.. hahaha,, die tanggal sume tayar aku, die gunting tiub aku, dan aku? aku amik gamba die senyap2 laa.. hahaha,,, die cakap..

"ganasnya awak guna moto sampai berlubang neh!"
"HAH? APADIA? BERLUBANG?!"
"ha la.. cuba awak tengok nie.."



"la haii.. patutla licin je bang.. tayar da botak upenye.. hehe,,"
"nie awak nak ganti tayar ke?"
"kalo ganti tayar dalam bape inggit?"
"dalam RM50 la.."
"RM50? nanti sy call abg dulu la.."
"opis awak jauh ke? takut tak tahan je tayar nie.."
"dekat je bang.. depan LDP sana.."
"hah tayar nie bole guna sementara je nie.. takut bocor balik.."
"okeh, nnt sy try mintak budak opis sy tolong ke.."
"okeh.."
"nie bapebang?"
"ermm.. kasik RM17 je dahlah"
"okeh bang.. tengkiu ekk.."
"okeh! no hal!"

......... PUKUL 0940 PAGI ........

BVROOOOMMMMM!! Aku ballek opis balekk....

AKU MAU by ONCE

Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu

Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu

Saturday, October 31, 2009

29 SEPT 2008 - ZAKI ADNAN & NATHASHA



Alhamdulillah... Tak sangka dah setahun aku kenal Mr Bam @ Zaki Adnan... inilah tarikh aku kenal dia.. bukan tarikh couple okayh.. tapi inilah tarikh aku mengenali dia.. Setahun sudah berlalu... Aku seronok sangat!

HAPPY ANNIVERSARY DARLINK!!!


-mase pas baru seminggu kenal.. dia kat McD Juru-
-macam nie la rupe die waktu aku kenal dia-

~Chronology of us~
29th September 2008 (Wednesday)

1. 3.00pm - waktu nie Skuad Era datang kat McD Kota Kemuning.. tapi dowang parking kat seberang jalan depan mcd kat tasik tu.. Aku ngan member yang lain pun ape lagi.. serbu la.. yelah, dowang wat cross kan.. mestilah nak adiah best.. nanti aku rasuah la ngan Bigmac ke.. hehe.. tapi waktu kitowang datang tu, diowang lum start lagi.. Dowang cakap start pukul 3.40 pm.. Aku ajak dowang park belakang McD je, tapi ade lagi 2 skuad nie cakap macam kerek gakla, kene ikut arahan leader dowang sambil die tunjuk kat sorang mamat yang rambut panjang.. Wah! aku memang attract ngan guy rambut panjang! Tapikan, mase tu leader dowang ngah gayut kat tepon.. Berlagak giler wa cakap luuu~ macam nampak tak nampak kitowang je.. Eleh.. macamla aku nak sangat pandang die! Memang berlagak2 kot owang2 Era nie.. huh! Pastu kitowang tunggu la detik 3.40 pm.. time tu baru dowang wat cross..


-mase die nak gie Penang-

2. 3.05pm - balik semula ke mcd.. bebudak tu gelakkan aku n kawan-kawan yang lain pasal pegi tu, tapi benda tu tak start lagi.. hehe.. owhh.. gelak yerr.. tapi dowang sempat pesan macam2! nak sticker la, tshirt la, air la.. owh,, kowang ingat pas kowang gelakkan kitowang, kowang leh dapat benda2 tu? HEH! sowie! hehe..

3. 3.45pm - time nie, Skuad Era da start da wat lintasan dowang.. tapi aku masih tak berganjak lagi dari party room.. bebudak nie dah mule panggil
"akak! akak! akak! jomlah gie sana!"
aku time tu macam dah xde mood nak gie.. nak taknak je.. pastu dowang beriya2 ajak aku, so, aku, kak ct csm, sepet, wak, kak watie ngan bulat, pegila kat tempat dowang wat cross tu balik.. mase tu dowang dah start buat games ape2 ntah.. tetibe yang rambut pjg tu suh kitowang terus join game tu..
aku pun tak taula ape kename game tu.. tapi mase tu ade 5 group.. A-B-C-D-E .. sume ahli kumpulan kene sebut nama kumpulan sendiri n alert bile kumpulan kita 'diseru' kumpulan lain.. kalau ade sowang je yang slack, kire kalah.. n dalam group aku tu, aku lah yang buat slack tu! haha.. abis tu, aku tak paham nak main cemaner.. tetibe suh terus join, belasahh laaa.. hehe..

4. 3.55pm - game masih dijalankan.. kitowang pun tengok jela.. aku xnak join, pasal aku nak adiah je.. bukan nak main.. hehe.. mak sentap u pasal kekerekkan dowang bertiga tu! hehehe..

5. 4.05pm - game habis sepenuhnya.. ramai yang mintak adiah extra.. tapi cam biasa la, xkan dowang nak kasik kan? last2 tinggal la aku ngan kak ct je nak merasuah dowang.. hehe.. kitowang mintak tshirt... tapi memula dowang jual mahal, xnak kasik.. pastu aku cakap
"abg nak burger ape bang?"
heh! terus dowang cakap
"free ke?"
wah! 1st tactic dah berjaya!
"yela free.. tapi exchange barang laa"
kak ct lak sambung.. hehe.. terus dowang cakap sesama dowang,
"okayh!" "nak burger ape?"
yang rambut panjang n ketaq tu mintak bigmac, yang botak tu mintak filet.. sebelum kitowang g amik bege tu, sempat tanya nama dowang..
Yang rambut panjang tu Bam, yang rambut ketaq tu Fairus, n yang botak tu Raj.. tapi mase tu, Mr Bam nie, frenly la pulak.. die da kuarkan hp die mase tu, nak mintak no aku.. nak tau die mintak camne?
"nak no! nak no!"
sambil bsedia nak type no aku! hahaha... gegeh giler! hahaha,, tapi aku larii.. aku cakap
"nanti! nanti!"
zuppppp aku menyeberang jalan.. hehe..


-baru nak sebulan kenal-

6. 4.15pm - sepanjang nak siapkan Bigmac n Fillet dowang tu, kak ct da kecoh2 kat mcd cakap mamat tu mintak no.. aku gelak2 jela.. pastu aku sempat msg Eman-Ejen Sinar FM.. aku cakap nie ngah siapkan burger utk Skuad Era lak.. terus Eman call aku.. Eman sempat tanya,
"sape yang ade?"
aku ckp, "ntah? lupe name dowang.. yang ade yang rambut pjg tu, yang botak n ketaq.. haha.."
pastu die cakap,
"oh! tu bam tu.. ngan fairus n raj tu!"
die siap pesan suh kemslam kat dowang.. tapi aku tak sampaikan pun! hehe..

7. 4.20pm - aku ngan kak ct datang balik tempat dowang wat cross tadi.. n terus bagi burger tu ngan name card aku untuk setiap sowang.. 3 name card aku kasik kat Mr Bam tu, tp aku xnampak pun die bg kat member yang lagik 2 owang tu, nampak cam 3-3 kad aku die simpan! haha.. ntah pape ntah.. die tengok kad aku n sebut name aku
"Nor...Na..Tha...Sha!"
aku pun, "a'ah! Nornathasha!"
pastu selepas sesi penyerahan burger, maka, sesi pertukaran hadiah pun berlangsung.. dowang da reserved kan barang untuk kitowang.. hehe.. pastu Bam tanya kat kitowang jawatan kitowang kat mcd.. sempat la ice breaking jap time tu.. tp borak ngan die jela.. Raj n Fairus tak join.. mase tu gak aku baru tau Raj tu senior aku.. Masscom gak.. tp, biarlah..

8. 4.25pm - kitowang pun nak gerak balik mcd balik.. so aku pun cakap la thanks untuk hadiah2 tu, n die pun cakap
"thanks kasik burger kat kitowang!"
"so pasnie gie mana lak?"
"subang lak.. buat cross kat sana lak.. hehe"
"oh.. okeh.. so, okla ek.. thanks again untuk barang2 nie.."
"okeh! takde hal.. nanti i call u eik.."
aku pun ok jela.. macam iye2 je die nak call.. ntah2 simpan je no aku.. hehe.. kak ct da kecoh2 kat mcd cakap sume roadcruiser mintak no aku.. Sinar la, Xfresh la, now Era lak.. pasnie radio mana lak nak mintak no aku! sengal! aku cakap..

9. 5.00pm - die call aku! tapi mase tu dowang baru gerak nak g subang.. hehe.. wah! betul ke nie die call aku! haha.. aku da mula berangan da! hehe.. pastu start tu, aku sms-ing je ngan die.. hehe.. die bagitau, setiap rabu malam, dia ada futsal kat subang.. mase sms tu, aku bahasa kan diri saya awak je.. tp die still ngan I,U.. amboihh.. mat saleh sungguh! hehehe.. last2 tu ikut cara dia la I,U,I,U tu.. hehe..


-nie pic yang aku suka sangat.. jadi pic phonebook aku sampai skang-

pastu? pastu aku senyum sensowang la! hahahaha...
-SEMOGA HUBUNGAN KITA KEKAL SAMPAI BILA-BILA~

I LURVE YOU!

CIKGU TUITION UNTUK FOREIGNER

hehehe.. inilah dia satu2nya keje yang aku langsung tak pernah termimpi nak buat! jadik cikgoo! haha.. tapi best gak uper2nye.. hehe.. cuma aku takde pengalaman lagi nak buat benda alah nie.. aku ajar BM je dengan kawan office dulu mase kami keje kat Metrowealth..

kitowang dapat job nie dari ayah aku.. actually mat saleh nie die member ayah dari aku kecik2 dulu.. then die baru je pindah masuk Malaysia... so, wife dia suh ayah carikan sape yang boleh ajar dowang cakap Melayu.. ayah pun pass la job tu kat aku.. memandangkan qualification aku pun dalam bidang Komunikasi & Pengajian Media (Masscom) kan.. tapi oleh sebab aku sendiri pun takde pengalaman nak mengajar nie, aku tanya la kawan2 thru facebook sape yang ade experience.. buat ngan aku.. so, kawan aku, Bay nie, die offer diri.. so aku buat la ngan dia..

class nie blangsung hanya pada Isnin, Rabu n Jumaat malam je selama 1 jam 30 minit.. tapi selalunya lajak 2 jam gak.. Matsaleh nie owang Australia.. n wife dia janda anak 4 sebenarnya.. wife die owang philippines.. so memang best lah tukar2 belajar bahasa masing2 yang sebenarnya taklah jauh beza pun ngan kita.. cuma idgham die dalam sikit.. hehe..

anak dia 4 owang, n sume PRINCESS tau! Giselle-16, Carmille Ann-12, Devine Mercy-10, Devine Grace-10... Mercy n Grace nie twins.. tapi tak seiras.. kalo tengok pada rupa, Mercy nie sume ingat adik.. padahal Grace la yang bongsu.. sebab Mercy nie cuteee sangat2... hehee.. die suke membebel bahasa dia.. haha.. kelakar tau!

kadang2 kitowang pun tanya dowang ape maksud this and this in philippines.. Bay siap tanya dowang "Pengako Sayo" tu ape maksudnya? hahaha.. kan popular telenovela tu dulu.. pastu Giselle bagitau, maksudnya "I Promise" n macam2 perkara la jadi mase ajar dowang yang buatkan aku ngan Bay gelak sampai teringat2.. lagi2 kat si Mercy budak tembam tu! Geram! gebu sangat badan dia! eii! hehehe..

actually gamba dowang ade da dalam hp nie.. tp nanti aku upload eh...

Friday, October 30, 2009

PHOTOGRAPHER + Pengapit Pengantin

SELAMAT PENGANTIN BARU AZAIZAN & ZARINA!!



Nie pulak kisah pasal job part time aku sebagai photographer.. Actually yang nie aku buat dengan Cik Pingu (umie).. Dia ada kamera.. so dia buat full time.. aku lak bertukar2 ngan dia.. actually aku ngan dia nie dari dulu minat bergambar.. so dah ade nie, dia bgtau aku nak buat bisnes photography.. nie pic2 yang aku masukkan nie, sepenuhnya hasil kerja Cik Pingu.. aku tak amik time nie, sebab aku jadi pengapit kawan aku nie.. tapi pic2 yang aku masukkan nie, sebenarnya nak masukkan gamba aku je.. hehe.. nak tengok betul2 hasil kerja kitowang, nnt aku bagi blog khas untuk tu ek..




Photography nie, aku hanya join on weekend je.. Yelah hari lain aku keje kat Sunway tu kan.. so, xleh la bagi komitmen banyak sangat.. tapi bagi aku, jd photographer nie sangat la enjoy and challenging! Kita kene tolak tepi sume malu, nak tertonggang tonggek nak amik gamba owang.. lagi lak kitowang nie photographer pompuan.. so, macam had nak bergerak tu terbatas dek adat budaya kaum kita nie kan,, tapi aku ngan umie pegang pade 1 word je.. ~SELAMBER~ hehe..



Actually kenduri kawin nie untuk 2 pasangan.. kawan aku nie, Zarina, dengan abang dia.. abang dia dah nikah sebelum bulan puasa aritu.. tapi belum buat majlis resepsi je.. so, dowang buat la sekali.. zarina bersanding pukul 12tgh hari, abang dia bersanding pukul 2ptg..




Aku akui, kawan aku nie tersangat la cantik.. aku cam terkejut gak die pakai tudung nie.. coz die memang seksi gtew~ hehe.. alhamdulillah.. baguslah kalo ko da berubah kan.. hehe.. tapi mase amik pic outdoor, die tak pakai tudung.. memang cantik.. n husband dia lak, seorang anggota polis..



actually kisah cinta dowang nie sangat best tau bagi aku.. very sweet! hehe.. sebenarnya, zarina nie keje mcd macam aku dulu.. sama2 handle bufday party.. tapi kami lain2 store.. dia based kat bukit tinggi, klang... aku lak kat kota kemuning.. then dulu zarina nie ade bf, da 3 taun couple.. tp dapat tentangan family sebelah bf dia.. tp ex dia tu still nak teruskan hubungan tu.. so, dowang go on je la.. in same time lak, ade la mamat neh memang suka ushar die dari dulu.. bagi surat la, kasik no phone la, macam2 cara la.. tapi zarina nie still xtau sape punye keje.. kiranya secret admirer dia la.. hehe.. and then ntah cemaner, die ngan bf die tpaksa putus gak pasal family bf dia tak suka kan.. then, kawan la ngan mamat neh, terus jatuh cinta! sape mamat tu? HUSBAND die la! sweet kan?? hehe..



dan aku rasa owang yang paling happy sekali kat muka bumi nie, mesti la laki die kan? yelah,, dekat setahun kowt die jadi secret admirer kawan aku nie.. at last jadik SUAMI! how sweet! jodoh ko rin... alhamdulillah.. oh ya.. nak tau umur dowang eh? Azaizan-30, owang terengganu, n Zarina-22, owang Meru, tapi sedara2 sume owang nogori! dapat bayangkan tak kecohnya suasana bila loghat nogori + terengganu bergabung? haha..
ape2 pun, aku happy sangat ko da kawin rin! bila pulak la masa aku.. hahaha.... btw,

SELAMAT PENGANTIN BARU AZAIZAN & ZARINA!


INDOOR SALES EXECUTIVE

Hye kowang.. lame tak update kan... hehe.. sowie la.. aku skang nie teramat2 la busy.. Alhamdulillah.. rezeki tak putus2 berkat doa yang berpanjangan.. hehe.. aku sebenarnya tengah penat nie.. tapi aku tulis jelah ek.. sebab aku tak sabar nak tengok post baru aku.. hehe.. so kalo aku cam lalok sket, jangan marah arrr...

okeh.. meh aku story meh.. anak-anak! meh berkumpul! mak nak cite nie.. hehe..

okeh, kan aku cakap aku buat 3 keje kan? okeh, utk keje ptama tu, nie keje fulltime aku.. aku kerja kat Bumi X (M) Sdn Bhd iaitu sebuah courier service company... kat sini aku buat sales n marketing which is bidang yang sangat2 aku tak minat! aku kat sini jawatan aku Indoor Sales Executive.. keje aku juz buat call, cari sales thru call, buat proposal @ quotation, dan buat appointment...

mudah kan? tapi tak semudah yang kowang bayangkan.. sebab ape? sebab, company nie hanya nak closed deal customer yang trading 1K above tetiap bulan.. so, yang currently aku tengah deal nie, customer yang revenue dia 10-20K setiap bulan.. bukan senang kita nak kaco dowang tu, nak probing mintak info, nak kaco dowang tanya pasal proposal.. kene always follow up.. n paling susah, nak buat appointment ngan dowang.. lagi2 dengan decision maker.. bukan senang nak tangkap decision maker tu.. coz yang banyaknya influencer je..

kita lak nak kene guna banyak skill bcakap nak bg owang layan kita.. kadang2 tu tersangatlah sakit hati, bila kita ngah cakap2 tu, dowang terus letak phone. dah bcakap la sensowang.. adoi.. takpun ade gak yang kene marah dalam tepon.. tapi paling menyakitkan hati bila receptionist lak yang lelebih taknak pass tepon kat person incharge.. bengang betul aku!

memang gaji yang dia bagi, taklah aku nafikan, paling banyak yang aku dapat sepanjang aku bekerja 7 tahun nie.. belum masuk lagi incentive.. tapi serius aku tak minat da buat sales n marketing nie sejak bidang nie diperkenalkan pada aku 4 bulan yang lalu... susah tau kalau tak minat nie, sbb memang takkan berjaya la nak buat ape2 dengan bersungguh2..

tapi aku da fedup nak mencari keje lain.. taun nie je da 3x aku tukar keje termasuk keje skang nie.. aku da fedup laaa... serius aku mmg xleh buat.. n keje aku nie, tersangat amatlah selalu ada meeting.. ya allah.. walaupun suasana kerja relax, n aku sensowang je kat opis, tp bila ada selalu sales meeting, benda nie jadi pressure tau..

tapi aku tak pernah la pressure giler2 macam kat tempat keje lame aku.. sebab boss aku pun sume sporting.. boss aku tu husband n wife.. memang 2-2 canti dan handsome.. Cina la.. tapi.. ntahla.. aku pun tak tau samada aku nak teruskan keje nie or carik je keje baru.. sebab hati aku memang takde kat sales marketing... aku lebih rela kerja yang dilambakkan depan aku daripada aku kene cari keje tu.. sbb sales nie, depends pada rajin malas kita la.. kalo rajin, adela keje,, kalo malas, mmg lepak jela.. cuma diakui, aku memang agak penat, bukan sebab part time keje yang aku buat tu.. tapi pasal umah aku kat Klang tu, jauh ngan Bandar Sunway.. aku bawak moto gie keje.. tetiap hari, pergi balik 40 minit jauhnya.. ntahla.. aku pun da pening da skang.. nak teruskan or quit je..

Wednesday, October 28, 2009

MINOR UPDATES!!

hye kowang!! kita sebenarnya ada macam2 topik nak share ngan kowang nie... macam2 cerita nak cite nie.. tak sabar2 rasanya! tapi masalahnya skang nie kita tersangat amat la buzy.... n tersangat amatlah xde mood nak berblogging... nanti la bile kita sedikit free, kita update kat kowang ekk..

untuk masa sekarang nie, kita update sikit lah untuk kowang ape yang currently kita buat sampaikan xde mase langsung nak update blog nie..

kita buat 3 keje skang... wow! kan?? hehe...

1. keje pertama yang kita buat as a full time is Indoor Sales Executive for Bumi X (M) Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat kurier (courier company).. n waktu keje kita Isnin-Jumaat 9am-6pm seperti waktu pejabat yang lain..

2. kita wat part time Photographer dengan Cik Pingu (Umie) .. Cikpingu adelah fulltime photographer, & kitowang decide buat benda nie sama2.. tapi cikpingu boss aku la.. so, ape2 hal perbincangan n decision, dia yang buat.. Now Alhamdulillah, job tak henti-henti masuk skang nie.. rezeki murah kan.. tapi kita join hanya on weekend je.. agak penat, tapi sangat cool! enjoy!

3. Skang gak kita ajar tuition untuk foreigner (bangsa asing).. now kita ajar BM untuk 4 orang anak Australian-Phillippines yang baru je duk Malaysia nie tak sampai sebulan.. yang penting, sume PRINCESS taw! sangat lah best ajar dowang... Class utk dowang hanya pada setiap Isnin, Rabu, & Jumaat malam...

so, this is a minor updates from me.. nanti kita akan cite detail lagi setiap job yang kita buat and kita akan jawab pertanyaan kowang untuk common question such as "Tak penat ke?" or "Wah! masyuk la!" or "Abis tu bile time nak dating?" haha.. tau sume common question yang selalu ditanya.. tapi nanti kita cite ek... now mmg letih sangat, n sangat2 la flat after 3 weeks keje non stop... hehe,, doakan kita terus sihat dan sihat ya..... amin...

Saturday, October 24, 2009

BACKGROUND BLOG!

Kowang! kita da tukar kaler background blog nie? ok tak? ke nak tukar kaler ape yang leh match ngan color posting2 kita nie? ade suggestion tak? ke nak kembalikan pada kaler asal, warna itam?

kita nie fail sikit bab2 color nie.. sebab kita juz suka warna coklat (most) pastu merah.. hurm pening gak kan.. coz blog nie xbanyak pilihan kaler.. sume yang pucat2 je kaler die.. hurm.. kowang survey kanlah untuk kita ek...

Friday, October 23, 2009

TELL HER THAT U LOVE HER



CUPCAKES + POTRAIT

Rindu nak makan cupcakes! wahhh!! teringin giler! lame betul aku tak makan.. aku nie, cupcakes, muffin, memang aku agak suka la.. taktau nape.. teruja kot makan dalam cuppies tuu.. hehe.. tapi yang sebenarnya, aku geram tengok design2 cuppies tu.. kalo yang rasa dia pun sedap, mmg berbaloi-baloi la.. hehe..

teringat lak aku pada cuppies yang kak ain perkenalkan kat aku dulu.. start dr tu, terus aku jatuh cinta! hehe.. and tanx to kak ain gak, sebab pkenalkan aku ngan kak dhiya-tokey cupcakes..hehe..

untuk bufday Mr Bam 29 Mei aritu, aku tempah cupcakes thru online.. Kak Dhiya la bakers dia.. bile aku tengok pic2 dalam blog kak dhiya nie, aku sangat la teruja dengan design2 dia.. so aku pun amik keputusan nak bagi cuppies kat Mr Bam aku tu,, almost a month jugak aku deal ngan kak dhiya ttg design dia, color die, n delivery dia,, aku pilih tema AC Milan untuk design cuppies tu...

hari yang dinanti pun tiba.. aku da excited da nak tengok cuppies tu.. n aku happy sangat bile tengok cuppies tu.. cuma ada beberapa perkara la yang buat aku sedikit patah hati tentang cuppies tu..
1) aku mintak design lain.. tp dapat design lain... hurmm.. agak kecewa dah kat situ...
2) kalo ikutkan cuppies aku tu, walaupun design die lain, tapi agak cantik.. tapi yang membuatkan dia jadi tak cantik, bila decoration dia agak messy.. nak tau sebab ape? sebab cuppies tu terbalik dalam keta masa nak anta kat aku.. katanya emergency break...

so aku agak terkilan gakla.. sebab aku nak bagi to someone special kan.. tetiba dapat camtu lak.. tapi takpelah.. xkan aku nak marah2 lak even memang kecewa sebab ape yang aku bayangkan, xla seindah realiti.. nak taknak, aku kasi jugak pada Mr Bam aku tu.. malu sebenarnya nak kasi.. rasa xnak bagi je, nak makan sendiri.. sebab messy tu punya pasal.. tp aku xkan serik nak try order lagi ngan kak dhiya!

tapi aku bagi jelah walaupun aku tutup mata masa dia bukak kotak cuppies tu.. apepun, i hope u love it.. i x sangka lak jadi camtu.. lain rancang, lain dapat.. tp agak happy sebab dia terkejut tengok cuppies tu.. tambah2 lak tu team yang die suka.. plus aku kasi kat dia potret gambar kami berdua masa pegi teater Puteri Gunung Ledang The Musical... hehe.. untuk taun depan, nak bagi hadiah ape pulak ek? aku suka bagi pelik2.. tak suka bagi yang common2 nie.. biar die ingat hadiah tu sampai bile2... hehe..

okla, aku upload pic cuppies yang aku cite nie, ngan potret kami yang aku jadikan hadiah bufday Mr Bam, 29 Mei 2009 yang lepas... so, kowang tengokla ek n bagi pendapat kowang...



niela die.. nampak messy kan?


die cakap terbalik dlm keta..


tp takpelah.. overall ok..


and, niela potret aku ngan die... ok tak?

Wednesday, October 21, 2009

IZINKANLAH AKU

Untuk saat-saat terakhir begini, izinkanlah untuk aku terus berbicara tentang hati nie.. izinkan aku untuk meluahkan kesedihan disaat-saat akhir begini.. Izinkanlah aku untuk cuba melepaskan rasa ini pergi.. Jauh......... Jauh......... dan Jauh......... dan takkan ku pinta ia untuk kembali lagi...
Izinkanlah aku untuk terus berbicara....

Menghitung hari detik demi detik, masaku nanti apakah ada~ ya.. apakah yang akan ada? Kenangan yang masih membelenggu hati ini.. Masih merantai diri ini.. adakah selamanya akan begini? tidak.. aku tidak akan membiarkan rasa ini pergi terlalu jauh.. terlalu hanyut.. kerana aku masih ada lagi yang menyayangi.. takkan ku sia-siakan dia yang telah tersemat dihatiku.. tapi ketika ini, aku masih disini.. masih membilang detik waktu hari bahagianya.. Mengapakah sukarnya untukku melepaskannya dari hatiku? Mengapa?

Ku cuba terima takdir tuhan.. ku cuba keluar dari hidup dalam kenangan.. ku cuba ikhlaskan hati melepasnya pergi dari hati ini.. bersungguh kucuba.. tapi makin dipaksa, makin susah dia nak kulupakan.. tapi aku tahu, perasaan ini tidak lama... aku akan tetap melepaskannya pergi dari hatiku.. aku akan tetap mengikhlaskan rasa hati ini untuk dia pergi... aku tidak mahu kekasih baruku terluka kerana perasaan gila ini... Sungguh ku tak mahu dia terluka.. kerana aku juga benar2 sayang padanya..

~Izinkanlah aku untuk terus berbicara~

Bulan ini.. Bulan ini bulan terakhir aku untuk aku terus hidup dalam kenangan, selepas itu, pergilah.. pergilah jauh rasa hati ini.. jangan kau datang lagi merantai diri ini.. Izinkanlah untuk aku terus bahagia bersama sidia.. Izinkan aku bahagia seperti orang lain.. Oh hati.. tolonglah fahami diri ini.. Lepaskan dia dari hatiku... Dia kini milik orang lain.. bukan diriku.. bukan aku..

Kenangan akan tetap tersimpan buat selama-lamanya.. Sayangnya jodoh kita sampai sini sahaja.. Diriku ikhlas mendoakan kau bahagia berpanjangan, kekal sampai bila2..
Terima kasih kerana pernah membuatku bahagia yang takkan dapat ku singkap bagaimana..
Terima kasih kerana membuka mataku tentang betapa istimewanya perasaan bekeluarga..
Terima kasih kerana benar-benar mengajarku sebuah erti sebuah kasih sayang yang ikhlas..
Dan,
Terima kasih kerana aku memang merindukan bahagia itu...
Terima kasih.......

Ku ucapkan Selamat Tinggal Cinta,
Dan Selamat Tinggal Kekasih,
Biarpun sukarnya
Untukku
Melupakanmu....

Monday, October 19, 2009

AKU CINTA PADAMU by Sheila Majid


ZAKI ADNAN

:: this song is specially dedicated to you ::



Malam yang romantis ini
tuk kau dan aku
Tetapi di kau seakan air
Yang membeku
Ku masih melihat ragu
Di matamu
Haruskah lidahku berikrar lagi
Untuk yang keseribu kali

( korus )
Aku cinta padamu... sungguh
Aku cinta padamu... sungguh
Mestikah ku ucapi
Dari mulutku sendiri
Aku cinta padamu
Kasih...

Sesungguhnya dikau tak sabar
Bila berkata
Begitu banyaknya cabaran
Yang telah mengoda
Tetapi hingga saat ini
Daku bertahan
Masihkah kau mengerti
Masihkah kau tak tahu

Aku cinta padamu... sungguh
Aku cinta padamu... sungguh
Mestikah ku ucapi
Dari mulutku sendiri
Aku cinta padamu
Cinta padamu...

Uhh... Mmmmmm...

Sunday, October 18, 2009

KELIRU - Ruth Sahanaya

Di lubuk hatiku tersimpan
Ada rasa bimbang
Yang enggan kuceritakan
Ternyata baru kusedari
Sirnanya hatimu
Yang engkau simpan untuknya

Aku cinta kepadamu
Aku rindu dipelukmu
Namunku keliru telah membunuh
Cinta dia dan dirimu

Aku cinta kepadamu
Aku rindu dipelukmu
Inginku akhiri yang telah terjadi
Lamunanku membawamu kembali

Oh Tuhan maafkan diriku
Telah melangkah lugu
Memberi bimbang di hatinya
Kutahu engkau telah berdua
Tak mungkin kurasa
Melepas kasih antara kita

Engkaupun keliru
Menilai erti cinta
Yang kau kira selamanya....

Friday, October 16, 2009

Kangen Band - Kembali Pulang

Bintang terlihat terang
Saat dirimu datang
Cinta yang dulu hilang
Kini kembali pulang

Lihatlah dia mulai bernyanyi
Coba merangkai mimpi
Cinta yang dulu pergi
Kini datang kembali

Wajahmu mengingatku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkan
Dengan masa laluku

Reff:
Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Akan ku bawa dia terbang
Damai bersama bintang

Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Betapa senang ku dendangkan
Dan takkan ku lepaskan

Wajahmu mengingatkanku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkanku
Dengan masa lalu ku

Back to Reff: 2x

Wednesday, October 14, 2009

KEISTIMEWAAN WANITA - part 1

” Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah
kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan
sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah.”

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih
kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal
tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki
yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang
takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa
yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail
a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan
kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari
pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah
Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah
dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan
mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala
mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid,
apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa
serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

I LUV HIM FOR SURE!

I luv him damn much.. and it's for sure! Susah nak singkap kalo hati nie da sayang.. sejuta ayat pun takkan dapat nak gambarkan perasaan nie.. yang aku tau, dari sehari ke sehari, hati nie makin berbunga-bunga dengan cinta,, semakin hari semakin sayang.. semakin rindu..

kadang2 pelik kan perasaan owang bercinta nie.. yang tak jiwang pun, jadi leh jadi jiwang.. opps! bukan jiwang dowang kate.. tapi try to be sweet.. ala same jela kan? kan?? hehe,, yang penting, rasa dalam hati nie sangat ikhlas dan telus.. bukan pura-pura, bukan sekadar kata..

rasa cinta nie, seindah melodi belaian jiwa, menanti biar sampai akhir hayat di dunia ini... walau banyak ayat dan perkataan yang cuba untuk digambarkan, sebenarnya hanya satu yang tersirat di hati... ~kau tahu betapa ku sayang padamu~ dan aku percaya ini semua takdir yang menentukan ia, oh indahnya belaian jiwa... dan sebenarnya apa yang aku harap kitakan bersama selamanya~ itu doaku sepanjang masa....

dan kadang2 cinta antara kita nie, kelakar jugak.. mula2 masing-masing sorok rahsia hati.. sedangkan kita dah tau, dari dulu aku yang mula-mula mencintainya kerana itu dirinya.. bukan sebab lain.. kadang2 aku mengharap dia merinduku seperti aku merindukannya.. dan dalam masa yang sama aku menunggu dia mengatakan cintanya.. tapi aku tau aku tak bertepuk sebelah tangan kan? hehe.. mungkin juga, kamu tak mengerti maksudku dulu pada diri kamu, tapi kini aku berjanji akan menyintai kamu hingga ke akhir waktu..

~bila rasaku ini rasamu~

dan bila dah lama-lama cinta dalam hati tu berputik, aku rasa dah tiba saatnya kita untuk saling bicara.. yelah.. tentang perasaan kita yang kian hari makin menyiksa.. tentang rindu yang menggebu setiap masa, tentang cinta kita yang masih tak terungkap.. aku rasa masa tu macam dah lama sangat kita berdiam dan tenggelam dalam gelisah yang kan? rasa semacam je,, rindu nak bertemu, rasa seronok borak dalam tepon, bak kata orang, lurve is in the air.. tapi akhirnya selepas 2 bulan, kau leburkan juga sebuah batas dan kau lepaskan juga perasaan rindu dan cinta untukku, dan kini hanya ada aku dan dirimu.. aku bahagia sangat! alhamdulillah... ^^,

tuhan, berikanlah aku hidup satu kali lagi hanya untuk mencintainya dan terus mencintainya kerana aku sungguh mencintainya..
dan, jika itu adalah cinta, biarkanlah aku jadi cinta, jika itu adalah sayang, biarkanlah aku jadi sayang..


"hatiku kini miliknya tuhan tolong jangan jodohkan dia dengan yang lain"


Sunday, October 11, 2009

DIARI BIRU 2 - MAYA

fuyyooo.. lame betul aku carik lirik nie! seingat aku, lagu nie mase aku skola rendah lagi! pastu kali pertama n terakhir aku dengar balik lirik nie mase form 2 ke form 3 ntah.. mujur jumpe balik! nnt aku upload mp3 die eh?

DIARI BIRU 2

Teman baru yang kutemui
Seiras rupa teman sekolah
Semasa remaja ku
Lagak gaya mu
Mengingatkan ku pada teman dulu
Kealpaan di perhatikan oleh mu

Ingin aku mendekatimu
Siapa dirimu sudikah dikau
Bergandingan denganku
Hulurkan tangan tanda kenalan
Salam kemesraan
Hadiah indah
Yang istimewa
Pemberian mu
Sebuah diari biru

( korus )
Terima kasih diatas
Keikhlasan mu
Akan ku ukir indah oh... namamu
Akan ku catat setiap detik tingkah denganmu
Memori ku indah disaat bersama
Kita berdua
Tertera lah pena ku sulam madah
Tersusun lah segala kata kata cinta
Oh... Oh...