My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Menyediakan kelengkapan barangan Kekabu 100% Asli & Padat secara ONLINE dengan harga paling berpatutan!

HALLUUUUU!!

❤بِسْـــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم❤

JUMPER LADY GEGE DISINI PULAK YA! MEH! MEH! BACE KISAH NGARUT KITEE!!

COUNTING THE DAYS....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Little JuNiORRR!!!

pregnancy calendar

Saturday, October 30, 2010

LESEN KERETA! MISSION COMPLETE!


muka bahagia! hahaha,,,

yeayyyyy!!!! finally! after 2 years (Nov 2008), i had completed my car license!
CONGRATULATIONSSS LADIEY GEGE!!!!

many thanks to my instructor, Abg Yusman & Abg Shah dari Hi-Tech Mandu Cekap Driving School kerana sudi menurunkan ilmu dengan ikhlas kepada aku sehingga aku berjaya melengkapkan lesen kereta aku! now m just waiting for my P license.. tak sabar rasanya nak drive! maklumlah, sebelum nie aku cukup takut nak drive.. apetah lagi nak start enjin keta! serius aku tak berani!

JPJ test aku dijalankan pada hari Rabu, 27 October 2010 lalu, no giliran aku, No.22.. masa atas bukit tu, enjin aku dah mati sekejap.. tapi JPJ ngan sorang instructor nie sibuk jerit apentah, cepat2 aku start balik enjin, n kengkonon tengah tekan minyak la.. haha.. pandai gak aku nipu yer?

hehe.. side parking pun, aku sebenarnya dah terbabas sket.. bukan babas ape, aku terjauh sikit dari measurement divider.. tapi tak sangka lak keta tu tak kuar dari box parking! aku dah bajet "mesti tak pass nie! sebab jauh tadi.." tengok2, pas angkat tangan, JPJ tunjuk thumbs up, "OK! boleh jalan!" yeayyy! hehehe..

3 pointer pulak, (3 olah gerak), aku rasa pun macam dah terlanggar sket garisan kuning tu.. tapi bila aku tengok JPJ tu senyum, aku pun belasah la reversee... dalam hati, "ok kot!" hahaha... bila gie kat JPJ nak mintak form tu, aku sempat curik pandang, tengok sume LULUS! YAHOOOOO!!!!


test dalam trek!

so, turn untuk on-the-road pulak berlangsung lepas lunch hour.. pukul 2.15 pm kot aku test.. dah la keta tu pelik.. tak syok bawak.. dari awal bawak sampai habis, gear dia mesti bunyik, krekkk! sampai JPJ pun tegur keta nie pesal.. ke salah aku? haha.. lantaklaaa...

asal aku masuk gear je, bunyik! pastu aku senyum sengsorang.. pastu JPJ tu cakap, "ha! nape awak senyum sowang2 nie!" "ehhh.. mana ada pape encik!" "tu awak senyum sorang2 tu, mesti ade pape kan.. mesti ade yang tak kena! baik awak cakap!" "haha.. takde la encik.. sy memang suke senyum! hehe.." pastu dia gelak kecil... aku pun bwk lagi, pastu senyum lagi.. tak sangka lak aku dia perasan! dia kata "hah! senyum lagi!" terus aku tergelak! dia tanya lagi "kenapa senyum.. mesti ada buat salah nie kan!" aku cakap "takdelah encik.. sy stress, sebab tu senyum.. orang kate psikologi kan! hehe..." tergelak JPJ tu..

pastu dia cerita la adik dia amik test computer 30 kali! ntah betul ntah tidak, wallahualam la.. pastu dia kata, "walaupun sy nie JPJ, sy takkan tolong dia.. dia malas baca! biarkan dia usaha sendiri! sy taknak tolong dia.." pastu masa aku lalu kat area Sri Muda bus stand tu, aku dah kasi signal ke kanan, pastu ade keta nie sengaja nak mencelah gak.. hon keta aku.. babisss betul! pastu JPJ tu cakap "skrg nie, awak rasa, sapa yang salah? awak ke, keta tadi ke atau bas yang berhenti tu?" aku terketar la nak jawab.. mana aku tau! aku cakap la "erm... ntah? sy kot?" pastu JPJ tu cakap lagi "yeke awak? ape pulak awak.. dia la yang salah.. awak dah bagi signal lama.. dia jauh lagi.. bila awak nak masuk, sengaja dia hon awak.."

aku lak ngan selamber cakap "entahla encik.. kalau ikut sy, sy je betul semua.." tergelak JPJ tu! hahaha... lega aku dengar dia gelak! haha.. dia cakap lagi, "agak2 awak, awak leh lulus ke nie? kalau awak lulus ke, gagal ke macam mana?" aku jawab ape tau? "sayer redha encik..." hahaha! JPJ tu gelak gila2! terkezut aku! hahahaha.. lantak kaulah encik.. janji aku lulus! hahaha... bila tengok2 balik kertas masa nak sign tu, aku LULUS!!! 17/20! yeayyyy! mekaseh encik! mekaseh!! YIPPIEEEEE!!!!



malam tu pulak ayah belanje Roti Nan kat Ameerrr! yeayyy! jadilaaa... kan? hahaha.... tengkiuuu!


naaaannnn!



No comments: