My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Menyediakan kelengkapan barangan Kekabu 100% Asli & Padat secara ONLINE dengan harga paling berpatutan!

HALLUUUUU!!

❤بِسْـــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم❤

JUMPER LADY GEGE DISINI PULAK YA! MEH! MEH! BACE KISAH NGARUT KITEE!!

COUNTING THE DAYS....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Little JuNiORRR!!!

pregnancy calendar

Saturday, April 17, 2010

MIMPI ITU BENAR2 PETANDA.......

Salam semua...

sebelum ini aku ada postkan cerita tentang mimpi yang aku alami selama 2malam berturut-turut.. marilah tengok duration yang related dengan mimpi yang aku alami dalam minggu nie...

12 APRIL 2010
- Jam 5/6 petang
aku dikejutkan dengan pemergian seorang adik kepada sahabat ku yang mengalami kemalangan jalan raya yang melibatkan 2 kereta ketika ingin memotong kenderaan di depan... Allahyarham Md Fazly Pauzi @ lebih dikenali dengan nama Angah dikhabarkan meninggal dunia di tempat kejadian... sempat kawan aku Cik Pingu (umie) n Nazrin melawat jenazah beliau di hospital sebelum jenazah di bawa pulang ke Pahang... sedih melihat keadaannya.. semoga Allah SWT tempatkan beliau dikalangan orang2 yang soleh.

- jam 5 pagi
aku terjaga dari lena yang singkat, iaitu setelah sejam setengah saja aku tidur, aku bermimpi ustaz yang aku kenali cuma dalam facebook, iaitu Ustaz Fahrin Badry, meninggal dunia.. waktu kejadian dalam mimpi tu, aku kurang pasti, tapi yang aku ingat, aku dapat berita beliau meninggal ketika aku di Tanah Suci, Mekah.. bila tiba pagi, aku terus bertanyakan khabar ustaz itu di facebook, kerana tertarik dengan status nya.. berikut adalah sedikit perbualan aku dengan ustaz yang aku copy paste disini.. ::
____________________________________________________________________

Ladiey Gege
malam td sy mimpi ustaz... taktau kenapa.. tibe2 je!

Fahrin Badry
yeke LG? mungkin waktu LG mimpi tu waktu yg sgt KRITIKAL bagi saya. 3 atau 4 kali lori mengelak saya dlm kereta yg tiba-tiba breakdown di tgh highway. Saya nampak jelas lampu lori tu yg dtg begitu laju dan spt akan merempuh kereta yg sy msh di dlmnya. Sy hanya mampu pejamkan mata dan ingat Allah shj ketika itu. Dlm fikiran sy ingt telah tiba masa sy. Air mata tak dpt sy tahan selepas terselamat dari insiden itu semalam.

Ladiey Gege
masyaallah... macam ada kaitan.. sy ingat2 lupa mimpi pasal ustaz tu.. tp yang sy ingat, sy dapat khabar, ustaz dah meninggal.. masa tu seingat sy, samada saya atau ustaz yang ada kat Mekah.. masa tu mmg sy terkejut sangat2.. sy terus cuba ingat, sape yang bernama Ustaz Fahrin Badry.. mcm penah dengar nama.. lepas tu baru sy teringat, FACEBOOK!

Zakia Bohari
Kenapa hj tak keluar saja dr kereta tu.?..Nasib ler Allah nak beri kesempatan untuk tabahkan amal..Syukur alhamdulillah hj..

Fahrin Badry
Saya bermuhasabah diri sekarang. Melihat kedlm diri apakah yg msh mampu diubah supaya sy menjadi lbh baik dari semalam. Sesungguhnya nikmat Allah kpd sy terlalu banyak dan tdk terhitung nilainya apatah lagi utk membalasnya. Aku bertawakal hanya kpd MU Ya Allah.

Fahrin Badry
Ingatlah wahai teman, MATI itu pasti. Semua yg HIDUP pasti merasai KEMATIAN. Masanya juga telah ditentukan. Bagi yg masih bernyawa spt kita ini, lebihkan lah masa utk bermunajat kpd Allah sebelum kita terlambat. Sy insaf dan mengingatkan diri sy sendiri serta teman-teman yg dikasihi di mana jua anda berada. Semoga amalan kita diterima Allah dan mudah2an kita tergolong dlm mrk yg diredhai Allah. Amin!!!

SILA NILAIKAN UNTUK MIMPI YANG HADIR PADA MALAM PERTAMA ITU..

____________________________________________________________________

13 APRIL 2010
- jam 5.30 pagi
malam ini juga aku dikejutkan dari lena yang singkat, tapi dengan b
erderai-derai air mataku mengalir keluar.. rupanya aku menangis ketika dalam tidur... bila aku tersedar, aku masih teresak-esak, lalu aku memikirkan, kenapa aku menangis... tiba2 baru aku ingat kembali yang aku mimpi 2 orang yang aku syg meninggal dunia dalam satu hari yang sama.. iaitu Mr Zaki (bf aku) dan juga Adik bongsuku, Ikmal... waktu tu aku terus menangis sampai tersedu-sedan, risau memikirkan perkara itu benar2 terjadi...

aku cukup gundah, gelisah, dan tak tenang sepanjang hari.. aku ada dengar, bermimpi seseorang akan meninggal itu, mudah2an nanti akan panjang umurnya... tapi keseluruhan hari itu, aku cuma memikirkan 3/4 perkara, sampai membuatkan aku tidak mampu nak
berfikir tentang benda lain kecuali MATI. 3/4 perkara itu ialah :

a) adakah ini petanda untuk diriku?
b) adakah ini peringatan untuk aku?
c) adakah ini petanda untuk aku bersedia menerima kehilangan seseorang?
d) adakah ini petanda akan ada orang yang meninggal dalam waktu terdekat?


NILAIKAN PULA DENGAN KEJADIAN YANG BENAR-BENAR BERLAKU INI..

____________________________________________________________________

17 APRIL 2010
-jam 9.29 pagi
sepupuku, Suraya Shahrudin, menelefonku... dia cuma ingin beritahu padaku, bahawa salah seorang teman kami, iaitu antara org2 kuat ketika Event Anak Yatim kami ahad lalu, telah kehilangan ayahanda tercinta pada pagi itu, kalau tak silap jam 8 pagi... tapi waktu tu, aku mmg terkejut, tapi aku langsung tidak terfikirkan tentang kaitan mimpi itu, sebab malam tu aku dah putuskan untuk tidak memikirkan lagi hal itu, memandangkan kerana hal itu juga telah menjadi selisih faham antara aku dan dia..

-jam 7.45 malam
aku mendapat tahu khabar penyanyi Acik Spin meninggal akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pajam ketika menuju ke Seremban pada jam 6petang.. kereta yang dinaiki Allahyarham dikatakan terbabas dan terbakar, manakala Allahyarham dikatakan tersepit... rentung atau tidak, wallahua'alam.. aku memang tak tahu...



waktu tu aku mulai memikirkan kembali mimpi aku pada 3/4 hari lepas dengan hari ini... kaitan dengan jalan cerita mimpi walau tidak begitu jelas...
____________________________________________________________________

tapi Syukur Alhamdulillah.... sekurang-kurangnya apa yang bermain di benakku dalam seminggu ini telah terlerai pada malam ini.. aku dah tahu apa makna mimpi tu, aku dah mendapat jawapan tentang mimpi itu.. aku yakin itu adalah petunjuk atau petanda dari Allah SWT...

tak sangka aku antara orang2 yang terpilih mendapat petunjuk tersebut walaupun orang lain yang terpaksa menanggung kesedihan atas pemergian insan-insan tersayang itu... aku cuma mendoakan mereka tabah dan kuat untuk menempuh ujian ini.. sesungguhnya, Allah tidak akan membebani hambaNya itu dengan sesuatu yang tidak mampu untuk ditanggunginya... jadi aku pasti, Allah SWT menurunkan ujianNya itu untuk menguji dan menambahkan lagi iman didada..

kepada yang kehilangan insan-insan tersayang, bersabar dan redhalah atas ketentuanNya..
Salam Takziah dariku........

2 comments:

aufazanki said...

assalamualaikum tasya,

mmg ada kaitan mimpi tasya dgn kejadian2 yg berlaku..amat menginsafkan..sama2 kita ambil ikhtibar...

thanx for sharing...

meladygege said...

waalaikumsalam kak izan..
tula kak, mula2 sy memang dah xnak fikirkan hal ni, sbb ramai cakap mungkin mimpi nie mainan tidur.. selepas tu, bila sy rujuk2 dengan beberapa ustaz dan seorang peguam nie, sy agak curiga dengan jawapan mereka iaitu ;

"solat la hajat untuk kebaikan rakan2 dan kaum keluarga, mimpi mainan tdur, juga mimpi adlah RAHSIA ALLAH, insyaAllah ada juga mimpi itu benar"

"bkn tak baik sayang, Allah bgi ptanda, km dah agak dlm jangka masa2 3-4 hri pasti ada yg dpt kbar, cuma x nak mnakutkan lady, sbb mimpi di dinihari @ tgh mlm nie tsedar plak tu, slalunya nyata.... km dah byk kali alami dan tggu saja ktentuan dri Allah, cuma minta kkuatan diri & hati, itu saja, ok tak pa, yg dah lpas ok."

"Al Fatihat buat2 kedua2...
>>>mcm tu lah klau didtangi mimpi tau, ada ptanda yg nyata dan mainan, tpi klau kita arif, pasti kita bersiap sedia, ok sayang... dn lgi satu klau dpt brita org skit dri jam 8pg-12tghri tandanya blum serius tapi selepas pkul 12thgri mjelang asar, tandanya tenat, bgegaslah blk, sbb tanda2 org akan pergi selalunya selepas asar..."