My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Menyediakan kelengkapan barangan Kekabu 100% Asli & Padat secara ONLINE dengan harga paling berpatutan!

HALLUUUUU!!

❤بِسْـــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم❤

JUMPER LADY GEGE DISINI PULAK YA! MEH! MEH! BACE KISAH NGARUT KITEE!!

COUNTING THE DAYS....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Little JuNiORRR!!!

pregnancy calendar

Friday, April 16, 2010

BERSALAHKAH AKU?

bermimpi perkara yang akan bakal dilalui oleh semua orang.. iaitu KEMATIAN.. 2 hari mimpi tersebut datang berturut-turut, cukup membuatkan aku risau, dan gundah gulana.. teringat ustaz penah cakap, setiap orang akan melaluinya, dan akan mendapat petanda masing2, tapi semuanya berbeza...

aku susah hati bila memikirkan tentang itu.. kalau sekali sahaja mimpi itu datang, tak mengapa.. tapi bila ia datang singgah buat kali ke2, membuatkan aku cukup tak senang duduk.. satu hari fikiran runsing... lagi-lagi bila memikirkan tentang insan2 yang terlibat dalam mimpi tu.. 2 orang di dunia yang paling aku sayang.. iaitu Zaki, satu2nya buah hati aku dan Ikmal, adik bongsuku..

aku bukan taksub pada hari tu.. bukan juga ada kene mengena dengan period... aku tahu, mimpi itu mainan tidur.. aku tahu syaitan itu sentiasa mengganggu kita dalam sedar atau tak... tapi tak mustahil juga itu adalah petanda atau peringatan dari Allah SWT buat aku... kerana Nabi SAW dulu pun menerima wahyu Allah dari mimpi.. aku ambil itu semua sebagai iktibar..

sungguh aku nyatakan disini, aku langsung tidak boleh memikirkan hal yang lain pada hari itu, kerana hati aku, fikiran aku cukup runsing... aku risaukan 2 orang yang aku sayang nie... tapi kenapa tak boleh faham akan keadaan aku hari tu? aku x mampu memikirkan ape2 pun.. kenapa itu juga menjadi salah aku?

salah ke kita risaukan sesuatu? walaupun aku tau mungkin dia bermaksud untuk taknak aku fikirkan sangat tentang hal ini... tapi kenapa tak ucap perkara yang sepatutnya... salahkah aku risaukan kehilangan org yang tersayang? atau salahkah aku memikirkan yang itu mungkin petanda buat aku? dan salahkah aku memikirkan yang itu semua hanyalah peringatan dari Allah SWT untuk aku? 3 perkara itu sahaja yang aku fikirkan sepanjang hari... taksubkah aku? susahkah memahami 3 perkara yang bermain di benak ini?

aku mohon maaf, kerana aku tau, semuanya salah aku.. aku yang taksub.. aku yang terlalu memikirkan.. aku yang buatkan semua orang turut risau.. tapi percayalah, aku lebih risaukan diri sendiri yang mendapat mimpi itu, lagi-lagi bila 2 malam berturut2 aku mendapat mimpi tu..

ya mungkin sebab aku tak cukup tidur.. mungkin juga sebab aku datang bulan, sebab itulah syaitan mudah menghampiri aku... tapi, BERSALAHKAH AKU?

sekali lagi maafkan aku... aku mengalah.. aku takkan buat semua orang risau lagi... aku takkan cetuskan selisih faham lagi antara kita.. biar aku sendiri simpan apa yang aku lalui, biar aku jadi NORNATHASHA dan LADIEY GEGE yang ceria.. yang gembira.. yang sentiasa dapat buat korang ketawa... aku janji, aku takkan biarkan benda nie jadi lagi...

MAAFKAN AKU SEMUA.. AKU BERSALAH.

No comments: