My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Menyediakan kelengkapan barangan Kekabu 100% Asli & Padat secara ONLINE dengan harga paling berpatutan!

HALLUUUUU!!

❤بِسْـــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم❤

JUMPER LADY GEGE DISINI PULAK YA! MEH! MEH! BACE KISAH NGARUT KITEE!!

COUNTING THE DAYS....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Little JuNiORRR!!!

pregnancy calendar

Tuesday, October 25, 2011

Think..


When you feel you are alone in the crowd,
When you Think no one can understand you,
When you're love is rejected by others,
And when you hate you're life,
Just close you're eyes,
And see,
Her face who Loves you,
more than any one else,
Who care for you in loneliness,
And dies when you cry.
She is number one....

Wednesday, October 19, 2011

Sampai Hati

_____ sampai hatimu ___ .. nape ___ buang sume tu... kenapa kau benci sangat kat dia... dia tak pernah buat kau marah.. dia tak pernah buat kau kecik hati... tak pernah buat ape-ape pun kat ko... bercakap 2 mata pun tak pernah.. tapi nape kau benci sangat kat dia ____... kenapa?

ape yang dia dah buat kat kau ___? sampai macam nie sekali kau benci kat dia.. ya aku memang dah takde ape-ape ngan dia.. cerita kami dah habis lama dah.. tapi kenapa sampai macam nie kau buat kat aku ___?

dahlah kau malukan dia lagi setelah sekian lama, dengan orang luar.. kalini kau buang semua tu pulak.. ___ kau tau tak, kau tak berjaya buat aku benci atau lupa dia ___!

kenapa sampai hati kau buat aku macam nie.... itupun Allah gerakkan hati aku untuk check barang aku yg kau kemas ____... kau tak tak macam mana teruknya aku menangis malam nie ____... aku tersedu-sedu dekat 2 jam ____... itu je satu-satunya kenangan yang aku ada ____... sumpah aku sedih _____... sumpah aku sedih teramat-amat sangat...

apelah salah dia sampai macam nie sekali kau benci dia _____.. puas aku geledah, aku cari kat tempat yang biasa aku simpan.. tapi sume xde... kenapa! kenapa! kenapa!!!!

____ aku redha dengan apa yang Allah dah aturkan untuk aku.. tapi tolonglah. bukan senang aku nak mencipta kekuatan yang aku dapat sekarang ini. waktu ini! aku redha dengan apa yang jadi, dan aku dah ada yang seribu kali lebih baik. tapi, aku tak mintak banyak. aku cuma nak simpan apa yang dah menjadi kenangan aku. itu hak aku. aku tak mintak banyak. yang lain biar aku simpan dalam hati. aku redha!

kalau kau tunggu sangat aku menangis, ya malam nie kau berjaya buat aku menangis dengan teruk sekali.. kau berjaya buat aku menangis dengan kombo sedu-sedan sekali.. mengah dada aku nie ____... sampai hati kau buat aku macam nie... sungguh sampai hati kau ____....

_____ satu je aku nak pesan... Rasulullah SAW ada pesan.. jangan terlalu membenci orang.. kelak orang tu akan menjadi orang yang paling kita sayang.. kau ingatlah benda nie ___...

walaupun benda nie hanya 3/4keping poskad..
aku tak berniat kurang ajar, tapi kau dah cukup melampau ____!

TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT....

Sunday, October 16, 2011

TERPERANGKAP..

aku tak mampu nak tipu hati aku, diri aku bahawasanya, kadangkala aku masih terperangkap dengan memori lampau.. tak siapa tau macam mana besarnya kesan masa lampau tu ke atas kehidupan aku sekarang dan mungkin sampai bila2..

3 tahun berlalu..
tapi aku masih susah nak lupakan apa yang terjadi pada bulan ini.. maksud aku Tragedi Oktober.. kadangkala kenangan tu makin lama makin mencabar diri aku.. makin menikam hati aku sendiri..
aku redha dengan apa yang jadi, tapi kadang2 aku tak mampu nak melawan perasaan sendiri..

benarlah kata orang.. menyayangi orang cuma amik masa seminit.. nak lupakan seseorang mengambil masa seumur hidup.. aku tak berniat nak buat org2 yang baca entry nie kecil hati.. tapi, aku takde tempat nak luah perkara2 sensitif nie.. blog nie je satu2nya kawan setia aku waktu aku sedih..

aku redha dan aku terima semua takdir Allah.. tapi maafkan aku.. aku memang tak dapat nak lupakan segala2nya.. aku redha dengan takdir aku sekarang, dan aku mengaku, aku bahagia dengan kehidupan sekarang.. cuma aku tak mampu elak bila diri masih terperangkap dengan memori silam...

maafkan aku...

Thursday, September 22, 2011

fikiran melayang.....

ini adalah 1st entry aku yang ditulis dari office dengan menggunakan iphone.. fikiran aku melayang ntah kemana.. bawak kereta kene hon, tak pasang lampu keta.. cakap ngan customer, terus mental block and terpaksa transfer call to team leader..
ya allah... ape kene ngan aku nie....

Wednesday, September 21, 2011

Dilema Cinta - Ungu :: this is for you ::




Seberapa salahkah diriku
Hingga kau sakiti aku begitu menusukku
inikah caramu membalas
Aku yang slalu ada saat kau terluka

Seberapa hinanya diriku
Hingga kau ludahi semua yang ku beri untukmu
Tak ada satupun perasaan
Yang mampu membuatku begitu terluka

c/o
Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Begitu terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku jauh darimu

Telah kucoba segala cara
Tuk bahagiakan kamu merebut hatimu
Namun tak semudah yang ku bayangkan
Bila kau tak inginkan ku tuk disisimu

Tak pernah kurasakan sebelumnya
Menginginkan dirinya hingga ku tak kuasa
Meyakini hatiku bahwa ku mampu berlalu...

Andai Telah Tiba Masa Untukku Melepaskanmu..........

Ya Allah... andai dia ditakdirkan memang bukan jodohku, aku redha menerima takdir ini Ya Allah.. telah kurasakan pelbagai petunjuk Kau hadapkan kepadaku, tapi aku masih belum ingin mengerti... terlalu kuat cabaran untuk bersamanya.. dia antara yang terbaik yang pernah Kau anugerahkan padaku, tapi kebaikannya mungkin bukan untuk Aku.

Andai ini memang takdirku, aku redha Ya Allah andai ini sahaja jalan untuk aku kembali je jalanMu Ya Allah... ampunkan aku untuk kesemua dosa-dosaku selama ini Ya Allah... sesungguhnya aku hanya insanMu yang lemah dan hanya menumpang sementara di dunia yang fana ini...

Ya Allah, andai telah tiba masa untukku melepaskan dia dari hati ini, ku mohon, Kau kuatkanlah hatiku untuk menempuhinya.. tabahkanlah hatiku untuk menempuh hari-hari yang mendatang.. cekalkan akal fikiranku untuk menghadapinya bersama keluargaku nanti Ya Allah..

sesungguhnya kami hanya merancang, dan hanya Kau yang menentukan....

Monday, September 5, 2011

- no title -

2 weeks quit from maybank... caca marba aku rasa... sedih.. sebak... maybank is future.. tapi aku tak dapat teruskan atas sebab2 tertentu... mungkin Allah bagi jalan pada aku untuk keluar dari permasalahan aku yang aku simpan sendiri..

aku teruskan langkah kaki, cuba mencari rezeki di tempat lain.. alhamdulillah.. rezeki masih berpihak pada aku... tapi bukan senang nak mulakan hidup ditempat orang.. segala2nya berbeza.. kenangan berbeza.. tempat berbeza.. orang berbeza....

aku cuba bangkit dengan semangat berbeza.. harap2 semangat tu bukan separuh jalan.. aku percaya.. ini waktu terbaik untuk aku melangkah.. bukan kerana kawan, bukan kerana pengaruh lain.. tp kerana diri aku sendiri..

susah aku nak describe macam mana perasaan aku bila tinggalkan 'future' aku yang dah jadi past tense..

Wednesday, August 24, 2011

Rahsia Bapa Mertua


SEORANG lelaki bertanya bapa mentuanya:
"Ramai orang puji bapak kerana mampu mempertahankan perkahwinan
bapak. Boleh tak bapak berkongsi dengan saya apakah rahsianya?"

Dengan tersenyum, bapa mentuanya pun menjawab:
"Jangan sekali-kali mengkritik isteri kamu kerana kekurangannya.
Sentiasalah ingat bahawa kerana kekurangannya itulah, isteri
kamu gagal mendapat suami yang lebih baik daripada kamu"


Friday, June 3, 2011

24 May 2011 - Salam Belasungkawa

astaghfirullah... satu malam aku memikirkan tentang salah seorang BFF aku, - Halimah @ Kecik @ Comel .. lama tak contact dia.. sebab dia sakit dulu.. aku rancang nak call dia esok pagi... tengok2, esok pagi tu aku dikejutkan dengan satu berita...

6.30 am - mak aku kejutkan aku.. "kak! kak! halimah meninggal!" aku ngah mamai2 lagi, aku tido balik... pastu adik aku lak kejut.. "kak! halimah meninggal!" terus aku terbangun! HAH? MENINGGAL??

ya allah.. aku macam tak percaya.. terus aku bangun, menangis, aku call halimah.. aku call fazila, aku call sume yang aku teringat nak cakap.. astaghfirullah..

aku tunggu Rin balik dari Damansara.. dalam pukul 9am, aku gie umah arwah ramai2 dengan kawan2 ex-McD.. dalam setengah jam macam tu, arwah sampai umah.. sedihnya ya allah.... masa bukak kain yang tutup muka arwah, aku tak dapat tahan tengok kawan baik aku terbujur kaku disitu.. seorang yang ceria, yang suka melatah, yang suka gelak, yang suka jerit kalau nak makan, kini terbujur kaku disitu.......

arwah dimandikan lepas setengah jam dari tu.. aku ngan yang lain x stop nangis.. tp takla teresak2.. tak baik.... cuma x sanggup nak tengok arwah... bila arwah dah selamat dimandikan dan dikapankan, aku sempat cium arwah buat kali terakhir.... itu kali terakhir kita dapat berjumpa limah.......

paling aku rasa sebak bila bf halimah ; shahir, ada setia menunggu disitu... muka sangat tenang... bila kami cium arwah, dia berdiri sambil pegang 2-2 tangan di depan, dan termenung melihat arwah di dalam berpakaian kapan... ya allah.. sedihnya Allah je tau..

sampai sekarang aku masih tak percaya arwah dah xde.. aku terlalu rindukan arwah..... sampai kat office pun aku menangis kalau teringat arwah...

paling aku sedih, aku tak sempat nak btau arwah yang aku nak tunang dah.. sekaligus menjemput dia.. tapi dia dah tau dulu aku nak bertunang.. n dia sempat cakap ngan mak dia, nak datang majlis aku... sebaknya tuhan je tau...

arwah mmg sakit jantung berlubang dahlama dah.. dari kecik.. pastu dia sakit buah pinggang 5 taun lepas.. aku ingat lagi, aku org ptama yg tau dia kene buah pinggang.. pastu bila dia anta mak abah dia gie haji, pagi tu jugak dia admit sebulan kat hospital.. mak abah dia langsung xtau.. kakak abg dia yang jaga dia..

dulu dia kene cuci air je.. now dah kene cuci darah.. makin teruk dah.. klu x, sabtu minggu dia meninggal tu, kalau x silap ada checkup utk jantung dia.. tp apakan daya.. masa dia dah datang..

mak dia cite, pagi2 tu arwah kata sakit..

Mak - sakit kat mana?
arwah - entah?
Mak - bgtau la sakit kat mana, biar mak urut

pastu arwah kata sakit kat area perut n dada.. mak dia urut2 la kat area situ.. lepas tu arwah suruh bawak gie hospital.. so, abg dia bawak dia pegi hospital serdang...

masa dalam keta, kat tenggorok dia bunyi2.. dia kata ape tu? mak dia cakap kalau kahak, kuarkanlah.. biar elok sikit.. pastu bunyik lagi.. rupa2nya mungkin waktu tu sakaratul maut tengah buat kerja dia.. tetibe mulut arwah buih2.. terus arwah hembuskan nafas terakhir dia dalam kereta, otw ke Hospital Serdang, dari Klang.... sbb hospital tu yg rawat dia dulu.. tu silap fmly sikit, sbb x bawak yg paling terdekat waktu2 kecemasan tu... tp yelah.. itu dah nak jadi penyebab dia pergi dulu..

aku redha dia pergi... aku rindu dia sangat2.. macam2 kenangan ada dengan dia.. satu kelas ngan dia, duduk sebelah, buat puisi, keje sama, dia ajar aku bawak moto, naik moto 3 org.. eh macam2 lagi... ya allah.. macam mana aku nak lupakan sume tu?

semoga kau tenang di sana Allahyarhamah Halimah bt Selamat.. al-fatihah....

Monday, April 25, 2011

BILA AKU SUDAH TIADA


bila aku sudah tiada...
simpan semua laguku jangan ditangis selalu..
mungkin untuk sementara..
bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku....

Monday, March 14, 2011

MAYBANK BALANCE TRANSFER PROGRAM!

feel so BURDEN because of your credit card outstanding balance?? have to pay for unreasonable price every month? need to save up? let me help u guys!

MAYBANK BALANCE TRANSFER PROGRAM!


a. 0% interest - 12 month! **
b. 0.375% interest - 24 month!
c. 0.413% interest - 36 month!


** PLAN A
only valid till APRIL 2011!
the interest will be normal afterward as 1% interest per month for 12 month!
*min outstanding RM1,000 for balance transfer*

PLAN B & C
*min outstanding will be RM2,000 for balance transfer*



still under o.5% per month right? DON'T YOU KNOW, for the other bank, u have to pay the bank interest as high as 1.45% interest per month??
now how much u can save up every month compare to current amount that u paid every month with MAYBANK? think!


lets move and save money for your future!

MAYBANK CREDIT CARD!! - FREE FOR LIFE!! -

MAYBANK DUAL CARD!

Maybank credit card called DUAL CARD is a special package from Maybank that include 2 cards which is :

1. American Express
2. Visa / Master (master available on April 2011)

WHAT IS THE BENEFIT?

---> American Express : RM1 = 5x points , Visa/Master : RM1 = 1x points!
---> NO Annual Fees, Monthly Fees, Hidden Charged, & no Contract
---> 5% cash back on weekend (rebate) up to RM 600/year!
---> interest rate 8.88% per annum! (the lowest in Malaysia! normal is 17.5% per annum!)
---> BALANCE TRANSFER 0% interest for 12 month! (only valid untill April!)

HOW TO APPLY?

---> IC photostat in 1 page
---> Bank Slip 3 months
---> Pay Slip 2 month
---> Maybank Dual Card form

SPECIAL PROMOTION!

for those who have
CURRENT CREDIT CARD and plan to switched to Maybank Credit Card !!!

---> FREE Government Service Tax (RM50/year) !!!

hurry! PM me the details, only for LIMITED TIME ONLY!!!

Sunday, March 13, 2011

**PERDANA V6 HILANG! - 13 MAC 2011 - **




kowang! please spread if ternampak keta Mr Zaki (BF sayer!):

PERDANA V6, BLACK COLOR,
plat : WHY 8787
hilang di depan apartment Sri Kembangan pada pagi 13 Mac 2011!
contact me.. 0129780096!

ada yang ternampak kat Pusat Bandar Pahang..
pls sape2 jumpa roger me!!

Monday, March 7, 2011

Picnic with Officemates - Maybank Group Customer Care!

haa.. 5 March aritu, aku ngan officemates baru dah plan utk gie picnic kat Ulu Yam! mmg syok ah.. yang x syok tu sebab ada orang2 kuat tak ikut... tertido katanya..

pagi tu aku goreng popia goreng.. ada la dalam 40 gulung.. yang gulung tu pun adik aku.. haha.. pandai sangat la aku nak buat nie kan! goreng aku pandai la.. hehe..

al-kisahnya, pada aku, yg paling special sangat pasal trip nie sebab Mr Zaki ikut sekali! dia jarang nak ikut aku klu aku ada ape2 xtvt ngan member2.. so kalini aku rasa seronok sangat sebab dia ikut! gamba nnt aku upload.. sbb gamba kat officemates aku - Ezy .. lambat eh nak tunggu gambo nie!

macam2 la yang aku takleh lupa pasal kenangan picnic nie! antaranya :

abg hafiz : ok... nie adalah last trip kita ya..
eliz : kenapa bang? abg da mula rasa menyesal ke ajak kami semua?
abg hafiz : takde.. bukan macam tu.. cuma kalau anda rasa gembira, tepuk tangan..

aku rasa nak tampor je dengar ayat tu! hahahaha.... bongok! hahaha..

pastu lak kenangan yg aku takleh lupa bila Mr Zaki nak panjat batang pokok yang dah tumbang tu! hahaha.. cer korang bayangkan dia lompat memain, lompat kekiri tau! tahu2 punggung dah melekat selamat duduk kat batang pokok yang tinggi tu! hahaha.. mmg aku xkan lupa sepanjang hayat aku! hahaha.. tau2 dah melekat! macam magnet! aku ingat main2 lompat! hahaha.. memacam!

pastu lak lagi satu dialog yang aku takleh lupa, kowang tau tak lagu Salsabila - Yassin nyanyi tu? cuba bayangkan abg Hafiz nyanyi "Sarsaparila!" hahahahaha.. ayat ape? kenapa? sebab kitowang buat air Sarsi! kan kat botol tu tulis Sarsaparila.. boleh dia tukar lirik dr Salsabila jadi Sarsaparila! hahahaha... merepek!

so mmg agak best la kerana picnic tu dimeriahkan oleh gelak tawa aku ngan Ezy je.. haha.. aku ngan Ezy kalau dah bergabung, mmg meletup! kat mana2 je! hahaha.. paling best makanan banyak! ikan bakar, ayam, BBQ la.. pastu sosej, jagung bakar, nasik goreng, nasik lemak, popiah, lagi ape eik? tu jela.. hehe.. tp mmg superb kenyang!

lama gak la nak idupkan unggun *ceh unggun! hahaha* nak hidupkan api utk bbq tu.. mmg mencabar.. yg si ezy lak boleh buat nasi goreng RMT tu pedas! berpeluh2 sume! lagi2 Daim! hahaha.. so sepanjang picnic tu, ape lagi.. makan, berendam, makan berendam la.. dah macam badak! hahaha..

si elis menjerit2 marah bf dia sebab main2 buang pacat! dahla org tu kurus kering, kene lak pacat, pastu lak bf dia main2 nak buang pacat kat tangan dia.. menggelupur dia menjerit! hahaha.. elis2... bila petang tu dah mandi manda tu, paling syoknya, ezy boleh buat iklan barang2 mandian lak! syampu sunsilk la, ginvera la ape bagai kat atas batu sungai tu! haha.. tengah berendam ramai2 tu, sayup2 dengar suara budak :

"abg hafiz! abg hafiz!"

kitowg sume, HAH? abg? kitowg pandang abg hafiz, selamber je abg hafiz ckp "tak sangka aku ada adik kecik lagi" hahahahaha.. padahal suara 2 org budak pompuan tu suara anak dia! anak dia panggil 'abg hafiz!' hahaha.. memacam! pastu adalak sesi spa rambut.. ezy mencucikan rambut aku.. uhh! special treatment at sungai! hahaha..

harap2 ada lagi la picnic ramai2 macam tu.. yg best sekali, sebab aku puas buli Mr Zaki! hahaha..

Tuesday, February 8, 2011

2ND YEAR OF ANNIVERSARY!!!! *AND* "WILL U MARRY ME?"

OMG!! Sumpah! tak sabar sangat rasanya nak tulis entry nie! sebab nie adalah detik yang paling HAPPY sekali dalam hidup! tapi oleh kerana kesibukan masa, jadi tak dapatlah aku nak merakamkan kenangan nie di blog nie secepat mungkin! hehe.. ok! jangan buang masa! jom baca n layan gamba!


1 JANUARY 2011

adalah detik terindah sekali dalam hidupku... sesuatu yang benar2 aku tak duga, yang selalu aku tengok dalam TV, jadi depan mata! sampai sekarang aku masih tak percaya lagi! hehe.. Mr Zaki benar2 suruh aku mencari proper dress.. untuk special occassion for anniversary katenya... tak penah aku tengok dia sungguh2 macam tu! sampai kan aku sengaja buat dia marah - buat2 macam tak excited pasal special dinner nie.. hehe! sorry syg! sengaja je, sebab i tak pernah tengok u sungguh2 macam nie!

kisahnya bermula begini.............................

˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙ ❤❤❤ ˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙

31 DISEMBER 2010 ,
5.00 pm

sepanjang seharian aku mencari sape yang boleh mekapkan utk dinner, dengan harga yang berpatutan.. lepas tu aku jumpa kawan aku sendiri, iaitu Alan @ Kelly.. jadi start pukul 5pm aku da mula ditatarias oleh Kelly dan abgnya.. hehe! excited!


6.00 pm
aku dah mula siap ditatarias! memang tak sangka! cantik sangat mekap dia! kemas! excited sungguh aku posing2 depan camera hp! hehe..





8.00 pm
aku dah siap sepenuhnya dan hanya tunggu dia untuk datang amik aku.. Mr Zaki amik aku di umah.. masa dia masuk umah, aku terkejut tengok dia.. HANDSOMENYA!!! siap ber coat! aku macam tergamam sekejap! lepas dia mintak permission mak aku, kami pun segera ke kereta.. adik bongsu aku sempat cakap "BYE ORANG ARAB!" hahaha.. dalam kereta, dia asyik pandang je aku, sambil cakap cantik sangat! *bukan perasan yer! dia yang cakap* sambil aku jadi rimas bila dia asyik tengok jee..




9.00 pm
kami sampai kat restoran tu.. sebuah restoran Mexico di Damansara.. relax sangat restaurant tu.. nama restaurant tu Las Carretas Restaurant & Bar.. boleh rasa mexican feel tu disitu.. sampai2 je, kami disambut oleh seorang waiter.. teringat dia cakap

"Wow! U look so Good! and U look so Beautiful!

Makesure U take care of her and U take care of him!"

*sambil tangan dia saling tunjuk kat aku dan Mr Zaki* aku tersenyum je.. hehe.. lepas je order makan, macam biasa kami sembang2 biasa.. masa tu aku da start nampak dia macam gelisahhhh je.. keluar masuk, duduk diri, kesana kemari.. katenye smoke .. nape ntah!


10.00 pm
sambil2 makan tu aku syok je layan cartoon classic, rooster la, bugs bunny la.. tom & jerry la.. sampai dia marah aku! ahaha.. dia banyak kali pesan kat aku, kalau waiter nak amik plate dia, jangan kasi, cakap belum abis makan.. so okla kan.. aku ikut jela.. tapi dia tetap macam gelabah! aku tanya la..

"hubby nie kenapa macam tak tentu arah je? macam ada yang tak kena?"
"Gelabah? Eh? mana ada! biasa je!"

*sambil tu terus dia duk tegak dan buat2 macam relax macam takde ape2 yang berlaku.. ketara sangat! lagi satu yang ketara bila aku tengok waiter2 dia ulang alik, ulang alik area table kitowang, tengok aku, pastu senyum.. apahal? ade yang tak kene ke? aku pakai pelik ke? siap chef2 dia hulur kepala kat tingkap macam tengah ready nak tunggu tengok sumthing!

10.30 pm
sekali lagi, ntah buat kali keberapa dia kata nak gie smoke kejap.. sekali lagi aku ditinggalkan di meja berseorangan.. mujur ada cartoon2 best tu! hehe.. pastu tetibe waiter yang sambut aku ngan Mr Zaki tadi, hantar candle kat meja lepas dowang clearkan table.. aku biarkan jela.. lepas hantar candle kat meja,

tetiba lampu dimalapkan......
romantik sangat.....!
sorang lagi waiter bawak keluar gitar..
dalam 3 minit lepas tu, aku terdengar muzik petikan gitar irama romantik Mexico berkumandang....
aku macam nak tengok, tapi aku buat tak tau lagi.. layan cartoon!
makin lama bunyik gitar tu makin dekat...

DUB DAB! DUB DAB! DUB DAB! DUB DAB!

aku toleh ke belakang....
OMG!!!!! BETUL KE APA YANG AKU NAMPAK NIE????

Mr Zaki datang ke arah aku, sambil diiringi pemain gitar tadi..
datang dengan ICE-CREAM ditangan... DAN!


on the top of ice-cream tu, ada RING! YES!
RING IN THE ICE-CREAM!!!!




OMG! perlahan2 Mr Zaki datang ke arah aku, melutut sambil pegang glass of ice-cream tu sambil cakap...........

"TASYA, WILL U MARRY ME?"

Ya Allah! aku rasa macam nak pengsan! aku tergamam! aku tak tau ape yang aku nak buat! nak cakap dulu ke, nak amik ring tu ke, nak pegang tangan dia ke... Ya Allah! aku betul2 mati akal time tu!!! kemudian, bila ramai tengok aku masih diam, masih terkejut, masih tergamam, semua customer yang dalam restaurant tu yang majority adalah foreigner, mengejutkan aku!

"ANSWER HIM!!!"

aku masih tergamam! betul ke nie?? aku tak mimpi kan! nie bukan drama dalam TV kan??? lalu, aku pun terus jawap

"YES, I DO"
sambil terus capai tangan dia..



maka matsaleh2 dalam tu bersorak sorai la tepuk tangan untuk kami.. dalam masa yang sama, Mr Zaki sarungkan cincin tu di jari aku.. Ya Allah! betul2 segan, happy, seronok semualah! lepastu masing2 salam2 ngan kami dan ucap CONGRATULATION TO BOTH OF YOU sambil tengok ring tu..



Manager restaurant, a chinese lady, terus jumpa kami sambil ucap CONGRATS sambil cakap kat Mr Zaki,

"You are so lucky to have a very beautiful wife like her!"

:shy:

OMG! kembang aku! hahaha... lepas tu dia sempat amik gamba kami berdua, dan yang bestnya, dia siap print kan sekali!


lepas sesi salam2 tu kami terus duduk kat table kami, sambil aku macam

"HUBBY!!!!!!"

hahaha.. maluuuu! segan! happy! ya allah! nie adalah idaman sume para gadis di luar sana, tapi AKU antara yang bertuah di propose sebegitu cara! seronok sangat!!! tapi aku masih lagi muka terkejut!


11.30 pm

kami mula bergerak pulang ke rumah, sambil dihujani ucapan CONGRATULATION dari setiap customer, chef dan crew2 restaurant tu! bahagia sangat! so sweeeeet!

dalam kereta on the way balik tu, ada pulak lagu kami, LUCKY by Jason Mraz & Colbie Cailat.. bertakung air mata aku dalam keta, sebab happy sangat!


˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙ ❤❤❤ ˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙




satu kenangan terindah dalam hidupku yang aku takkan lupakan sampai bila-bila!

MOHAMAD ZAKI,
I LOVE YOU SO DAMN MUCH!!!

˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙ ❤❤❤ ˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙

Saturday, February 5, 2011

25 DISEMBER 2010 - SPOTCHECK & CINCIN

*sebelum aku lupa, baik aku tulis dulu entry2 yang aku ingat tarikh nie* *sorryla eik kalau kelam kelibut!*

Tarikh nie takdela special sangat.. cuma memang tarikh kelakar dan mendebarkan bagi aku.. kenapa? lepas je peristiwa raya tu ari, Mr Zaki dah berani amik aku kat umah.. hehe.. sebelum nie aku cukup tak kasi.. tapi sebab mak ayah aku da kenal dia, so, dia pun berani la datang umah.. biasanya dia akan datang utk amik aku, pastu ca alip but la..

tapi ntah ape mimpi dia aritu *tarikh nie la* tetibe dia buat spotchek kat aku! dia datang umah aku, tp x bgtau ape2.. last2 dia call, dia kata "baby, da tengok tweet?" aku cakap la tak tengok lagie.. nape? pastu dia kata, "tengok la cepat.." ok2!

bila aku tengok tweet, dia tulis "Mana @meladygege nie.. tock tock tock!" aku gelak2 je la.. pastu dia call lagi.. "Da tengok tweet? i ada depan umah u nie!" HAH?? eleh.. tipu lerrr... aku gelak2 la.. "Betul la .. i depan umah u nie.. cepatla bukak pintu.." aku lak still gelak2.. tipu! tipu! xdenyee! "Ya Allah, i betul ada depan umah u nie.. cepatla.. malu i orang tengok.. cuba u tengok kat tingkap betul ke tak" aku pun dah mula cuak, aku cepat2 keluar bilik...

TADAAAAAAAA!! dia memang betul2 ada depan umah! ya allah! hahahaha.. sumpah tercengang aku time tu! ngan baju mickey mouse paras lutut, ngan tak mandinya, ngan rambut macam singa! hahahaha.. pastu aku sambil tercengang2, aku panggil dia duk kat meja depan tu.. muka masih tercengang! sampai dia tegur "Apa muka u terkejut habis!" sambil gelak2.. maunya tak! tetibe je! hahaha..

part yang bestnya, bila tetibe ayah tersedar dr tido *tetengah hari bute tu* ayah suh dia masuk dlm umah.. PADAN MUKA KAWWW! hahahaha.. sebelum tu mmg ayah dah suh la dia hantar rombongan ke ape ke.. aku cite kat dia, tapi duk memain.. haaa.. skang, lagi sekali! PADAN MUKA KAWWWWW! hahahaha..

dengan berseluar pendeknya, datang umah aku.. nak buat spotchek yerr... kan dah kene spotcheck balik! hahahaha.... one more timeeee! PADAN MUKA KAWWWWW! hahahaha... *jangan mara hubby!* ayah cakap direct ngan dia suh blablablabla laa.. pastu baru dia nak percaya.. baru kau serius! hahaha..

____________________________________________________________________

alkisah pulak bila dia da balik umah, dia sembang2 ngan parents dia.. dia cite ngan aku, dia kata la, "along ada hal sket nak cakap ngan ma abah nie.. pasal thasha.. ayah dia da tanya pasal kitowang.. suh anta merisik" *taktau la aku dialog betul ke x.. ape yang aku ingat, itula yang aku tulis kat sini..* pastu terus ma abah dia setuju! petang tu gak cari cincin! hahahaha! GILA LAH!!! aku ingat memain..

kitowang duk ber Ping CHat,
"baby! ada berita gembira!"

"ape tu hubby??"

"i tak boleh bagitau sekarang! serius i taktau nak cakap macam mana nie! nak nangis, nak ketawa, macam tak percaya!"

"isk bagitau la!"

pastu memasing da senyap.. aku bukak twitter.. post2 dia, dah mula buat aku syak.. OMG!!


ahhh! sudah! mak aku masuk kedai emas pulak.. nak pau la tuh!


mak aku tanya, long belikan ma emas ni.. aku ckp xboleh, berat sgt. nanti naik sampan tenggelam! haha.. klasik answer...


ADA!!! Tapi x bole bgtau skang! “@meladygege: aka my santa claus! *da cukup syarat, ade janggut n perut* ade hadiah utk diwiku tak arini?”

ya allah! betul ke apa yg sedang berlaku... rasa takut ke? cuak? happy? Tidakkk!!!!


Arrrgghhh!!! This is getting serious! NOOO...


Rokok dah abes 10 batang dah ni... Nebessss!!!


hahaha.. now da dapat rasa sendiri kecuakkan kitowang tu? ahahaha.. mak dia dah pilihkan cincin time tuuu woiiiiii! gileee laa! memang killer! hahaha.. tapi for sure la Mr Zaki yang kene bayar! ahahaha.. aku lak request kat Mr Zaki, xnak emas, nak emas putih.. haha.. saje aku gurau2! pastu bole Mr Zaki cakap ape, 'ok! nanti i bgtau ma!" ehhh! serius nak bgtau ke?? jangannn! hahaha... aku lak cuak!

ape yang aku tau aritu, dia dah selamat belikan cincin risik utk aku! tapi yang peliknya, sampai masa dia beli cincin risik tu, aku sendiri tak pernah lagi jumpa 4 mata ngan family dia tau! lagi2 parents dia! so aku mcm, eh? betul ke nie? dia pun macam pelik.. sebab macam senang jeee.. padahal belum berkenalan lagi nie..

sekali lagi, nie dialog antara Mr Zaki ngan ma dia.. *based on ape yang die cite kat aku.. kalau salah, sorryla yer!*

Mr Zaki : ma, betul ke along nak kawen nie?
Ma : eh betulla.. nape?
Mr Zaki : takdela,, macam senang je.. macam ntah..
Ma : tula kalau dah namanya jodoh, semuanya Allah senangkan.. ade je laluan Dia akan kasi..

aku fikir balik, betul jugak kan... hurm.. adakah ini jodoh aku? hehe.. HAPPY!

10 SEPTEMBER 2010


Haaa.. kalau kowang ingat, tarikh nie tarikh ape? hehe.. nie la tarikh Hari Raya Aidilfirti taun lepas! ape yang soooo specialnya tentang tarikh nie? haa tengok pic kat bawah!



TAK CLEAR?
tengok lagi satu nie..



haaa... clear dah? sape tu? buat ape tu? sape lagi ade kat situ? hehe.. niela dia Mr Zaki aka Bam.. hehe.. kan masa nie raya, so, on 1st raya nie, Mr Zaki berhasrat *cewah ayat!* untuk jumpa ngan family aku.. so, inilah dia boktinyaa! hehe..

perasaan masa nie? berdebar gila kowt! nampak x muka aku tu.. aku buat muka slamber, macam muka xtau.. macam xde ape2 berlaku.. padahal dalam hati, gelowraaa yuuuu! haha..

nak dijadikan cite, yang mmg aku takleh lupa *dah macam tengok drama2* Mr Zaki nie datang umah, ingatkan bawak keta dia.. upenye keta saga lama abah dia! ternganga aku! hahaha.. memula da lain impression mak ayah aku.. Saga? hahaha.. pas adik aku boco rahsia dia bawak keta ape, baru macam lega sket muka dowang.. haha.. bongok hubby! hahaha..

soo.. okla! nie la kenangan 1st time dia berkenalan ngan parents aku n adik beradik aku.. dahlama aku peram pic nie, now, TADAAAAAA! hehe..

COMEBACK

Salam,

Macam biasa, dah lama aku tak update blog... Malas tu satu hal, feel tu yang penting.. feel takde.. tapi cerita ada... terlalu banyak yang aku nak cite... sorry sesangat pada yang selalu msg aku, nape dahlama tak update blog.. okayh, aku buat sikit2 ya!

kemungkinan entry aku akan bercampur aduk sket.. ada yang masih baru or ada yang lama.. takpe la, janji tertulis kat sini kan? okla, yang penting, enjoy reading!

Sunday, January 16, 2011

Selalu Mengalah - Seventeen


Jelaskan Padaku Isi Hatimu
Seberapa Besar Kau Yakin Padaku
Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku
Menjaga Cinta Ini

Pertengkaran Yang Terjadi
Seperti Semua Salahku

Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah
Tak Pernahkah Kau Berfikir
Sedikit Tentang Hatiku
Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah
Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu

Jelaskan Padaku Isi Hatimu
Seberapa Besar Kau Yakin Padaku
Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku
Menjaga Cinta Ini

Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah
Tak Pernahkah Kau Berfikir
Sedikit Tentang Hatiku
Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah
Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu




Monday, January 10, 2011

MUNGKIN KAU PATUT SEDAR

mungkin kau patut sedar, aku cukup kecik hati ngan kau.
kau akan tau aku skrg bercakap pasal kau, sebab kau sorang je akan terasa ngan ayat-ayat aku.

mungkin kau patut sedar aku cukup kecik hati ngan kau.
seolah-olah aku macam tak wujud dalam dunia fantasi yang kita sama2 bina bertahun2 dulu.
aku bukan cakap pasal soal cinta. tapi soal.. ntahlah. kau sendiri patut terasa.

mungkin kau patut sedar aku cukup kecik hati ngan kau.
aku nie seolah-olah macam menumpang kesenangan kau.
padahal aku pun kerja keras untuk kita.
walaupun macam 'SUME BENDA' kau sorang yang buat.
macam aku nie TAKDE BUAT APE-APE langsung kan?

mungkin kau patut sedar aku cukup kecik hati ngan kau.
kau pun dah ada haluan sendiri.
aku doakan moga terus berjaya.
cukuplah sampai sini.
aku tarik diri.
aku cukup kecik hati.
mungkin aku patut berdiri sendiri.
tanpa berpaut kat kau lagi.
sebab aku nie nobody.
cuma macam orang suruhan.
oh aku lupa.
aku ingatkan aku 'teman'
rupanya aku di anggap menumpang.
lebih tepat, MAKAN GAJI.
walaupun 'gaji' aku dapat tak dapat.

DAHLAH.
sebelum aku benci, baik aku jauhkan diri.
pegilah jauh-jauh.
sebab AKU CUKUP KECIK HATI.

Wednesday, November 17, 2010

BILA AKU DAH MULA RASA AKU TAK SESUAI UNTUK SAPE2...

BILA AKU MULA RASA AKU TAK SESUAI UNTUK SAPE-SAPE..
ntahlah.. kenapa la rendah sangat keyakinan diri nie... bila aku dah mula rasa aku tak sesuai untuk sape2, tak kirala, sebagai kawan ke, kekasih ke, sebagai anak ke, aku mula pilih jalan hidup aku sendiri...

MENYENDIRI & MENJAUHKAN DIRI

menyendiri dengan diri aku sendiri.. menjauhkan diri dari semua orang... aku rasa aku tak layak nak berdampingan ngan sape2 pun... banyak yang kurang.. yang lebihnya tak ada... aku x ada kelebihan macam org lain.. kalau org lain macam nampak kelebihan aku, itu sebenarnya, bukan aku.. aku hanya cuba meniru orang... cuba meniru dan pretend kat diri sendiri yang aku sebenarnya hebat macam org lain... hakikatnya tidak... aku takde ape-ape yang boleh aku banggakan kat keluarga... kat kekasih.. kat kawan-kawan.. aku takde ape-ape!

BILA AKU MULA RASA AKU TAK SESUAI UNTUK SAPE-SAPE..
aku mula akan terperuk dalam bilik nie sendiri.. sanggup x makan, tak minum.. tak kuar bilik.. teman aku hanya laptop buruk nie.. aku akan bukak balik blog aku... kebanyakkan lagu mp3 yang aku pilih semuanya ada kene mengena dengan kisah hidup aku.. kisah hidup aku takla seteruk mana pun.. cuma, mungkin aku je yang buat dia jadi teruk...

BILA AKU MULA RASA AKU TAK SESUAI UNTUK SAPE-SAPE..
aku perlukan masa untuk aku sayang diri aku.. aku perlukan masa untuk aku hargai diri aku balik... bukan satu perkara yang mudah.. mungkin bg orang lain, benda nie remeh.. aku je yang sengaja spoilkan mood aku.. aku je yang sengaja fikir bukan2... kalau ada yang baca entry aku nie atau yang selalu follow cerita hati aku kat blog nie pun mesti akan ada impression yang macam tu.. aku tak salahkan kowang.. sbb setiap kehidupan, ada cerita dia sendiri.. rahsia dia yang tersendiri... yang aku takkan bukak sampai mati..

BILA AKU MULA RASA AKU TAK SESUAI UNTUK SAPE-SAPE..
aku pilih jalan untuk mengelak dari jumpa dengan sape-sape.. mungkin aku depressed.. ya mungkin... dan aku pilih jalan untuk baring... renung kipas siling berejam2... mungkin nangis mungkin tidak.. tapi bila dah diluahkan dengan cara menulis atau meluahkan perasaan macam nie, aku sedikit lega...

BILA AKU MULA RASA AKU TAK SESUAI UNTUK SAPE-SAPE..
aku mula buat perbandingan.. satu-satu aku semak.. setiap inci aku check.. aku buat perbandingan, apa kurangnya aku... apa lebihnya dia... apa yang aku ada, apa yang aku tak ada?

BILA AKU MULA RASA AKU TAK SESUAI UNTUK SAPE-SAPE..
aku terdiam.. dan akan mula berfikir... HURT, TEARS & PAIN is my all-time fav emotion.... aku bahagia!

Monday, November 8, 2010

TAK SUKA!

dulu aku penah buat entry ape yang aku tak suka.. tapi rasanya ada lagi benda yang aku cuba SUKA tapi aku memang TAK SUKA! kalau terpaksa gak, aku pun terpaksa la SUKA kan... nie link ape yang aku penah list out dulu.. click kat link tu...

TAMBAHAN TAK SUKA

1. laksa 2. 100 plus 3. berjanji tapi asyik tak tepati 4. ice lemon tea! kecuali mamak punya teh o ais limau! 5. diarah-arah 6. time tengok tv, time tu la nak sembang macam-macam 7. tempat-tempat crowded.. cepat pitam / rimas 8. hari khamis


Friday, November 5, 2010

WHITNEY HOUSTON, GLORIA GAYNOR & TONI BRAXTON SPECIAL PERFORMANCE!



when 3 diva's perform! hahahaha! so cute rite! with the lipstick, the eyeshadow, the blusher! and of course they very into feeling when 'singing'! hahahaha...

Monday, November 1, 2010

GIT FRESH - BLOW ME A KISS

It's like this (this) it's like that (that)
I got dough (dough) I got stacks (stacks)
I can't buy anything that I need (need)
But I gotta have u 4 free
I ain't neva paid 4 it in my life (my life)
So why the hell would I pay 4 a wife (wife)
I need luv (luv) yes I do (do)
But this is wat I need from u

Ooh a brother need luv and affection
A brother need tlc
And I talkin bout chilli (chilli)
But I'll take chilli if she want it
Ooh a brother need cookin and cleanin
And when she say she luv me she mean it
Her insides pretty (pretty)
Hey hey hey



And if that's u (u)
Blow me a kiss (kiss) 2 let me know (know)
If u feelin me u can do better (hey)
Than that scrub that u with (than scrub that u with)
Baby all that u gotta do (gotta do) is blow me a kiss
Hey hey
Da-da-da da-da da-da da-da da-da-da da-da da-da da-da
Da-da-da da-da da-da da-da da-da
Blow me a kiss
Da-da-da da-da da-da-da da-da
Da-da-da da-da da-da
Blow me a kiss

I'm bout this (this)
I'm bout that (that)
I had hoes (hoes)
(I spent stacks) stacks
I've had everything in my life (my life)
But I'm a have u tonight
Yeah I'm a have u... u...
I need luv (luv) yes indeed (deed)
But this is wat u get from me (from me)

Ooh I'm a give u luv and direction
U can be my? I ain't talkin bout thriller (thriller)
But I could be your thriller if u want it
Ooh I don't need no cookin and cleanin
We can get a maid if we need it
Cause I'm on my brizz-ed (brizz-ed)
Hey hey hey

And if that's u (u)
Blow me a kiss (kiss) 2 let me know (know)
That u diggin me (diggin me) u can do better (hey)
Than that scrub that u're with (than scrub that u're with)
Baby all that u gotta do (gotta do) is blow me a kiss
Hey hey
Da-da-da da-da da-da da-da da-da-da da-da da-da da-da
Da-da-da da-da da-da da-da da-da
Blow me a kiss
Da-da-da da-da da-da-da da-da
Da-da-da da-da da-da
Blow me a kiss

JIKA


Jika aku mengadu pada langit tentang dukaku, aku takut mendungkan tiba......
Jika kusampaikan resahku pada angin, aku takut badaikan melanda......
Jika kuceritakan marahku pada laut, aku takut gelombangkan datang mendera......
Lalu kusimpan segala2nya sendiri dalam hatiku selamanya...

credit to Kak Mimi Az-Zahra

Sunday, October 31, 2010

1ST TIME DRIVE!

arini aku teman cik pinguu kite mendistribute kan lagi wedding card dia.. sedar tak sedar dah tak lama je lagi dia nak kawen... 2 minggu je lagi... happy + sedih... :)

and arini lepas aku dah lulus JPJ test, dengan rasminya sengaja aku bawak keta Waja umie sampai ke Sijangkang! weehooo! seramm! tapi berjaya! hahaha... giler la umie.. suh aku u-turn kat traffic lite tu.. dahla aku nie pemandu baru, suh buat mcm2.. gile gelabah aku tadi! hehe.. sekian, itu je diary sayer arini... amin..

MANDI

aku tengah mandi tadi... tetibe aku nangis sensowang..
aku pun taktau nape aku nangis lagi...
sisa semalam tu masih ada kot..
takpela, biar dia kuar habis-habis....
hurm.. kuatnya kesan/impak peristiwa semalam kat aku...
sabarlah hati....
aku tau kau lebih mengerti..
sabar ya...


BILA RINDU SANGAT

jam dah menunjukkan pukul 0353 hrs.. aku tak boleh tido... aku rindu! rindu sangat.... aku dah sesiakan masa siang tadi.. aku sedar tindakan aku siang tadi... tapi aku tak dapat bendung.. aku tau kesan dan akibat pada aku sendiri... dan nah.. sekarang,

AKU RINDU SANGAT KAT ZAKI ADNAN....

puas aku golek2, aku still takleh tido.. BILA AKU RINDU, aku :-

❤ m e n a n g i s . s a m p a i . t e r t i d u r .
❤ p e l u k . t e d d y . b e a r
❤ p e l u k . b a j u - b a j u . d i a . k a s i .
❤ b a c a . s m s - s m s . d i a .
❤ t u k a r . w a l l p a p e r . h p .
❤ r e n u n g . p i c . d i a .

dan inilah yang sedang aku lakukan sekarang.... HOW I MISS HIM!

BAJU BARU .. moody.. sangat...

waktu nie, aku hampir nak tido dah... tapi bila kenang balik ape yang jadi arini masa kuar ngan dia, buat aku rasa rindu sangat... waste time sangat buat mcm tu... tapi aku kecik hati... aku tak pandai nak sorok ape aku rasa.. aku tahan air mata je tadi.. sebab ape? sebab isu dress lagi...

dia tak suka baju yang aku pakai tadi.. aku pun sebenarnya mmg langsung dah takde baju nak pakai.. aku banyak tshirt2 tido koleksi aku je.. aku mana ada sangat baju2 nak jalan nie.. nak taknak aku terpaksa pakai kemeja biru jalur biru tu ngan jeans biru... since aku masuk keta dia dah buat muka... sentapnya aku, Allah SWT je tahu dalam hati...


dia belikan aku baju baru tadi.. cantik tshirt tu.. tapi agak kecik hati la bila dia suh aku tukar baju aku skang ngan ape yg dia baru belikan tadi.. aku sensitif sangat tentang hal nie... aku diam je.. aku tengah marah.. aku taknak cakap ape2.. nanti keadaan makin buruk... pastu dia ajak aku masuk satu kedai baju nie.. dia suh aku tengok2, pilih2 baju.. xtau la aku dia nak bayarkan ke ape kan..



jenis aku, tipula kalau tak suka org belanja kan, tapi ntahla.. aku kalau boleh, xnak dia/sesapa belikan.. sebab aku rasa segan.. aku rasa MENYUSAHKAN sangat... sumpah lillah! aku rasa serba salah sangat guna duit org nie, walaupun maybe niat dia nak hadiahkan aku baju baru ke kan.. lagi satu, antara sebab lain, sebab aku tengah moody.. aku takde mood langsung nak beli baju baru.. bukanlah aku rasa terhina.. tapi ntahla.. macam aku cakap tadi.. aku sensitif bab nie.. rasa macam hodohnya aku dikalangan ramai2 org tu.. sampai dia pun tak sudi nak jeling kat aku...

dia cuba macam pujuk aku dengan cara dia.. tapi hati aku masih bengkak lagi masa tu.. aku sedar aku dah sia2kan masa aku ngan dia pasal benda tu... padahal aku RINDU sangat kat dia! sumpah aku RINDU! masa makan pun, banyak duit dia habis.. makanan aku pulak, suku je aku usik.. setan bila dah hasut macam2 dalam fikiran kita, lagi2 time tengah marah.. suka la dia.. sampai lunch aku pun mmg tak habis sebab moody dan tersentap yang amat sangat... macam aku cakap tadi, dia pujuk aku dengan cara dia.. dia tulis I ❤ U kat tisu TGI Friday tu...



aku macam org takde perasaan tengok tisu tu.. bukan aku tak suka.. aku tengah merajuk! tengah marah! pastu tisu tu lak aku buat lap tangan, lap mulut... dia tengok kan aje.. sampai dia cakap "penat i tulis.." aku pulak dengan kejam cakap "sapa suh tulis kat situ??" "sapa suruh??" dia cakap sambil geleng2 kepala.. aku tau dia mula kecik hati ngan aku... tapi aku masih tak boleh nak padamkan api marah aku... aku cukup marah siang tadi....

aku sedar, nie je waktu dia nak bersama ngan aku, luangkan masa ngan aku, sebab dia nie sangat busy person... ini je masa yang aku ada ngan dia.. lepas tu sebulan sekali baru jumpa walaupun takla jauh mana pun aku ngan dia... tapi macam aku cakap tadi, aku tak dapat nak bedung marah aku, rajuk aku, kecik hati aku... aku betul2 moody siang tadi!


kebetulan hp aku kene bar.. aku takleh nak connect fb or twitter or bbm.. aku call maxis 3/4x tak berangkat utk aku open line balik.. dia tengok je aku.. sampai dia sengaja call hp aku yg waktu tu aku ngah call maxis.. dia misscall hp aku.. tp aku tak layan.. betapa kerasnya hati aku siang tadi...

bila maxis x angkat2 call, aku campak blackberry bold 2 aku kat atas meja... cukup mudah tangan nie nak hempas telefon... cukup mudah.. dari dulu!
bila nak balik tu, aku rasa sedih sangat dalam hati.. aku dah sia-siakan masa aku ngan dia... aku dah buang masa-masa yang sepatutnya happy ngan dia harini... tapi kenapa dia tarik mood aku dulu since dalam keta! since tu gak, mood aku dah bertempiaran lari! dan sekarang, AKU DAH MULA RINDU........ :'(

Saturday, October 30, 2010

LESEN KERETA! MISSION COMPLETE!


muka bahagia! hahaha,,,

yeayyyyy!!!! finally! after 2 years (Nov 2008), i had completed my car license!
CONGRATULATIONSSS LADIEY GEGE!!!!

many thanks to my instructor, Abg Yusman & Abg Shah dari Hi-Tech Mandu Cekap Driving School kerana sudi menurunkan ilmu dengan ikhlas kepada aku sehingga aku berjaya melengkapkan lesen kereta aku! now m just waiting for my P license.. tak sabar rasanya nak drive! maklumlah, sebelum nie aku cukup takut nak drive.. apetah lagi nak start enjin keta! serius aku tak berani!

JPJ test aku dijalankan pada hari Rabu, 27 October 2010 lalu, no giliran aku, No.22.. masa atas bukit tu, enjin aku dah mati sekejap.. tapi JPJ ngan sorang instructor nie sibuk jerit apentah, cepat2 aku start balik enjin, n kengkonon tengah tekan minyak la.. haha.. pandai gak aku nipu yer?

hehe.. side parking pun, aku sebenarnya dah terbabas sket.. bukan babas ape, aku terjauh sikit dari measurement divider.. tapi tak sangka lak keta tu tak kuar dari box parking! aku dah bajet "mesti tak pass nie! sebab jauh tadi.." tengok2, pas angkat tangan, JPJ tunjuk thumbs up, "OK! boleh jalan!" yeayyy! hehehe..

3 pointer pulak, (3 olah gerak), aku rasa pun macam dah terlanggar sket garisan kuning tu.. tapi bila aku tengok JPJ tu senyum, aku pun belasah la reversee... dalam hati, "ok kot!" hahaha... bila gie kat JPJ nak mintak form tu, aku sempat curik pandang, tengok sume LULUS! YAHOOOOO!!!!


test dalam trek!

so, turn untuk on-the-road pulak berlangsung lepas lunch hour.. pukul 2.15 pm kot aku test.. dah la keta tu pelik.. tak syok bawak.. dari awal bawak sampai habis, gear dia mesti bunyik, krekkk! sampai JPJ pun tegur keta nie pesal.. ke salah aku? haha.. lantaklaaa...

asal aku masuk gear je, bunyik! pastu aku senyum sengsorang.. pastu JPJ tu cakap, "ha! nape awak senyum sowang2 nie!" "ehhh.. mana ada pape encik!" "tu awak senyum sorang2 tu, mesti ade pape kan.. mesti ade yang tak kena! baik awak cakap!" "haha.. takde la encik.. sy memang suke senyum! hehe.." pastu dia gelak kecil... aku pun bwk lagi, pastu senyum lagi.. tak sangka lak aku dia perasan! dia kata "hah! senyum lagi!" terus aku tergelak! dia tanya lagi "kenapa senyum.. mesti ada buat salah nie kan!" aku cakap "takdelah encik.. sy stress, sebab tu senyum.. orang kate psikologi kan! hehe..." tergelak JPJ tu..

pastu dia cerita la adik dia amik test computer 30 kali! ntah betul ntah tidak, wallahualam la.. pastu dia kata, "walaupun sy nie JPJ, sy takkan tolong dia.. dia malas baca! biarkan dia usaha sendiri! sy taknak tolong dia.." pastu masa aku lalu kat area Sri Muda bus stand tu, aku dah kasi signal ke kanan, pastu ade keta nie sengaja nak mencelah gak.. hon keta aku.. babisss betul! pastu JPJ tu cakap "skrg nie, awak rasa, sapa yang salah? awak ke, keta tadi ke atau bas yang berhenti tu?" aku terketar la nak jawab.. mana aku tau! aku cakap la "erm... ntah? sy kot?" pastu JPJ tu cakap lagi "yeke awak? ape pulak awak.. dia la yang salah.. awak dah bagi signal lama.. dia jauh lagi.. bila awak nak masuk, sengaja dia hon awak.."

aku lak ngan selamber cakap "entahla encik.. kalau ikut sy, sy je betul semua.." tergelak JPJ tu! hahaha... lega aku dengar dia gelak! haha.. dia cakap lagi, "agak2 awak, awak leh lulus ke nie? kalau awak lulus ke, gagal ke macam mana?" aku jawab ape tau? "sayer redha encik..." hahaha! JPJ tu gelak gila2! terkezut aku! hahahaha.. lantak kaulah encik.. janji aku lulus! hahaha... bila tengok2 balik kertas masa nak sign tu, aku LULUS!!! 17/20! yeayyyy! mekaseh encik! mekaseh!! YIPPIEEEEE!!!!



malam tu pulak ayah belanje Roti Nan kat Ameerrr! yeayyy! jadilaaa... kan? hahaha.... tengkiuuu!


naaaannnn!



29 OCTOBER 2010 - TERIMA KASIH CINTA!

post nie dah terlewat sehari.. tapi rasanya masih awal untuk aku story-mory pasal nie kan? alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah.. tarikh 29 Oktober nie adalah tarikh perkenalan aku ngan Mr Bam.. 2 tahun sudah! Alhamdulillah....

bagi aku, tarikh nie lagi penting sebenarnya daripada tarikh couple.. sebab ape? sebab, tanpa tarikh nie, takkan ade tarikh couple antara kami... takde percintaan tanpa pertemuan kan? tak kiralah pertemuan antara wajah, ataupun pertemuan tinta/maya... tetap dinamakan pertemuan..

Alhamdulillah sekali lagi, aku sangat-sangat bahagia dan bersyukur dikurniakan teman sebaik dia.. sebaik-baik hadiah dari Allah SWT untuk aku... tak terungkap rasa syukur nie atas pemberian dan nikmatnya walaupun pelbagai dugaan dan cabaran dilalui... aku percaya, tanpa tu semua, cinta tu takkan datang... Alhamdulillah...

Terima kasih sayang, walaupun kau tahu diri ini serba kekurangan, serba tak kena, serba serbi bukan citarasamu, tapi ku hargai usahamu untuk terus bertahan, untuk terus belajar menyayangi aku, untuk terus menerima baik burukku, kurang lebihku dan yang paling penting, terimakasih yang tak terhingga kerana menyayangi diri ini dan menganggap diri ini yang teristimewa di hatimu walaupun mungkin diluar sana ada yang lebih berhak utk memilikimu...
Terima Kasih yang tak terhingga hubby.... kasih syg, cinta dan rindu itu cukup memberi makna pada seluruh kehidupan i..... terima kasih sekali lagi... terima kasih sayang!